Thursday, February 26, 2009

Bingkisan dari CIAST


Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari KL atau lebih spesifik, Centre For Instructor And Advanced Skill Training, CIAST, atas jemputan untuk menjadi speaker kepada satu seminar open source yang dianjurkan disana. Pertamanya tahniah kepada CIAST kerana telah menganjurkan satu program seminar fokus kepada Open Source Software dan penganjuran sesuatu seperti ini akan mengetengahkan lagi kelebihan perisian sumber terbuka kepada umum.

Seminar tersebut turut menjemput MAMPU dan OSCC dan ketiga-tiga speaker sebelum sesi saya adalah dari pihak MAMPU dan OSCC itu sendiri. Bayangkan saya yang agak kurang pengalaman memberikan ceramah dalam seminar yang melibatkan MAMPU dan OSCC dan saya adalah satu-satunya penceramah yang mewakili komuniti pengguna ubuntu malaysia.

"Ubuntu adalah sistem operasi masa hadapan". Itu adalah tajuk yang perlu saya bawa dalam sesi keempat pada petang semalam (25hb2). Selesai saya perkenalkan serba sedikit tentang latar belakang dan kelebihan menggunakan ubuntu, saya sempat demonstrasikan beberapa perkara seperti menggunakan wireless, broadband, bluetooth, SD card, cara memasang dan membuang perisian, dan sebagainya dalam ubuntu. Saya juga demonstrasikan secara ringkas cara menggunakan GIMP, Pidgin, cara memasang codec, menggunakan rhythmbox, ubah tema GNOME dan sebagainya. Meskipun secara keseluruhan saya agak kelam kabut sedikit, tapi saya rasa apa yang ingin saya sampaikan menerusi demonstrasi tersebut telah sampai kepada peserta seminar.

Dalam seminar itu juga, saya menggunakan Manual Ubuntu dan saya terkejut apabila pihak penganjur telah print-out semua mukasurat Manual Ubuntu dan diedarkan kepada semua peserta seminar. Saya berharap Manual Ubuntu tersebut dapat dibaca dan dapat memberi gambaran yang lebih spesifik tentang sistem pengoperasian ubuntu kepada peserta seminar yang kebanyakkannya masih baru mengenali ubuntu.

Akhir kata, Tahniah kepada Encik Muhammad sebagai ketua projek penganjuran seminar sumber terbuka di CIAST. Tahniah kepada semua peserta yang telah mendapat banyak input yang berguna dan ianya insyaallah akan menjadi output yang berguna. Maafkan kesilapan dan kelemahan sepanjang sesi saya memberi ceramah dan semoga Ubuntu akan diiktiraf sebagai sistem operasi masa hadapan.

15 comments:

  1. sekali lagi, suatu langkah baru bagi dunia sumber terbuka di Malaysia.

    Syabas ;D

    ReplyDelete
  2. wah..
    congrats bro..
    mane tau, mungkin tak lama lagi seluruh kerajaan mula menggunakan Ubuntu untuk menjimatkan kos...

    ReplyDelete
  3. aman.
    mmg pon kerajaan dah nk gunakan sumber terbuka dalam operasi komputer. kalo tak silap ada 1 jabatan kementerian telah mengunakan ubuntu. selain itu, di parlimen malaysia, pejabat ketua pembangkang sedang meneliti untuk mengunakan ubuntu.

    ReplyDelete
  4. Salam zul,

    Apsal gambar goyang. Pakai hp ke ambik gambar? kekeke.

    Anyway tahniah kerana memberi ceramah ttg Linux dan Ubuntu. :)

    ReplyDelete
  5. " saya terkejut apabila pihak penganjur telah print-out semua mukasurat Manual Ubuntu " < -- they really use it !!

    "Bayangkan saya yang agak kurang pengalaman memberikan ceramah dalam seminar yang melibatkan MAMPU dan OSCC dan saya adalah satu-satunya penceramah yang mewakili komuniti pengguna ubuntu malaysia. " < -- tahniah, kerana mewakili komuniti Ubuntu , and ..ia satu pengalaman yang baik ..

    @daing - harap OSCC, dan komuniti Linux M'sia khususnya, terus hidup dan memberi sokongan kepada usaha peralihan kepada open source.

    @ba'ang - tahniah menjempun komuniti Jomlinux.com ke UiTM Perlis.

    @bro ZulMalc - insyaAllah, boleh jemput bro datang Kolej Matrikulasi Perak nanti .. he he ..

    ReplyDelete
  6. @baang : yup btul 2..

    @aman : fuh klu derang buat btul2 mmg cun rr..

    @daing : owh yeke? bagus2...

    @zamri : gambar goyang sbb aku amik time aku bg cramah..xde stabilizer..hak2..thanks bro..

    @armenia : bleh je jmput..no hal bro..hehe

    ReplyDelete
  7. Salam,...

    wah,nampaknya usaha melayubuntu mula menampakkan hasil!

    keep on going, guys!

    ubuntu adalah sistem operasi masa hadapan!

    tahniah!

    ReplyDelete
  8. salam bro...wa x tau ade sminar tu..klu x leh gak attend..

    kongratz...

    ReplyDelete
  9. syabas. harap dpt di teruskan.

    Masa ukt mempunyai organisasi yg lebih tersusun , mungkin ?

    ReplyDelete
  10. @syawal : insyaallah ia bukan sekadar slogan..hehe

    @zayn : thanks..knal ke tmpat 2? hehe

    @roslan : thanks..mungkin2..hehehe..kne plan leklok rr..

    ReplyDelete
  11. memang berbaloi ko buat keje opensource ni..
    syabas dan tahniah dari UbuntuSeekers..!!

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...

    walaupun aku baru je abes kat ciast tu..
    tapi aku tumpang happy..
    cayala zul..
    tak cakap awal²..
    kalau aku tau aku turun..
    sebut nama VTO first batch paling jahat semua kenal aku...ahahah

    ReplyDelete
  13. abg, ade yang tanye syah.. kenapa kat ganu xde club ubuntu? hahaha.. syah cakap, xtau.. nak tubuh club?

    ReplyDelete
  14. Saya salah seorang peserta ms di CIAST...well En Zul, walaupun agak kelam kalibut, tp apa yg nk disampaikan tercapai...so kami pun ada plan nak berhijrah kpd Ubuntu ...so apa2x sy akan rodger En Zul la...semoga soalan kami akan dilayan...tq

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...