Dunia sentiasa menawarkan pilihan - samada ketika anda bersedia untuk memilih atau tidak. Namun dunia sistem pengoperasian dahulunya hanya menawarkan satu pilihan iaitu windows. Bukan kerana tiada pesaing tetapi kerana pesaingnya terlalu naif dan kecil, hanya diiktifraf kewujudannya oleh golongan tertentu yang mewakili cebisan kecil dari pengguna komputer secara keseluruhan.
Kini, dibantu oleh teknologi internet dihujung jari - suasana itu sudah berubah. Apabila bercakap tentang dunia sistem pengoperasian, sudah mula kedengaran dan kelihatan pilihan-pilihan yang ada. Jika dahulu saya akui saya tidak mengenali yang selainnya kecuali windows. Buruk baik itulah pilihan yang ada. Melalui internet, saya mengetahui bahawa sebenarnya ada pilihan lain, mungkin lebih baik dan menguntungkan berbanding legasi windows yang kini saya labelkan sebagai membosankan.
Tahun 2009 merupakan tahun yang cukup produktif bagi sektor pembangunan perisian pengoperasian komputer. Dengan kitaran 6 bulan ubuntu yang berputar ke versi Karmic Koala, Apple pula gah dengan Snow Leopard manakala Microsoft pula tampil dengan Windows 7 yang diwar-warkan memperbaiki dosa-dosa vista. Masing-masing mendakwa merekalah yang terbaik. Namun penentuan siapa yang terbaik pastinya bukan ditangan mereka tetapi ditangan pengguna itu sendiri.
Saya terbaca di blog aman tentang harga Windows 7 starter edition = RM148. Wow, bayangkan versi ultimate edition = RM648. Microsoft tidak pernah belajar dari kesilapan!
Dalam bab penentuan harga bagi sistem operasi komersil, saya lebih suka cara Apple. $29 untuk upgrade dari Leopard ke Snow Leopard. Murah kan?
Namun apa yang lebih murah dari sesuatu yang percuma? Ubuntu Karmic Koala merupakan versi ubuntu yang paling menarik untuk diulas. Saya sebagai pengguna Karmic sejak Alpha 5 telah mencuba sendiri tahap kestabilan versi ini dan dengan yakin boleh mengatakan, ianya sesuatu yang berbaloi untuk dicuba jika anda ragu dengan Snow Leopard dan Windows 7.
Sunday, October 25, 2009
Karmic Koala, Snow Leopard, Windows 7 : Mana satu pilihan hatimu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
leopard aku pkai,7 pon aku pakai.dua2 sonok. :)
ReplyDeletemyst3 said...
ReplyDeleteAs usual, zul punya review memang mengancam dan pandai mengolah bahasa. Thumb up bro :D
haha. ubuntu dihatiku. eh, ext4 stabil ke kalau dipakai dlm karmic koala?
ReplyDeletethinkpad aku dtg sekali dengan lesen vista business aku downgraded ke xp...hohohoh..walau apa pun ubuntu jgk tetap di hati.. ;)
ReplyDeletemcm yek aku nak dptkan CD ubuntu yg byk..keke bkn ape kadang2 kalo ade kursus or buat kursus utk juruteknik komputer ( http://forum.kjkm.org ) aku kan kasi kat bdk2 jtk,
ReplyDeletePilihan saya : FREE lah...pasti ubuntu
ReplyDeleteorg dah biasa sangat guna windows. software2 pon banyak tuk windows je. kalau student yg noob skit yg ada hati nak guna ubuntu tp takde masa nak explore cam aku kena la guna windows. kalau yg takde hati nak explore tak tau apa tu ubuntu takut kena jadi programmer isi code cam awal2 windows dulu. um...
ReplyDelete@anonymous : ext4 dalam karmic dijadikan default..maybe sbb dah stabil kot..heheh
ReplyDeleteaku ska gne ubuntu ultimate edition 2.3..
ReplyDeletesume software dah ada
Ubuntu pilihan hati ku..
ReplyDeletebelajar ubuntu dari 0...
melayubuntu jadi sumber pertama untukku mengenali ubuntu..
