Saturday, February 28, 2009

Fokus kepada tutorial perisian sumber terbuka?


Saya tertarik kepada satu respon yang berikan pembaca dalam artikel berapa ramaikah pengguna ubuntu kembali kepada windows. Respon tersebut menyebut bahawa, blogger ubuntu terlalu menulis tentang ubuntu dan tidak fokus kepada perisian sumber terbuka yang terdapat dalam ubuntu. Ianya sesuatu yang logik, dan saya sudah lama berfikir tentang perkara tersebut.

Jujur saya katakan, saya seorang sahaja tidak mampu untuk cover kesemua perisian seperti OpenOffice.org, GIMP, Inkscape, Scribus, dan sebagainya. Jika sekiranya blog ini dan blog ubuntu lain hanya bercerita tentang berita hangat ubuntu, update versi, review software bla bla dan sebagainya, ubuntu takkan kemana. Menyedari hakikat tersebut, kita dan blog ini perlukan satu anjakkan luar biasa.

Lalu bagaimana mungkin? Saya tidak mampu cover semua dan jika kita tak lakukan anjakkan, maka ubuntu akan tewas dalam perlumbaan ini. Disini komuniti sepatutnya mengambil alih tugas. Bukan hanya bergantung kepada individu tertentu tetapi satu komuniti sepatutnya memainkan peranan yang proaktif dan konsisten.

Saya tawarkan kepada individu yang berminat, sila emailkan kepada saya jika anda ingin untuk menjadi penulis blog ini fokus kepada satu-satu perisian tertentu. Saya juga mengalu-alukan penulis yang ingin membuka blog sendiri untuk menulis tutorial tentang perisian sumber terbuka. Kita secara keseluruhannya masih kekurangan rujukan dan komuniti ubuntu sepatutnya tidak hanya berpeluk tubuh tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Untuk peringkat awal, kita akan fokuskan kepada beberapa perisian penting seperti OpenOffice.org, GIMP, Inkscape dan scribus. Ini adalah tahap kritikal dan perlukan rujukan segera. Serius saya tegaskan, jika kita tidak boleh menyumbang kepada open source dari segi programming untuk memperbetulkan bugs dan pembangunan, apakata kita sumbang dari segi dokumentasi dan tutorial? Terlalu sukarkah?

9 comments:

  1. Memelayukan dokumentasi
    Oleh kerana tak semua orang kita ni (baca: Melayu) pandai bahasa inggeris, maka adalah lebih baik komuniti membuat terjemahan tentang dokumentasi/tutorial/tip-trik dsb. Bukan tak berminat, tapi terkadang pening jugak nak memahami sesuatu kerana kurang sumber rujukan. takkanlah tak de perasaan segan dengan komuniti Indonesia yang berbangga apabila bahasa ibunda mereka digunakan secara meluas dalam komuniti disana?

    ReplyDelete
  2. berminat nk buat tutorial utk gimp..
    tp takut tutorialnye agak pening dan panjang..
    al maklumalah org mnulis novel buat tutorial..
    mau berkias ayatnye..hak3
    tp idea memelayukan dokumentasi sedia ada boleh dterima..

    ReplyDelete
  3. @Maklan : yup..btul 2. Dokumentasi dalam BM mungkin antara perkara yang perlu difokuskan.

    @Jipang : bro.just do it. pk panjang2 xguna..ekeke

    ReplyDelete
  4. Hurm... mosh pun ada blog gak yg lebih kepada komputer dan perisian, dan ada menumpukan kepada kepenggunaan perisian2 komputer, ada 2 atau 3 artikel penggunaan perisian yang msih dlm bentuk draf lagi sbb xde masa nk siapkan... xde masa nk mnulis, ngahaha...

    stakat ni nk blaja scribus n gimp.. bc full circle magazine je ar

    ReplyDelete
  5. salam zul..

    idea aku, kalau aku ada tutorial gimp yang dilepaskan ke www.ilmuit.com, mambang.org.my atau dalam blog aku, mahukah mung linkkan tutorial tersebut ke blog mung ? walaupun aku menggunakan sistem pengoperasian selain ubuntu?

    ReplyDelete
  6. @MOHAZAT : hehe..siapkan la bro..

    @hardyweb : probnye aku xtau kalau tutorial 2 tlah diposkan..huhu.. tp ok jer klu nak linkkan pun. kene ada cara jgk kot atau aku copypaste dlm blog ni jgk.

    ReplyDelete
  7. Aku pun ade log pasal software open source yang okus pada game kat http://gameornot.net

    ReplyDelete
  8. Setakat ni saya hanya biasa dengan Netbeans ataupun Eclipse sebab 2 IDE tu memang biasa digunakan di Windows untuk pengaturcaraan Java.

    Saya memang ada tulis pasal dua software ni (tak banyak) di blog saya dalam Bahasa Inggeris mudah.

    P/S: Pening juga nak guna perisian sumber terbuka ni walaupun nampak mudah macam OpenOffice dan GIMP. Zekr memang software Quran yang paling mudah digunakan yang saya pernah jumpa.

    ReplyDelete
  9. aku pun ader gak buat post atau entry yang bersabit ngan linux @ open source ni bro... tapi kadangkala aku ader sediakan trick untuk windows (terutamanya dalam menjahannamkan windows). Dan aku juga ader gak buat post untuk gadget terbaru..
    mcm laptop ke dekstop ke aper ke....

    bro link jer lahh...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...