Saya antara orang yang mencuba ubuntu dan tidak lagi kembali kepada windows. Namun saya tahu yang diluar sana ramai yang berbeza dengan saya. Mereka menggunakan ubuntu buat beberapa ketika, teruja dengan apa yang ubuntu tawarkan kepada mereka namun kemudiannya kembali kepada windows. Apabila ditulis sebegini, kita mungkin bertanyakan MENGAPA?
- Rujukan yang terhad : Ubuntu di malaysia merupakan satu permulaan dan memerlukan banyak rujukan. Namun apabila orang sekeliling tidak menggunakan ubuntu, ini mendatangkan masalah apabila ubuntu yang mereka gunakan mempunyai masalah pada sangkaan mereka. Ingin dirujuk dalam blog dan forum berbahasa inggeris agak memeningkan kepala dan apabila ingin dirujuk ke melayubuntu artikelnya agak terhad. Penulisnya pula bukanlah orang yang FREE 24 jam. Penyelesaian terakhir - kembali kepada windows.
- Tidak boleh menggunakan software windows : Antaranya software yang esklusif untuk windows sahaja. Dah puas mencari altenatif dalam ubuntu tapi tidak ada. Ubuntu juga tidak menyokong kebanyakkan game yang femes dan jikapun disokong memerlukan masa dan tumpuan semata-mata untuk install dan memastikan game tersebut berjalan lancar. Akhirnya, dia kembali kepada windows.
- Boring dengan ubuntu : Pada mulanya, compiz memang menjadi daya tarikan yang meningkatkan adrenalin pengguna ubuntu. Lama kelamaan dia menyedari yang ubuntu gagal membuatkannya terhibur. Banyak perkara yang dia tidak pandai dalam ubuntu dan ini menyebabkan dia melihat ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang memboringkan. Akhirnya, dia kembali kepada windows.
- Tiada Audio & Video chat : Anda boleh cadangkan skype, empathy, kopete dan sebagainya tetapi saya sendiri meragui adalah aplikasi tersebut mampu berfungsi sebagaimana sepatutnya. Ini adalah kelemahan ketara sistem operasi berasaskan linux ketika ini. Pengguna yang baru dengan ubuntu saya rasa ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk enablekan audio capture dalam ubuntu. Anda tahu ke? Akhirnya, dia kembali kepada windows.
- Isu mesra pengguna : Anda perlu faham mengapa orang normal sukar memahami genius. Jika anda ingin hasilkan sesuatu yang digunakan oleh orang normal, anda perlu berada pada kedudukan orang normal ketika menghasilkannya. Begitu juga dengan perisian. Kita lihat banyak perisian dalam linux dihasilkan seolah-olah mereka syok sendiri dengan dunia "geek" mereka. Banyak fungsi yang tersembunyi dan tidak didedahkan. Ini diterukkan lagi dengan dokumentasi perisian yang ala kadar. Bagi pengguna normal, ini menyukarkan mereka menggunakan software tersebut dan apabila sampai kesuatu tahap, dia kembali kepada windows.
- Melayu malas membaca : Ini adalah hakikat pahit yang harus ditelan dan ditekuni sebabnya. Saya mempunyai cukup banyak pengalaman untuk membuktikan dakwaan yang agak femes ini. E-Maj yang saya tulis, tanyalah kepada diri sendiri berapa ramai yang membacanya dan mengambil ilmu darinya. Ada pembaca blog ini bertanya saya tentang sesuatu perkara. Saya katakan yang dia akan faham tentang perkara tersebut jika membaca emaj. Rupanya dia hanya download dan tidak membaca! Manual ubuntu yang mempunyai 76 mukasurat dan 4055 patah perkataan dihasilkan dengan merujuk kepada pengalaman ini - melayu malas membaca. Jadi saya persembahkan sesuatu bukan untuk menjadi bahan bacaan, tetapi bahan melihat dan faham. Konsep yang cukup mudah dan jarang digunakan untuk penyebaran ilmu. Saya inginkan sesuatu ilmu itu disampaikan dalam bentuk yang paling mudah untuk difahami.
