Monday, February 23, 2009

Pyroom : Sesuatu yang pelik tapi menarik!

Menaip adalah satu kerja yang cukup antik. Jika dahulu manusia menggunakan mesin taip yang bising dan memerlukan tenaga, kini keyboard dan monitor memberikal feel yang cukup berbeza dan ranggi. Menaip pada perisian Microsoft Office 2007, iWork, OpenOffice.org mungkin kelihatan moden tetapi mempunyai satu kelemahan - Gangguan! Maksud saya, anda juga mengalaminya. Ketika menaip ada popup muncul, ada kawan buzz, tiba-tiba ikon firefox kelihatan comel dan geram nak klik, tiba-tiba ada idea nak update twitter dan macam.

Pyroom ialah perisian text editor yang akan membuatkan anda hanya fokus kepada kerja menaip anda semata-mata. Konsepnya cukup mudah, text editor ini akan disetkan kepada fullscreen mode, dan hanya mempunyai 2 warna sahaja. Taip! Itu sahaja. Tidak ada ikon, tidak ada popup, tidak ada buzz, tidak ada warna-warni dan ranggi. Proses lain seperti save hasil kerja dan menutup perisian boleh dilakukan dengan menggunakan keyboard shortcut. Ianya kelihatan cukup antik, tetapi efektif jika anda benar-benar menggunakannya.



Pyroom mempunyai ciri-ciri dan kebolehan berikut;
  • Tidak ada benda yang bersepah-sepah yang mengganggu.
  • Taip satu kerja untuk satu sesi.
  • Kawal pyroom dengan keyboard shortcut.
  • Autosave kerja menaip anda.
  • Memeriksa bilangan patah perkataan.
  • Boleh customize color scheme.
  • Customizable visual appearance.
Pasang pyroom dalam ubuntu;
1.Masukkan repo;
deb http://ppa.launchpad.net/pyroom-dev/ubuntu hardy main
2.Taipkan berikut ke dalam terminal;
sudo apt-get update && sudo apt-get install pyroom
Sebelum anda melancarkan Pyroom untuk mencubanya, pastikan anda tahu keyboard shortcut berikut;

Control-H: Show help in a new buffer
Control-I: Show buffer information
Control-P: Shows Preferences dialog
Control-N: Create a new buffer
Control-O: Open a file in a new buffer
Control-Q: Quit
Control-S: Save current buffer
Control-Shift-S: Save current buffer as
Control-W: Close buffer and exit if it was the last buffer
Control-Y: Redo last typing
Control-Z: Undo last typing
Control-Page Up: Switch to previous buffer
Control-Page Down: Switch to next buffer

Jom jadi pelik! Ahaks.

6 comments:

  1. jap jap jap hardy?

    intrepid tak de ke?

    ReplyDelete
  2. Menarik gak, lebih kurang sama dengan JDarkRoom(Cross platform).

    ReplyDelete
  3. @Syafia : repo tu bleh guna utk intrepid jugak.hehe...

    @bat : yup, byk yg sama..ni salah satu dr nya..hehe

    ReplyDelete
  4. owh mcm office 2007 eh. nampak cun plak

    ReplyDelete
  5. Salam semua,
    Tumpang tanya, apa program kat dalam ubuntu yang boleh kita buat flash file?
    TQ

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...