Posts

Showing posts with the label aktiviti

Perkongsian Maklumat

ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Berikut adalah Objektif utama kajian: Mengkaji aplikasi perisian sumber terbuka di dalam proses perancangan dan penjadualan projek pembinaan. Mengkaji kesesuaian pengaplikasian perisian sumber terbuka di dalam proses perancangan dan penjadualan projek pembinaan. Kesimpulan kajian: Aplikasi ICT mempengaruhi peningkatan produktiviti dan efisien di dalam industri pembinaan. Selain itu, masalah-masalah yang dihadapi seperti ke cenderung an penggiat-penggiat pembinaan memilih perisian sumber tertutup di dalam perancangan dan penjadualan. Masalah yang kedua ialah industri pembinaan agak mundur dari segi implementasi ICT berbanding industri-industri lain di dalam negara. Masalah yang seterusnya adalah berkaitan dengan etika dan moral penggiat-penggiat industri pembinaan di Malaysia di dalam menggunakan perisian cetak rompak. Dengan mengenalpasti m...

Laporan Gnome 3, OpenSUSE, & Debian release party [Update : Video Di Dalam]

Image
Semalam saya berkesempatan menghadiri satu program 'release party' anjuran komuniti sumber terbuka Malaysia bertempat di McDonald's Ampang Park. Ini adalah aktiviti yang biasa diadakan oleh komuniti sumber terbuka Malaysia namun ini adalah antara release party yang pertama kali saya sertai. Program semalam adalah sempena pelepasan Gnome 3 dan OpenSUSE 11.04 serta Debian release party pertama di Malaysia. Jadi, anda boleh jangka kebanyakkan peminat & penggiat perisian sumber terbuka terlibat atau berkaitan dengan program yang diadakan semalam. Kehadiran semalam saya rasa cukup membanggakan apabila semua tempat duduk yang dikhaskan dipenuhi dengan ahli komuniti. Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk bertemu dengan ramai kawan-kawan lama yang hampir 2 tahun tidak ditemui (sejak FOSSMY 2008) tidak kurang juga kawan-kawan baru yang berkesempatan untuk bersua muka. Program semalam juga diserikan dengan perbentangan mengenai fungsi dan ciri terbaru OpenSUSE ser...

Atucara majlis Linux Varsiti 9 Oktober 2010

Image
Berikut merupakan atucara majlis Program Linux Varsiti yang akan diadakan di UTM Johor pada 9 Oktober (hari sabtu) ini; klik imej untuk melihat saiz penuh Sekiranya anda ingin menghadirkan diri ke program linux varsiti dan anda tidak biasa dengan jalan disana, rujukan pengembara ini mungkin boleh membantu anda :  http://linuxvarsiti.org.my/?p=139 Saya mendoakan program dapat berjalan dengan lancar dan apa yang paling penting ialah ia dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang terlibat untuk menyebarluaskan ilmu di bumi Malaysia ini.

LinuxVarsiti : Panggilan untuk Penceramah bermula

Image
Saya dimaklumkan oleh bro #Syazwan bahawa LinuxVarsiti sedang merancang satu program memperkenalkan Open Source di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai seperti detail berikut; LinuxVarsiti 2010 Edisi Selatan II Tempat : UTM Skudai Tarikh : Cadangan 2 @ 9 Oktober 2010 Tempat : -akan ditentukan- Lalu untuk menjayakan program ini, LinuxVarsiti mengalu-alukan penggiat perisian sumber terbuka untuk menyumbang sebagai penceramah dan boleh dirujuk melalui halaman berikut :  http://linuxvarsiti.org.my/?p=94 . Program yang dirancang adalah mengikut spesifikasi berikut; majoriti yang akan hadir terdiri dari golongan pelajar Fakulti Sains Komputer dan berkemungkinan pelajar sekolah yang boleh majoritinya zero tentang Sumber Terbuka. mampu membuatkan mereka seronok dan terpegun dengan apa yang anda sampaikan. adalah digalakkan mengguna Bahasa Melayu. diharapkan KURANG PERKATAAN TEKNIKAL / JARGON. Harap maklum.