Bagi aku, halangan terbesar untuk aku kekal kat Ubuntu adalah Internet. Ubuntu ni keje nak download je. Nak dengar lagu kena download codec dulu, nak guna software kena download segala macam dependencies dia. Kalau Windows, sekurang-kurangya boleh pergi ke CC, download, masuk dalam USB drive, dan bawak balik rumah.
ReplyDeleteLagi satu, tekanan di ofis membuatkan aku terpaksa menggunakan Windows. Sejujurnya, OpenOffice masih banyak bugs yang membuatkan fail aku tak save sepenuhnya, jadi aku berbalik kepada Windows.
Aku masih mencuba, dan mencari jalan untuk menggunakan Linux... huhuhu...
aku ni antara pengguna Ubuntu dan dalam masa yang sama masih menggunakan Window..tapi aku guna Window pun setakat main game aje, pun dah lama tak bukak (tak ade game baru)..
ReplyDeletesetakat ni aku dah banyak revise guna linux app's macam OpenOffice, GIMP, Audacity dan lain-lain, format aplikasi tu tak ada masalah kalau digunakan dalam Window untuk diesit semula dalam aplikasi seperti MsOffice, Adobe Photoshop, Sound Forge dan pelbagai lagi tanpa ada sebarang kerumitan..cuma apa yang anda perlu membuat adalah lagi rujukan dan rujukan (baca dan baca)..
@melayubuntu=aku sokong pendapat ko tentang hal melayu tu..bukan nak kondem tapi memang dah ternyata..
rekod klien aku:
kekal Ubuntu = 3
kembali ke window = 2
Aku adalah pengguna ubuntu,sama juga macm jipang aku guna window jugak,itu pun untuk test trick window,kenapa aku masih bersama ubuntu?sebab aku sukakan cabaran.Dapat mempelajari benda2 baru.Kalau pasal masalah,semua sistem ada masalh,bkn perfect semua.semua ikut kehendak kita.
ReplyDeleteaku antara client baru ubuntu..kebanyakkan tutorial di blog ini mmg kdg2 menyulitkan..terpaksa aku tgk balik pada post2 yg lepas. kdg2 terpaksa google sndi. nak tanya pd owner,soalan2 bodo kdg2 tak dilayan..
ReplyDeleteaku guna ubuntu ini pun bkn la terdesak sgt.ada mslh pada ubuntu baru aku cari solution..tapi bukan sll ade mslh.2bulan sekali. wlpn mslh yg sama,yg melibatkan terminal,tak dpt tangkap utk igt.
tak semua pengunjung blog ini yg mengikuti dari awal blog ini diterbitkan
jangan pandang rendah terhadap, tabiat.
ReplyDeletesebab, jika seorang dah biasa dengan windows, ada sebab lain ker, untuk mereka tukar.
secara jujur nya tak der. Sebabnya satu sahaja, rakyat malaysia tidak sedar harga sebenarnya windows, cetak rompak, dan dah biasa, ada sebab lain ker, untuk tukar.
sebab jarang orang sanggup ambil masa belajar benda yang baru. Memang ada, tapi tak banyak.
salam, @semua - masing2 ada pglmn, bgslah dpt dikongsi di sini, @melayubuntu, isi #6 tu mmg sgt2 btul, sgt2 sy stuju, tp taklah semua, cuma yg rajin membaca tu jadi puak minoriti, tu satu, membaca dan tekun utk mnylsikn mslh dan berkongsi balik (menulis balik) ..yg ni yg kurangnya..
ReplyDeletesy mmg da 1 thn + guna ubuntu, da meninggalkn windows jauh2 namun ttp membaca dan mgkuti prkmbgn windows. ada juga kwn2 sy guna ubuntu, tp ye la last2 balik ke windows, sdh juga tp, yelah pilihan mereka sndri..
@MK : rasanya manual ubuntu aku dh cover beberpa prkara yang biasanya mndatangkan masalah utk newbie.huhu..
ReplyDelete@jipang : 2 dia...remaja mmg suka game. aku ni dh lama xmain game..huhu
@kaizer : kadang2 newbie "xde masa" utk pk pasal cabaran..nak smua working out of the box..huhu..