I akan pake Windows 7 Ubuntu nak pakai capai sangat.
ReplyDeleteJaunty Jakclope sound tak kelua, sekarang Karmic Koala 3G modem pulak tak running. Macam mana nih Ubuntu new release bukan tambah bagus...
kat office pakai vista
ReplyDeletekat rumah pakai ubuntu
pilihan hati..mostly ubuntu - kat notebook 512RAM pun laju jer :-)
Saya masih pengguna tegar Windows.. sekarang gune W7.. tapi da penah gune ubuntu tengah tahun ni.. ubuntu mmg ringan.. tapi banyak software x support.. huhu
ReplyDeletewahhh ...
ReplyDeletekalau bleh nk gune semua tu ..
tapi skrg ni run Win 7 ..
laptop lagi satu run Ubuntu ....
tapi blum upgrade lagi ...
Aku pakai ketiga-tiga, susah nak mansuhkan sebab semua ada kelebihan dan kekurangan, dan ubuntu distro linux besar jadi support untuk excrement agak banyak.
ReplyDeleteBukan nak tunjuk terror tapi semua ada guna dan semua aku suka macam madu 3. Kalau bini paling lawa mesti la Mac (kerana kestabilan hardware & qulitas produk luar dan dalam)
Sorry to hijacked your topic..:) but anyway, does
ReplyDeleteanyone knows how to install Karmic Koala using external hard disk on Mac?. I did all the google said but I got nothing.
1. There are 2 partitions on my external hard disk ( HFS+, Fat32, and the rest is free space)
2. Installing Ubuntu as usual into "free space", I choose /dev/sdb4 for boot loader (sdb4 => root, sdb5 => swap).
3. FYI I'm using rEFIt also, then after reboot I choose on Linux partitions and it says "Error: not found returned from legacy loader".
4. It's been 4 days guys and I hope your helps here. :-)
Thanks!
aku baru kenal ubuntu 2 bulan lepas. mula2 jaunty sekarang dah pakai karmic. slowly aku absorb ilmu2 pemakaian ubuntu nie. apapun aku tak pakai window kecuali laptop office aku la. itu bukan aku punya.
ReplyDeleteso far problem2 yg aku lalu masa guna ubuntu ni satu persatu dah selesai. cuma tinggal ada beberapa perkara lagi.
1. sd card aku masih tak function. -lspci ada.
2. CSL usb stick modem aku pun sama. -lsusb ada detected
3. possibilities nak webcam chat guna YM instant mesengger client masih belum jumpa ). kopete tu untuk KDE tapi aku prefer Gnome
4. skype dah ON tapi webcam skype tader.
itu je la.
compiz ke dock ke semua gua dah settle. codec2 media pun semua dah ok. gua duk baca dalam internet je.
doakan gua berjaya beb.
heheh
3. possibilities nak webcam chat guna YM instant mesengger client masih belum jumpa ). kopete tu untuk KDE tapi aku prefer Gnome
ReplyDeleteHang bleh guna Gyache kalau nak chat ngan webcam sila check website http://gyachi.sourceforge.net/ untuk Ubuntu 9.10 aku tak tau sebab aku belum upgrade ke 9.10 lagi.
Antara Ubuntu 9.10 dengan 9.04, saya lagi prefer yang 9.04 punya..
ReplyDeleteWalaupun sedikit kuno
Bgi Zul la..antara 3 OS nie, mane satu yg pling perfect?..
ReplyDeletesori, mgkn komen aku agak merepek.. karmic koala, snow leopard, windows 7, smue aku pkai.. klau ade mslh virus or patch kt 7, kt ubuntu blh tlg.. nk show off, boot kt mac... nk main interface gila babi, boot kt ubuntu or kde(kubuntu).. dsebabkn office 2007 kurang memuaskn kt wine ubuntu, boot kt 7... aku bkn tamak, tp msing2 ada klbihan... so apa salahnya ikut sunah nabi, bbini lbh.. nk tggu google chrome os dgr crte bkl kluar, install dlm vbox or vmware, ha ckup 4... gunakn je apa yg ade...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete