Posts

Showing posts with the label news

Cadangan Canonical Melanjutkan Ubuntu 12.04 LTS (Desktop) Kepada 5 Tahun

Image
Umum mengetahui Ubuntu versi Tempoh Sokongan Lama (Long Term Support - LTS) adalah untuk 3 tahun bagi edisi Desktop dan tempoh 5 tahun hanya dikhaskan untuk Ubuntu edisi pelayan (server) sahaja. Mungkin Cadangan baru ini suatu berita gembira terutamanya kepada golongan usahawan yang berminat ingin menggunakan Ubuntu sebagai Sistem Operasi di permis mereka tanpa memikirkan soal pemacu, konfigurasi tertentu dan macam-macam lagi karenah yang kadangkalanya dibawa pulang  ke kamar tidur. " Ubuntu memang terkenal keupayaannya untuk bergerak seiring dengan aplikasi dan perkakasan terkini" kata Rick Spencer, Pengarah Kejuruteraan Ubuntu di Canonical. Sambung beliau lagi "Tetapi sebagai pengguna-asas, adalah penting untuk kami merancang jauh kehadapan. Ubuntu 12.04 LTS akan memberikan pengguna desktop kombinasi yang sempurna berkembang seiring dengan perubahan perkakasan dan sokongan yang dilanjutkan dan bergantung kepada keperluan mereka ".  Daripada gambarajah d...

Versi Pembangunan Fedora 16 Alpha 1 Dilepaskan

Image
Versi pembangunan kepada salah satu distro linux terkenal, Fedora 16 alpha 1 hari ini dilepaskan kepada umum. Antara kunci perubahan yang diperkenalkan ialah; - System boot loader grub 2 - Sistem pengesanan sistem operasi secara automatik - Tiada desktop folder - boleh di-configure kembali - Gnome 3.1 - CPUFreq menggantikan CPUSpeed yang membolehkan pengguna membuat perubahan pada cpu clock speed - Mempertingkatkan fungsi virtualisasi - Baca Release Note. Berminat untuk memuatturun? Klik pautan di bawah; https://fedoraproject.org/en/get-prerelease

Installer Ubuntu 11.10 akan memasukkan fungsi mengambil gambar webcam

Image
Ubuntu 11.10 menjadi semakin menarik dengan kemasukan fungsi-fungsi baru dan kemudian Mark Shuttleworth sendiri mendedahkan cita-cita shell Unity dalam ubuntu 11.10. Kini satu lagi fungsi menarik bakal diperkenalkan iaitu ke dalam fungsi installer yang membolehkan pengguna mengambil gambar foto menggunakan webcam. Menarik! Kerana ini juga bermakna ubuntu akan memfokuskan kepada sokongan driver kepada peranti webcam pada komputer dan juga desktop!

Ubuntu Software Center Antaramuka Serba Baru Diperlihatkan Dalam Oneiric Ocelot

Image
Sekiranya anda sedang menggunakan Ubuntu 10.10 Alpha 3, kemaskini terbaru daripada pihak pembangun ubuntu menyertakan Ubuntu Software Center (Preview) dengan antaramuka serba baru seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot di atass. Untuk mencuba antaramuka ini, pengguna boleh memasukkan kata arahan berikut pada terminal : software-center-gtk3 Kita boleh menjangkakan, antaramuka serba baru ini akan diperkenalkan sedikit masa lagi secara default. via : omgubuntu

Ruang Ubuntu One Ditingkatkan Ke 5 GB, Mencapai 1 Juta Pengguna

Image
Ubuntu One merupakan perkhidmatan simpanan fail berasaskan teknologi awan dan kini diumumkan telah mencapai 1 Juta Pengguna. Lanjutan dari pencapaian itu, kini pihak Canonical telah mempertingkatkan ruang simpanan percuma dari 2 GB ke 5 GB. Ubuntu One Control Panel Dalam Ubuntu 11.10 Alpha 2 Pastinya ini adalah satu berita gembira kepada pengguna ubuntu seperti saya yang selama ini bergantung kepada Dropbox sebagai penyedia ruang simpanan awan. Setidak-tidaknya, tawaran ruang simpanan yang lebih besar ini akan memudahkan pengguna yang membeli lagu di Ubuntu Music Store membeli dengan lebih banyak lagu lagi dan membawa keuntungan kepada Canonical. Saya juga tertarik kepada angka 1 juta pengguna yang diumumkan kerana pada saya ia melambangkan tidak ramai pengguna ubuntu yang menggunakan perkhidmatan Ubuntu One. Semoga pihak pembangun ubuntu & Canonical dapat mempertingkatkan lagi fungsi Ubuntu One ini dimasa akan datang.