@pikir jap : yupp..aku sdar masalah tu... insyaallah menjelang 2010 akan terbit buku rujukan ubuntu versi bm..smua akan aku cover dlm 2.. aku byk blaja dr pmbaca blog ni ttg camne nk bg tutorial dan penerangan yg snang fhm..
@sweemeng : masalahnya org tukar kepada mac osx ok jer...knape tukar ke linux je yg ada prob?
@armenia : yup...kita xleh paksa. dh namapun software bebas. sape nk guna leh try sapa xnak nk wat camne...apepun kita usahakan jgk la...huhu
Salam...
ReplyDeleteUbuntu ataupun Linux masih mempunyai bugs disana sini..namun begitu developers sudah ke arah utk menghasilkan sesuatu yang betul2 stabil (baca: sesuai dgn semua chipsets, peranti wireless, dan lain2).
Ramai yang bertukar semula angin mereka ke arah windows adalah kerana perkara2 yang disebutkan oleh Sdr. Zul tadi. Pengguna ramai yang end-user, iaitu mereka inginkan sesuatu yang senang, sesuatu yang x perlu di tweak kan, sesuatu yang boleh digunakan terus.
Maka bertitik tolak daripada itu, ada diantara yang mencuba Ubuntu namun berpatah balik kepada Windows selepas menemui masalah baru yang dalam Windows mereka dapati masalah itu tiada.
Manusia kini, tak kira apa bangsa pun mahukan yang senang2 sahaja. Namun mungkin bagi saya peratusan yang celik IT secara total dan mengetahui apa itu OS dan apa itu komputer yang mereka gunakan sendiri masih kurang. Tak begitu?
Isu rajin membaca atau tidak rajin juga adalah suatu sebab. Kadar pembaca Melayu yang suka membaca memanglah tinggi, tetapi bahan yang dibaca kebanyakannya bersifat runcitan dan ringan. Ini perlu diubah mentalitinya.
Apa yang saya, anda dan kita lakukan ini adalah antara jalan-jalan awal untuk membuka minda (culture jamming) masyarakat yang membaca atau mendengar perihal Linux dan Ubuntu. Kadar keberkesanannya akan meningkat masa demi masa dengan disokong oleh distro Ubuntu yang saban 4 bulan sekali semakin stabil.
Perkara ini mengambil masa. Namun, ia sudah pun bermula.
Statistik Persendirian
----------------------
Terus menggunakan Ubuntu - 2 orang
Berpatah balik ke Windows - 2 orang
Berminat - Ramai
Pengguna Ubuntu yang tak kembali pada Fedora ada sorang
ReplyDeleterekod member yang guna ubuntu dan terus gunakan ubuntu: 2 orang
ReplyDeleterekod member yang guna ubuntu dan kembali ke windows: tak de lagi
yang berminat: ada sorang kot.. yang lain tak tahu la minat ke tak.. lantak la
mula2 masa diorang nak tukar ke ubuntu, K akan tanya, nak buat apa tukar?
kalau main2 tak payah.. sebab benda macam ni kene ada niat dan usaha yang gigih.. kalau nak tengok benda lawa seminggu dua pastu tukar balik, buang masa
salam
ReplyDeleteentah la zul.. susah mau cakap..tapi kalau kita cakapkan .. ada plok org berasa ati .. huhuuhu.. biarlah si luncai dgn labu-labunya.
kata cikgu aku : "saya hanya mampu membawa kuda ke tempat minum air.. tapi saya tak mampu untuk paksa kuda itu minum air.. "
Assamualaikum
ReplyDeleteAku nak tambah satu lagi kenapa ramai pengguna ubuntu kembali ke windows. Ini kerana:
1. Ubuntu bergantung sepenuhnya dengan internet untuk mengupdate atau upgrade.
2. Kebanyakan aplikasi atau program yangh disediakan oleh pihak atasan ( kerajaan atau swasta) masih lagi menggunakan windows sebagai wadah.
3.Kadang-kadang aku sebagai pengguna ubuntu dan windows, masih lagi kelirudan cetek ilmu tentang sistem ini. Contohnya ada seorang student tanya ngan aku pasal 'wubi'. Aku hanya boleh jawab setakat bacaan atau pengalaman sebab aku tak pernah gunakanya.
