Secara rasminya saya dengan ini memperkenalkan Manual Ubuntu. Ianya ialah E-Book yang memperkenalkan konsep baru dokumentasi ubuntu secara visual, bersih dan professional khas untuk Program Linux Varsiti. Idea penghasilan Manual Ubuntu ialah apabila saya menerbitkan E-MAJ Edisi 1 sekitar Mei tahun lalu dan mendapati komuniti ubuntu malaysia masih tidak mempunyai satu sumber rujukan basis tentang ubuntu yang menyebabkan newbie terpinga-pinga mencari kefahaman yang jelas.
Saya hasilkan Manual Ubuntu dengan pendekatan berikut;
- Bahasa yang mudah - Anda tidak perlu menjadi seorang genius untuk memahaminya
- Penerangan secara visual - Screenshot dan grafik untuk setiap penerangan
- Khas untuk Newbie komputer - Tidak hanya fokus kepada pengguna windows
- Asas ubuntu - Saya tidak masukkan sebarang aspek teknikal yang rumit
- Mengubah mentaliti pembaca terhadap linux - Saya perkenalkan konsep baru dokumentasi sistem operasi linux yang bakal merubah mentaliti pembaca terhadap linux, insyaallah
- Lebih kepada pengenalan ubuntu - Ubuntu merupakan fenomena baru di Malaysia. Manual Ubuntu adalah lebih terarah kepada pengenalan tentang ubuntu.
- Simple dah professional - Saya tidak hasilkan Manual Ubuntu dengan "mood" ala kadar. Saya pastikan kualiti, fakta yang jelas dan penerangan yang ringkas dan padat sentiasa terpelihara untuk setiap muka surat.
Setahu saya, Manual Ubuntu ialah E-Book yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia ditulis dalam Bahasa Melayu dan ia sekaligus akan menambahkan keyakinan pengguna komputer di Malaysia kepada Ubuntu. Selain akan digunakan secara rasmi untuk aktiviti Linux Varsiti, saya cukup yakin Manual Ubuntu ini akan turut digunakan dalam pelbagai aktiviti ubuntu malaysia di masa akan datang (seperti EMAJ di FOSS.my 08).
Saya menghasilkan Manual Ubuntu ini dengan perancangan bahawa ianya akan dibaca oleh tidak kurang dari 10,000 orang pembaca. Dengan skala radius pembaca yang sebegitu besar, dan hakikat bahawa Linux Varsiti masih memerlukan suntikan kewangan untuk menghidupkan aktivitinya, saya dengan sukacita menjemput organisasi syarikat, orang perseorangan, dan sesiapa jua diluar sana yang ingin menaja Linux Varsiti atau meletakkan iklan dalam Manual Ubuntu supaya dapat menghubungi saya di alamat zul.malc@gmail.com dengan kadar yang segera sebelum Manual Ubuntu ini saya release kepada umum.
Insyaallah dalam bulan ini juga saya akan menerbitkan Manual Ubuntu kepada umum secara PERCUMA dan apabila ianya telah terbit, saya sekali lagi merayu supaya sesiapa jua yang mampu untuk menghebahkannya secara review, berkongsi fail dan sebagainya. Saya telah cuba yang terbaik dan semoga hasil yang terbaik juga akan menanti di akhirnya.
tahniah, Zul
ReplyDeletebooking satu utk aku..haha
ReplyDeleteaku cuba sebarkan pasal benda ni sedaya upaya aku...
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 kat sape2 yg tolong sebarkan..
ReplyDeletetahniah zul.... semoga berjaya... teruskan usaha...
ReplyDeletewahh... nie yang buat aku teruja nieyh.
ReplyDeletekeep moving bro...
ReplyDeleteI will follow up your work! Give two big thumbs for you!
ReplyDeletesaya pun insyaallah akan turut sama cuba sebarkan berita ini kepada orang ramai. Huhu.
ReplyDeleteZul cek emel. ;)
@Aman : Thanks bro...dah reply email ko.
ReplyDeletesaya pun dah masukkan link Mr Zul kat blog ..
ReplyDelete