MSC Malaysia Open Source Conference (MOSC) + Ubuntu Global Jam

Image
Kepada kaki kipas susah mati (die hard fans) perisian sumber terbuka, 29 Jun ~ 1 Julai ini mungkin sudah tersemat dalam to-do-list anda satu program anjuran OSDC.my iaitu MSC Malaysia Open Source Conference (MOSC) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Program ini mengumpulkan penceramah dalam pelbagai kepakaran komputer terutamanya yang berkaitan pembangunan perisian sumber terbuka yang antaranya lainya ialah wakil dari Red Hat,  Novell, Microsoft, IBM, Joomla, dan sebagainya. Sekiranya anda hard core dengan pembangunan & ilmu perisian sumber terbuka, event ini tidak seharusnya anda lepas begitu sahaja. Kemudian pada 29 Julai bermula dari 5.30 petang sehingga 8.00 malam, komuniti ubuntu malaysia menganjurkan Ubuntu Global Jam yang percuma untuk disertai. Program seperti ini biasanya akan mengumpulkan pengguna, penggemar, dan komuniti ubuntu di malaysia bagi tujuan berkenalan, sembang bebas, dan sebagainya (tentatif nampaknya masih belum siap : rujuk -...

MonsoonX Google Group & Screencast Pengenalan Ubuntu

MonsoonX Update ringkas dari saya. Saya ingin umumkan bahawa Pergerakan MonsoonX (Pengguna Open Source Terengganu) telah mewujudkan satu group pada google untuk memudahkan ahli subscribe kepada perbincangan melalui email. Sertai group ini disini :  http://groups.google.com/group/monsoonx . Di harapkan melalui medium ini, perbincangan akan menjadi lebih efektif dan setiap ahli akan lebih alert kepada apa yang diperbincangkan. Screencast pengenalan Ubuntu Screencast ini dirakam secara spontan tanpa persediaan awal. Saya perlukan pendapat tentang screencast ini. Tq =)

Open Source Meetup Yang Berjaya

Image
Semalam, 7 orang iaitu saya (Zulmalc), Hardyw3b, Abg Adzmely, Syah, Karim, Abg Lan, dan Jang telah mengadakan satu perjumpaan minum-minum sambil membincangkan untuk menubuhkan satu group / club/ movement open source di terengganu. Perbincangan telah merumuskan beberapa perkara yang wajar diketengahkan di peringkat awal. Nama Group / Club / Movement Jadi kami sepakat menamakannya MonsoonX yang boleh anda sertai di facebook disini . Menurut Abg Lan, MonsoonX adalah kumpulan ; i) Percaya kpd kepentingan ILMU , dn cuba membudayakan 'knowledge-sharing culture' ( perkongisan ilmu) pada ahli-ahli kumpulan dan kumpulan sasar. ii) Menggalakkan budaya 'volunteer' di kalangan ahli .. iii) Mengadakan aktiviti2 yg selaras dgn misi i & ii. iv) mampu memberi impak positif yang jelas kepada komuniti sekitar Halatuju Kami komited untuk menetapkan bahawa, MonsoonX wajar menjadi satu wadah mengerakkan massa ke arah penggunaan & pembangunan Open Source melalui penganj...

Tawan Terengganu Dengan Open Source Bhg.2

Malam ini seperti mana yang dirancang , peminat dan pengguna perisian Open Source Terengganu akan bertemu dalam sesi "minum malam" namun kesempatan yang ada tidak harus digunakan sekadar untuk MINUM. Dalam bahagian pertama topik tawan terengganu dengan open source , saya mengulas mengatakan bahawa sekiranya semua ini tidak membawa kebaikan, maka tentunya ia tidak perlu difikirkan dari mula lagi. Dalam bahagian kedua, saya ingin menjuruskan ulasan dari segi praktikal, tentang bagaimana komuniti harus bergerak untuk mencapat matlamat yang digariskan. Di Mana Untuk Bermula. Bermula dari komuniti! Ianya harus bermula dari pemprosesan bit by bit . Seorang demi seorang. Tidak ada gunanya mempunyai ahli komuniti yang ramai tetapi gagal untuk bersatu walhal gagal untuk mengadakan apa-apa meetup. Terkejut atau tidak, setakat ini, inilah yang berlaku di terengganu! Lalu kekuatan sukar untuk dijana umpama sebatang lidi yang sangat senang untuk dipatahkan. Membina nilai aktiviti ...