Linux Mint 10 'Julia' dilancarkan

Image
Jika anda seorang pengguna Linux, sudah tentu anda sudah biasa dengar tentang Linux MINT. Distro ini adalah sistem OS Linux ketiga paling popular di dunia, dibelakang Ubuntu dan Fedora. Saya sendiri adalah salah seorang pengguna Linux Mint, setakat ni prestasinya cukup memuaskan. Linux Mint 10 Julia Hari ini (12 November), Team Linux Mint secara rasminya telah melancarkan versi terbaru sistem operasi mereka iaitu Linux Mint 10 Julia. Jadi jika anda berminat, anda boleh muat turun sistem tersebut (dalam bentuk iso) di sini . Secara ringkas, Linux Mint 10 dibina berasaskan Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat. Mesra Pengguna Linux Mint adalah derivative kepada Ubuntu, maksudnya ainya dibina berasaskan sistem Ubuntu yang ditokok tambah untuk menjadikan lebih mesra pengguna. Sebagai contoh, iso Ubuntu secara lalai tidak menyertakan plugin untuk pemain multimedia MP3, jadi pengguna Ubuntu perlu memuat turun plugin tersebut terlebih dahulu, dan ini sukar utuk sesetengah pengguna yang tiada talian ...

Ubuntu 11.04 dinamakan Natty Narwhal

Image
Sistem operasi komputer ubuntu adalah sistem operasi yang dikemaskini setiap 6 bulan sekali. 6 bulan sekali itu juga ia akan mendapat nombor versi yang berbeza berserta kod nama yang berbeza. Sekiranya versi 10.10 yang bakal menemui peminat pada 10.10.10 ini diberi kod nama Maverick Meerkat, Mark Shuttleworth dalam blog beliau semalam mengumumkan kod nama bagi ubuntu versi 11.04 ialan Natty Narwhal . Kepada yang berminat, Narwhal merupakan sejenis ikan seperti dalam gambar diatas. Dalam bahasa melayu tak pasti pula apa panggilannya. Untuk makluman anda lagi, ubuntu mewakafkan perkataan kedua pada setiap kod nama ubuntu dengan nama binatang kebanyakkannya binatang yang hampir pupus. Mungkin tanah tumpah darah Shuttleworth iaitu Afrika Selatan banyak menginspirasikan idea ini kepada beliau. Shuttleworth menulis; Once Maverick is out the door we’ll be turning our attention to making the most of the amazing capabilities of modern graphics hardware, both for outer beauty and for inner...

Apa yang baru dalam Ubuntu Software Center 2.1.5 [Screenshot]

Image
Ubuntu Software Center 2.1.5 keatas ialah versi yang dibangunkan untuk persiapan Ubuntu 10.10 yang bakal dikeluarkan pada oktober ini. Namun dengan menggunakan PPA tertentu, anda boleh mencubanya dalam ubuntu lucid lynx. Seperti yang dapat anda perhatikan dalam screenshot dibawah, anda mungkin pantas perasan fungsi History yang pada saya sangat berguna untuk pelbagai tujuan kemudiannya. Ianya merekodkan semua aktiviti pemasangan perisian baru, updated, dan pembuangan aplikasi dan pakej. Saya tidak perasan fungsi ini sebelum ini iaitu anda boleh memeriksa aplikasi yang terdapat dalam PPA tertentu. Saya sangat menyukai fungsi ini =) Harap dapat menyaksikan banyak lagi perubahan dalam versi penuh ubuntu 10.10.

Tentang Ubuntu Font (Rasmi)

Image
Sebelum ini saya menulis tentang ubuntu font dan cara memuatturun font berkenaan. Namun ianya bukan versi rasmi dari pembangun ubuntu dan membunyai banyak aksara yang tidak disokong. Pasukan design.ubuntu semalam mengumumkan private ppa kepada font rasmi ubuntu yang boleh dicuba oleh "ubuntu member". Manakala versi penuhnya akan diterbitka pada 08.08.10 nanti yang pastinya ditunggu-tunggu kerana font ini bukan sahaja akan digunakan pada logo, dan dokumen ubuntu malah akan digunakan sebagai font desktop ubuntu 10.10. Apa yang boleh saya perkatakan tentang font ini ialah, ianya memberikan satu identiti khas kepada penampilan ubuntu dan memperkuatkan jenama ubuntu itu sendiri.

