Saturday, February 21, 2009

Ubuntu 9.10, Karmic Koala & tema baru ubuntu?

Mark Shuttleworth hari ini memperkenalkan kod nama kepada ubuntu versi 9.10 - Karmic Koala. Shuttleworth juga telah menerangkan serba sedikit tentang target yang ingin pembangun ubuntu perkenalkan dalam versi 9.10 tersebut. Jika jaunty 9.04 meletakkan fokus kepada kepantasan boot, Karmic Koala meletakkan fokus kepada pengalaman pengguna ketika startup dan ubuntu sedang menimbangkan untuk menggunakan Plymouth, seperti yang terdapat dalam fedora.

Namun saya tertarik apabila shuttleworth mengungkapkan:
The desktop will have a designer’s fingerprints all over it - we’re now beginning the serious push to a new look. Brown has served us well but the Koala is considering other options. Come to UDS for a preview of the whole new look.
Apa yang diharapkan ialah, pembangun ubuntu akhirnya akan mengubah tema default yang sekarang kepada sesuatu yang lebih segar dan menarik. Ada harapan ke?

via : http://fridge.ubuntu.com/node/1831

6 comments:

  1. huhuhu.. bagi den, huduh la nama karmic koala tuh.. hahaha.. tapi kan, ape maksud karmic? lebih kurang cam karma ke?

    ReplyDelete
  2. entah la syah.. tapi apa yang aku baca dari link yang ko bagi dan jalan2 dalam net tadi.. karmic tu adalah satu perkara dalam karma.. karmic mungkin ada unsur2 masa lepas, sekarang dan akan datang.. mungkin yang karmicnya adalah harapan shuttle pada ubuntu kot.

    pelajari kesilapan lama
    mengikuti keadaan semasa
    dan merupakan pioneer untuk trend akan datang (ramai pengguna ubuntu dan opensource yang lain)

    aku teka la

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik bukan Kinky Koala..
    hehe..

    ReplyDelete
  5. hehe...mcm2 korang nihh...

    ReplyDelete
  6. macam ne nak connection internet broadband dkt ubuntu 9.10...?
    aku dah puas mencari tak dapat-dapt..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...