Perjumpaan Pengguna Sumber Terbuka Terengganu

Image
Assalamualaikum... Perhatian kepada anda yang tinggal kuala terengganu khasnya, dan sesiapa juga amnya yang menggunakan perisian sumber terbuka tidak kira samada sistem operasi, browser, dan sebagainya dijemput ke satu perjumpaan sebagaimana berikut; Pada :  10 / 5 / 2010 Tempat : Mydin Mall (Mayang Village) Waktu : Selepas Isya' (Sebelum 9 Malam & Semestinya bukan JANJI MELAYU) Agenda : Majlis ini dijangka tidak begitu formal namun terdapat beberapa agenda penting antaranya tentang Program Monsoon Geek, dan seumpanya. Apa-apa pun, kite jupe dinung!!

PC Fair 2010 : Nak buat perjumpaan lagi tak?

Image
Ok, lupakan kegagalan lampau . PC Fair kali ni bro @ hardyw3b a.k.a Adi dan Geng Ganux akan buka booth. Jadi, timbul la pulak idea nak buat perjumpaan budak-budak IT nih. Hmm..nak mintak pendapat, nak datang ke tak? Kalau 2~3 orang tak best dowh. Siyes! Tempat : TTC Kuala Terengganu [ Galeri B ] Tarikh : 8- 10 April 2010 Masa : 10:00 am hingga 10:00 pm

JOM JUMPA! ICT & Multimedia Terengganu 2010 di TTC

Image
Ok, ceritanya cukup ringkas dan tak begitu dramatik. Ceritanya begini. Aku selalu ternampak iklan bendalah ni kat tepi-tepi jalan. Apakah itu? Tertulis ICT & Multimedia Terengganu 2010. Penerangan skemanya ialah seperti berikut; ICT & MULTIMEDIA TERENGGANU 2010 adalah merupakan satu acara yang julung kalinya dianjurkan oleh syarikat Image Promote Sdn.Bhd. di Kuala Terengganu, acara yang merupakan satu pusat bagi jualan dan pemasaran produk berkaitan dengan IT dan Multimedia yang terbesar di negeri Terengganu. Memandangkan negeri Terengganu mempunyai pasaran yang luas bagi penggunaan IT dan Multimedia, tambahan pula kerajaan memperuntukkan sejumlah RM40 juta bagi memajukan sektor ini, maka berkesempatan dengan ini kami mengambil keputusan untuk memperluaskan lagi jalinan dan rangkaian IT dan Multimedia dengan mengadakan acara seperti ini bagi memberi manfaat kepada pengusaha dan usahawan. Selain dari pameran dan jualan, diadakan juga kelas atau klinik IT & Multimedia ba...

FOSS.my 09

Image
Masihkah ingat foss.my 08? Bagi saya, ada banyak kenangan yang pastinya boleh diingati. Setahun berlalu dan kini program yang sama datang kembali. Apa-pun, tulisan ini mungkin tidak memberi apa-apa makna kerana tarikh pendaftaran untuk peserta biasa sudahpun tamat semalam (15 Oct 09). Sebenarnya saya keliru, apa maknanya akhbar berita harian mengatakan "Pernyertaan Percuma" sedangkan apabila anda rujuk ke laman web foss.my, pernyertaan adalah dikenakan bayaran kecualilah jika anda masih dibangku sekolah. Ok lupakah hal itu. Foss.my 09 agak istimewa kerana menghimpunkan segenap ceruk peminat Open Source seluruh Asean dan bukan sekadar Malaysia. Tidak hairanlah jika penceramah yang diundang juga bukan calang-calang. Siapa tak kenal Richard M. Stallman dan beberapa nama besar lain dalam arena Open Source. Saya sudah terlewat untuk mendaftar dan saya rasa saya akan gagal hadir pada 24 dan 25 Hb nanti. Itupun jika keajaiban tidak berlaku.

Jom Jumpa kat PC Fair Terengganu JOM!

