Sunday, June 20, 2010

MSC Malaysia Open Source Conference (MOSC) + Ubuntu Global Jam


Kepada kaki kipas susah mati (die hard fans) perisian sumber terbuka, 29 Jun ~ 1 Julai ini mungkin sudah tersemat dalam to-do-list anda satu program anjuran OSDC.my iaitu MSC Malaysia Open Source Conference (MOSC) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Program ini mengumpulkan penceramah dalam pelbagai kepakaran komputer terutamanya yang berkaitan pembangunan perisian sumber terbuka yang antaranya lainya ialah wakil dari Red Hat,  Novell, Microsoft, IBM, Joomla, dan sebagainya. Sekiranya anda hard core dengan pembangunan & ilmu perisian sumber terbuka, event ini tidak seharusnya anda lepas begitu sahaja.

Kemudian pada 29 Julai bermula dari 5.30 petang sehingga 8.00 malam, komuniti ubuntu malaysia menganjurkan Ubuntu Global Jam yang percuma untuk disertai. Program seperti ini biasanya akan mengumpulkan pengguna, penggemar, dan komuniti ubuntu di malaysia bagi tujuan berkenalan, sembang bebas, dan sebagainya (tentatif nampaknya masih belum siap : rujuk - http://ubuntu.com.my/).

NOTA : Saya tidak dapat menyertai anda disana pada hari tersebut dan saya doakan program berjalan dengan lancar dan penuh bermanfaat. =)

4 comments:

  1. tak dapat join kedua dua seklai ke bro? huhu...macam nak pergi jer yang Jam tu. Harap harap dapat kerja area Selangor....

    ReplyDelete
  2. xdpt..bkn ari cuti maa..cmne nak p...hehe

    ReplyDelete
  3. ubuntu? Apakah? competitor untuk window ke?

    ReplyDelete
  4. wow terbaek punya ah..
    syng tak le pegi..
    dah masuk stdy..=)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...