Menghasilkan efek image reflection dengan mudah
Jika anda salah seorang pembaca Manual Ubuntu, dapat anda saksikan bahawa setiap imej yang terkandung didalamnya mempunyai efek image reflection yang bagi saya secara peribadi membuatkan sesuatu image tersebut kelihatan lebih menarik untuk dilihat. Sebenarnya dalam blog ini sendiripun, saya pernah menghasilkan satu video tutorial untuk menghasilkannya menggunakan perisian GIMP.

Kini, nampaknya ada cara yang lebih mudah dari itu. Picreflect merupakan sebuah web application yang menawarkan fungsi tersebut tanpa perlu membuka apa-apa perisian image editor. Ini mungkin dapat menjimatkan masa blogger dan menambahkan efek yang menarik untuk setiap image yang anda masukkan ke dalam blog anda.

Comments
Post a Comment
Terima kasih atas respon..