Tora datang lagiii...!!!... OPSS. PC Fair datang lagi ke Kuala Terengganu. Jadi saya dapat idea untuk mengadakan "meetup" secara kecil-kecilan sambil mengutuk windows dan penggunanya (muahahaha). Ok serius2. Amacam? Sape-sape yang tinggal area K.Terengganu, jom kita jumpa kat PC Fair sambil bersuai kenal sekaligus merapatkan tali silaturahim. Untuk makluman, PC Fair akan diadakan di TTC (ala dekat planetarium tuu) dari 13~15 Ogos 2009. Apa kata kita bincangkan tarikh dan waktu yang sesuai untuk mengadakan meetup tersebut. Apa-apa cadangan sila penuhkan ruangan komen dan saya akan update entry ini bila semua orang bersetuju dengan tarikh dan waktu yang ditetapkan. Fair? UPDATE Hari : Sabtu Masa : 3ptg Tempat : Depan Pintu Utama Rujukan : Call aku - 012 9384805 (zul)

Perjumpaan Peminat Ubuntu dan OSS Terengganu

Sudah agak lama cadangan ini berlegar di kepala. Cuma menunggu masa, saat dan ketika yang sesuai untuk diluahkan di blog. Ianya ialah cadangkan untuk menghimpunkan pengguna ubuntu dan peminat OSS seluruh terengganu di suatu tempat yang boleh kita minum-minum sambil berbual-bual tentang banyak perkara samada berkenalan, tentang ubuntu dan hal berkaitan dan juga tentang OSS secara umum. Mengapa Terengganu? Saya anak jati terengganu dan sekarang tinggal diterengganu. Apabila saya mencadangkan terengganu sebagai lokasi, rasanya ia sesuatu yang logik dari segi akal dan kebiasaan. Agenda perjumpaan? Minum-minum santai sambil berborak Pelancaran Emaj edisi 2 Membahagikan CD ubuntu jaunty jackalope secara percuma Perbincangan ilmian (kot) tentang projek dan agenda bersama Bila agaknya tu ye? Saya awalkan cadangan ini supaya ianya dapat diperhalusi dan persiapan awal terutamanya hebahan dapat berlaku dari awal. Namun tarikh yang bermain dalam fikiran saya ialah sekitar bulan 5 atau setidak-tida...

Ubuntu Karmic Koala 100% dalam BM dan cabarannya

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi terima kasih serta tahniah kepada pengguna ubuntu yang sudah dan akan menjadi penterjemah kepada ubuntu ubuntu di launchpad. Namun, kelihatannya masih bertimbun kerja yang berbaki dan perjalanan kita sebenarnya masih terlalu amat jauh. Pun begitu, izinkan saya mengaris satu garisan masa untuk menunjukkan kita ialah satu komuniti yang menitikberatkan prinsip "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", "yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul". Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 363,030 dari 440,545 item masih belum diterjemah ke dalam bahasa melayu. Ini sekaligus memberi makna, selama ini kita hanya mampu menterjemah 77,515 item kedalam bahasa melayu (BM). Abaikan soal adakah pencapaian itu memberangsangkan atau tidak. Saya ingin berkongsi idea dengan anda bagaimanakah komuniti ubuntu malaysia akan mampu menafsirkan 100% Karmic Koala ke dalam bahasa melayu apabila ia diterbitkan pada penghujung bulan Oktober tahun ini. Target...

Usah hidup hanya untuk diri sendiri : Jom Terjemah Ubuntu!

Image
Jika tidak pandai bahasa pengatucaraan (programming lang.), tidak pandai rekabentuk (design), tidak pandai mengarang (untuk disumbang kepada wiki) menjadi alasan untuk kita terus menjadi diri kita yang semalam, takkanlah terjemahpun BI-BM pun kita tak pandai. Salah satu artikel menarik dalam wiki ubuntu malaysia ialah penerangan ringkas bagaimana anda boleh menyumbang menjadi penterjemah kepada ubuntu di launchpad . Sehingga artikel ini ditulis, terdapat hanya 40 orang penterjemah yang terdiri daripada otai-otai ubuntu malaysia. Dengan penulisan artikel ini dalam blog melayubuntu, saya mensasarkan angka tersebut akan menjadi tidak kurang dari 100 penterjemah sehingga hujung Mac,2009. Kerja terjemah adalah sesuatu yang cukup unik. Ianya tidak terhad kepada pengguna ubuntu sahaja, dan tidak terhad ketika anda menggunakan ubuntu sahaja. Sesiapa sahaja, selagi anda tahu menaip dan tahu tafsiran dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu (kamus berlambak), anda boleh dan digalakkan untuk menj...

Bingkisan dari CIAST

Image
Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari KL atau lebih spesifik, Centre For Instructor And Advanced Skill Training, CIAST , atas jemputan untuk menjadi speaker kepada satu seminar open source yang dianjurkan disana. Pertamanya tahniah kepada CIAST kerana telah menganjurkan satu program seminar fokus kepada Open Source Software dan penganjuran sesuatu seperti ini akan mengetengahkan lagi kelebihan perisian sumber terbuka kepada umum. Seminar tersebut turut menjemput MAMPU dan OSCC dan ketiga-tiga speaker sebelum sesi saya adalah dari pihak MAMPU dan OSCC itu sendiri. Bayangkan saya yang agak kurang pengalaman memberikan ceramah dalam seminar yang melibatkan MAMPU dan OSCC dan saya adalah satu-satunya penceramah yang mewakili komuniti pengguna ubuntu malaysia. "Ubuntu adalah sistem operasi masa hadapan". Itu adalah tajuk yang perlu saya bawa dalam sesi keempat pada petang semalam (25hb2). Selesai saya perkenalkan serba sedikit tentang latar belakang dan kelebihan menggunaka...

Mukaddimah Linux Varsiti

Image
Apabila idea Linux Varsiti kali pertama dilontar ke dalam perbualan antara saya dan rakan-rakan, minda saya sibuk memikirkan tentang konsep dan bagaimana untuk menjayakannya. Kerana hakikat yang membataskan apa-jua usaha dan idea kearah sesuatu seperti ini untuk menjadi kenyataan sebenar itu terlalu sukar untuk dilangkau, saya tahu ianya bukan sesuatu kerja mudah. Linux Varsiti ialah PERGERAKAN memperkenalkan linux kedalam kehidupan pelajar IPT dari segi perkembangan ilmu, perkembangan komuniti dan altenatif sistem operasi. Apa yang kami gagaskan ialah, mewujudkan satu organisasi yang bertanggungjawab dan diuruskan secara professional untuk menganjurkan aktiviti berkaitan Linux dan Kepenggunaannya merangkumi distribusi Ubuntu, Fedora, OpenSUSE, Mandriva etc dalam Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Untuk tujuan itu, kami memikirkan beberapa perkara merangkumi persoalan seperti apa (?), siapa (?), bagaimana (?), berapa (?), dan untuk apa (?). APA ? -Linux Varsiti sebagai nama pro...

2 Hari yang indah

"2 hari yang indah. Disana saya berjumpa dengan insan-insan yang menarik, berkenalan, berkongsi idea, pengalaman, dan juga senyuman. Bibit-bibit kemesraan mekar melupakan hakikat bahawa itulah kali pertama mata bertemu mata. Itulah saat nama sebenar dilupakan, dan nickname menjadi identiti perkenalan masing-masing." Maafkan kerana beberapa hari tiada apa-apa update dari saya. Sebenarnya saya cuba update blog ini namun percubaan itu berakhir dengan hanya menulis beberapa baris ayat dan niat untuk update dibatalkan kemudiannya - tiada idea. Mungkin saya perlu pulang ke workspace saya yang biasa dan barulah idea itu datang. Sebenarnya ianya satu kebenaran. haha! Ok FOSS.MY 08. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, anda boleh datang tanpa membayar apa-apa bayaran dengan syarat jangan ikuti apa-apa aktiviti rasmi foss. Ubuntu session bukan aktiviti rasmi foss dan anda bebas menghadirinya. Mungkin ada yang membatalkan niat menghadirkan diri kerana bayaran yang dikenakan ...

Meriahkan Sesi Ubuntu di FOSS.MY

Kepada anda yang berada berdekatan dengan bukit jalil, anda dipersilakan ke sesi ubuntu sempena FOSS.MY 08 dan tiada bayaran akan dikenakan. Itu adalah ayat pertama saya untuk entry kali. Mudah faham, padat dan ringkas. Maafkan saya kerana keletihan semalam menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk update blog ini pada malamnya. Sesi ubuntu session sempena foss.my merupakan satu peluang bagi anda pengguna ubuntu untuk bersuamuka dengan pengguna ubuntu seluruh negara berkenalan dengan otai, orang kuat ubuntu malaysia, bloggers, dan orang-orang kuat foss menyelesaikan masalah ubuntu anda (jika ada) berkongsi cerita dan pengalaman menggunakan ubuntu membeli buku, tshirt, sticker berkaitan dengan ubuntu, linux, dan oss.. Saya menulis entry ini di bilik yang dikhaskan untuk sesi ubuntu di APIIT.