Friday, February 27, 2009

Ubuntu 9.04 Alpha 5 dan Feature Freeze

Ubuntu versi 9.04 kini sedang memasuki fasa feature freeze yang membawa maksud membekukan cadangan fungsi baru dan hanya fokus kepada memperbaiki kelemahan. Hari ini Ubuntu 9.04 Alpha 5 diterbitkan dan ciri-ciri dalam alpha ke 5 inilah yang akan kekal sehingga versi penuh diterbitkan pada 23 hb 4 nanti.

Ciri Baru.

1.Notisfikasi.
Seperti yang telah diwar-warkan dalam blog ini, ubuntu 9.04 akan dilengkapi fungsi notisfikasi yang akan memberikan notis respon kepada tingkah-laku desktop dan perisian. (rujuk)

2.Login screen baru.
Ubuntu 9.04 akan memperkenalkan style baru bagi login screen. Meskipun tidak banyak yang berubah, namun designnya akan extreme dengan warna gelap.


(via : amanz)

3.Peta dunia baru pada installer.
Installer pada alpha ke 5 memperkenalkan peta dunia baru yang memudahkan anda memilih lokasi anda semasa pemasangan.

4.HOME encryption.
Encryption membolehkan fail-fail anda dalam partition ubuntu dilindungi dari orang luar yang tidak diperlukan. Jika selama ini, anda bolek akses ke partition ubuntu anda melalui Live CD atau juga melalui software tertentu dalam windows dengan senang tanpa perlu memasukkan password, dengan encryption semua itu tidak lagi boleh dilakukan tanpa password yang betul.

5.X.org Server 1.6

6.Linux Kernel 2.6.28

7.Sokongan Ext4

8.Font size optimization

Rujukan : http://www.phoronix.com/scan.php?page=news_item&px=NzA5Mw
http://www.ubuntu.com/testing/jaunty/alpha5

7 comments:

  1. teringin nk format hdd jadi ext4..
    tp pikirkan gambar yang banyak dekat folder..
    cancel..

    tp login ngan notification app's tu memang menarik..
    (dh upgrade alpha 2 ni..hehe)

    all the best 4 upgrading!

    ReplyDelete
  2. @jipang_menjerit - format je..huhuh...menarik ext4 ni...huhu...

    ReplyDelete
  3. leh terangkan ape beza ext3 ngan ext4? ilmu ni.. hahaha... nak tau...

    ReplyDelete
  4. @Fadod : tk pe lerr..ku ttp setia ngan ext3..ngee~~

    @shah : Sokongan Ext4 : Ext4 ialah format file system yang baru update kepada Ext3 yang digunakan sebelum ini. Ext4 memberikan anda sistem fail yang luas, meningkatkan saiz fail maksima, kepantasan I/O dan sebagainya. Secara umumnya, anda boleh merasai perbezaan yang ketara jika menggunakan Ext4 untuk sistem database. (ni artikel dalam blog yg sama)

    ReplyDelete
  5. Adusssssssss.........

    Sayang pulak nak format laptop ni utk pakai ext4.

    ReplyDelete
  6. x sabar aku aku nak tunggu dia relese betul2.aku ni asal baru ubuntu apdate aku pun update saje nak tahu apa kelebihan dan kekurangan dia. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...