Firefox 4.0 Beta 1 Dilepaskan (Ubuntu, Windows, Mac OSX)

Image
Selepas versi stabilnya mencapai angka 3.6.6 dan memperkenalkan fungsi crash protection, hari ini Mozilla melepaskan versi ujian kepada firefox serba baru 4.0 beta 1 untuk dicuba dan  mengumpulkan respon daripada pengguna sekiranya terdapat bug dalam versi pembangunan ini. Sekiranya anda ingin membantu pembangunan firefox, anda boleh mencuba versi ujian ini dengan memuatturun dari pautan berikut: Linux Windows Mac OSX 32 bits    64 bits Bagi pengguna ubuntu, anda harus compile dari package TAR yang disediakan (dan saya rasa ianya tidak sesuai dicuba oleh newbie) sehinggalah terdapat PPA yang boleh dipercayai dan kita boleh menggunakannya. Firefox 4.0 juga dikatakan akan memperkenalkan design baru kepada linux seperti screenshot yang dapat anda lihat diatas. Namun samada design terbaru tersebut didatangkan dalam beta1 ini atau tidak masih belum dapat disahkan selagi kita tidak mencubanya =)

Tahukah anda? Bill Gates sudah tidak ada kena mengena dengan Microsoft!

Image
Bill Gates tidak perlu diperkenalkan lagi  merupakan sosok paling familiar setiap kali kita berbicara tentang Microsoft, syarikat pengeluar sistem operasi paling femes dibumi. Namun masa yang terus berputar ligat meninggalkan kenangan lalu dan ketika ini, kita sudah boleh mengatakan Bill Gates sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Microsoft. Hal ini didedahkan oleh ITWorld.com  dan mungkin kerana itu jugalah sosok ini bukan lagi manusia paling kaya di bumi. Samada beliau disukai atau dibenci, kini Bill Gates menghabiskan hari-harinya dengan kerja-kerja amal di Bill and Melinda Gates Foundations dan juga menghantar dan mengambil anak sekolah. Bagaimana pula Microsoft? Syarikat Microsoft kini dikuasai oleh sosok bernama Steve Ballmer. Lalu apa jua kemarahan anda terhadap sistem operasi windows ketika ini, diharap jangan lagi menyalahkan sosok Bill Gates yang tidak ada kena mengena dengan Microsoft. Salahkan Steve Ballmer yang mempunyai reputasi buruk dalam mendengar s...

Perhatian!! Gambar Zionis dalam Microsoft Office Windows!!

Image
Periksa :  C:\ProgramFiles\MicrosoftOffice\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF Dan ia ialah gambar berikut; Saya terkejut jika gambar seperti ini sedang berada dalam setiap komputer yang digunakan oleh kebanyakkan orang islam tanpa pernah disedari. Disaat seluruh dunia mengecam zionis yang tidak berperikemanusiaan kepada rakyat palestin dan terbaru freedom frotilla, nyatakan pandangan anda tentang microsoft (yang memiliki windows dan microsoft office)! Untuk altenatif, saya cadangkan anda mengguna sistem operasi ubuntu yang lebih baik dan percuma. Sebarkan maklumat ini kepada rakan anda menerusi twitter, facebook, YM dan sebagainya. Terima kasih!

Nautilus Elementary Update

Image
Sekiranya anda salah seorang yang menggunakan nautilus elementary, anda tentu perasan hari ini ianya telah dikemaskini dan pembaharuannya ialah seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot disebelah. Ya, kini sidebar membezakan beberapa perkara iaitu folder, device dan network. Sekiranya anda ingin memasang nautilus sidebar dalam  ubuntu anda, sila ikuti tutorial dalam entry mencantikkan ubuntu 10.04 lucid lynx . Semoga bermanfaat.

Miliki barang cetak rompak akan jadi kesalahan!

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 pada sesi Parlimen akan datang bagi memperkemaskan peruntukan yang sedia ada di bawah akta berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di bawah akta berkenaan, kementerian akan memperuntukkan kesalahan memiliki barangan cetak rompak adalah sama seperti memiliki barangan curi. "Oleh demikian wajarlah kesalahan sedemikian dijadikan sebagai satu kesalahan jenayah. Langkah ini bukan untuk menindas rakyat tetapi rakyat harus tahu yang salah adalah tetap salah," katanya ketika berucap melancarkan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010 di sini, sebentar tadi. via : BHarian Zaman gelap kepada industri cetak rompak di Malaysia? Atau zaman cerah kepada Open Source di Malaysia? Sejauh mana penguatkuasaannya nanti?

Karmic Koala, Snow Leopard, Windows 7 : Mana satu pilihan hatimu?

Dunia sentiasa menawarkan pilihan - samada ketika anda bersedia untuk memilih atau tidak. Namun dunia sistem pengoperasian dahulunya hanya menawarkan satu pilihan iaitu windows . Bukan kerana tiada pesaing tetapi kerana pesaingnya terlalu naif dan kecil, hanya diiktifraf kewujudannya oleh golongan tertentu yang mewakili cebisan kecil dari pengguna komputer secara keseluruhan. Kini, dibantu oleh teknologi internet dihujung jari - suasana itu sudah berubah. Apabila bercakap tentang dunia sistem pengoperasian, sudah mula kedengaran dan kelihatan pilihan-pilihan yang ada. Jika dahulu saya akui saya tidak mengenali yang selainnya kecuali windows. Buruk baik itulah pilihan yang ada. Melalui internet, saya mengetahui bahawa sebenarnya ada pilihan lain, mungkin lebih baik dan menguntungkan berbanding legasi windows yang kini saya labelkan sebagai membosankan. Tahun 2009 merupakan tahun yang cukup produktif bagi sektor pembangunan perisian pengoperasian komputer. Dengan kitaran 6 bulan ubun...

>>> Hanya yang terbaru dalam Karmic Koala!

Image
Akhirnya, apa yang diwar-warkan sebelum ini telah menjadi kenyataan. Kemaskini terbaru dalam Ubuntu Karmic Koala Alpha 6 menyaksikan beberapa perubahan yang mengujakan setelah penantian sejak Hardy Heron 8.04! Tema default serba baru! Apa yang dapat anda lihat sebenarnya ialah, tema "Human" yang sama sekali diperbaharui dengan perubahan warna kepada coklat mengantikan legasi brown yang sebelum ini. Tema ikon juga telah memperlihatkan perubahan yang menarik. Nama kepada tema ikon ini ialah, Humanity ! Screenshot diatas merupakan gabungan tema ikon serba baru, tema desktop beserta rupa panel yang sangat menarik dan kemas. Kelihatan pihak pembangun ubuntu telah mengambil kira beberapa idea dan cadangan daripada penggguna ubuntu sebelum ini dan mengaplikasikan idea tersebut ke dalam karmic koala yang serba baru. Wallpaper? Ini ialah wallpaper terbaru Karmic Koala tetapi tidak pasti adakah ianya adalah wallpaper yang default dalam versi akhir yang akan terbit oktober i...

Ubuntu 10.04 LTS, "Lucid Lynx"

Image
Ubuntu versi LTS atau Long Term Support yang akan datang akan menggunakan nombor versi 10.04 dengan kod nama Lucid Lynx ─ diumumkan oleh Mark Shuttleworth pada selasa lepas. Dijadualkan akan diterbitkan sekitar April 2010, Lucid Lynx dijangkakan akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan Gnome 3.0, fokus kepada boot performance dan sebagainya. Apa itu LTS? Ubuntu mempunyai 2 versi pelepasan iaitu yang biasa dan juga LTS. Bagi pelepasan biasa (seperti versi 9.04, 9.10), pihak pembangun ubuntu akan menyokong versi tersebut hanya 18 bulan manakala bagi pelepasan LTS (seperti versi 8.04, 10.04), pihak pembangun ubuntu akan menyokongnya selama 3 tahun. Sokongan pembangun ubuntu? Sokongan disini termasuklah dari segi kemaskini keselamatan dan kestabilan. Jika versi yang digunakan telah melepasan jangka sokongan yang dijanjikan, ia tidak akan lagi dikemaskini dan pengguna akan mendapati software update bagi system utama ubuntu tidak lagi mempunyai kemaskini. Versi...

Terkini!

Salam Ramadhan buat semua pembaca muslim. Saya sedang membuat beberapa perubahan keatas blog ini terutamanya dari segi template. Kelihatannya beberapa eksperimen lepas mendatangkan banyak masalah kepada pengunjung (twitter API?? - serius aku xtau apa2). Oleh itu tidak dapat tidak saya terpaksa mencari satu tema blog yang sesuai dan feel yang ngam dengan ubuntu yang bakal terbit iaitu 9.10, Karmic Koala. Doakan semoga blog ini semakin berseri selepas ini! Sekian.

Pidgin 2.6 : Sokongan Fungsi Google Talk Voice & Video

Image
Sebelum ini saya dah tulis berkenaan hal ini disini . Dengan munculnya Pidgin versi 2.6 yang dikatakan menyokong fungsi Google Voice & Video menerusi protokol XMPP, membuktikan telahan saya tempoh hari adalah tepat. Selain dari itu, Pidgin 2.6 juga menyokong tema dan perpindahan fail ke protokol lain seperti yahoo (yang sebelum ini mempunyai pelbagai ragam masalah). Walaupun begitu, saya masih tidak berkesempatan untuk mencuba pidgin versi terbaru ini. Bagi yang teruja untuk mencuba, sila rujuk ubuntugeek .

Paparan dari Karmic Koala : Boot Demo.

Image
Berikut merupakan beberapa paparan demo bagi skrin boot versi terbaru ubuntu karmic koala yang bakal muncul oktober ini. Flash Demo Amacam? Memang menarik sekali dengan interface yang simple dan mudah difahami. via : http://www.yquejue.com sumber : https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Karmic/Boot/Demo