Tentang melayu malas baca tu aku tak pasti la... Yang aku pasti melayu ning cukup suka menberi komen atau mengutuk sesuatu perkara yang dianggap yang tidak sesuai dengan jiwanya ke arah negetif. Banyak usaha murni telah hancuer berdebu. Contohnya aplikasi 'embun'. Kedua berkenaan pc tablet atau makcik pc. Barang tak kuar lagi dah komen bagai nak rak. Gitu juga nasib ubuntu, sebab benda percuma. Sebab tak der ler nak balagak sebagai siapa yang hebat aplikasi atau os cetak rompak.
(maaf kalau ader yang terasa.... itu cuma pandangan aku jer!)
saya dah berjaya menukar 10 orang menggunakan ubuntu sepenuhnya mereka tak mahu lagi beralih ke window caranya senang saja kita beri mereka full support kalau ade masalah dan anggap masalah tersebut adalah masalah kita jugak(sebab kita yang cuba ubah mentaliti mereka untuk menggunakan linux ni)
ReplyDeletelinux tiada service centre hanya kita yang cuba mengubah mentaliti mereka yang akan menjadi service centre nya
maksud saya kita yang patut jadi service centrenye;)
ReplyDeleteAku salah sorang yang kembali pada windows. =)
ReplyDeleteAda dua sebab, 1) laptop aku selalu mereng bila bila guna ubuntu(AMD64), tapi mungkin sebab aku yg belum cukup kenal dengan ubuntu. Tapi tak bermakna aku malas membaca.
2) Senang nak buat kerja bangunkan laman web, kalau nak dibandingkan masa guna ubuntu.(Sekali lagi, mungkin aku yang belum cukup pandai guna ubuntu).
Walaupun aku dah tak guna, tak bermakna yang aku tak suka ubuntu. =) Sebab aku dah mula guna linux sejak tahun 2003.
Tapi, tak salah kan kalau guna windows? huhu
Ini komen ambo, yg mula gunakan ubuntu dari versi 7 dulu. Setuju dgn pendapat bahawa tanpa internet siapa lah ubuntu. Kemahairan amat penting dlm mengendalikan Linux & mmg konfugurasi tepat penting mengikut PC (custom made) contohnya instalasi Ubuntu pada Laptop Dell XPS 15.. pada kaedah dwi lancar (dual boot) kipas termal akan berbunyi lebih kuat berbanding operasi dgn windows, so kena cari jalan untuk menyelesaikannya. Sebaiknya utk faham dgn Ubuntu & linux yg lain jika ada 2 PC adalah lebih baik tetapi gunakan Virtual drive x kiralah apa jenis parallel ke, VMware ke. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam ubuntu dengan instalasi Virtual box dimana kalau dulu semuanya kena buat konfigurasi tetapi dengan 8.10 ni hidup lagi mudah, sbb ianya makin stabil dengan sumbangan dari komuniti sendiri. Gunakan Ubuntu, install virtual drive, dengar nasihat penaja... belajar sebaik-baiknya dan ingat pesanan Bob Said "Full Support' itu yg penting, kalau Allah swt sayangkan kita sbg hamba walaupun mcm2 kemungkaran yg kita buat tetapi dia tetap contribute & supportive, I support this community.
ReplyDeleteAlasan perlu internet untuk guna Ubuntu amat lah tidak logik, agak2 Windows update tu boleh beli di kedai cd ah beng juga ke? Sama sahaja, Windows update perlukan internet, Ubuntu / Linux update juga perlukan internet. Tiada internet? Ada sahaja alternatifnya mendapatkan kemaskini terkini.
ReplyDeleteAku adalah antara pengguna Ubuntu yg tak patah balik ke windows..huhu..
ReplyDeleteAku kdg2 je guna windows. Tu pun kalau nak guna Photoshop.
aku xpernah balik ker windows...just tempat keje je yg memaksa aku gunakan windows... utk workstation......laptop aku aku guna linux....
ReplyDeleteLinux banyak bug? betul. Windows tiada bug ke?
ReplyDeleteBeza bug di dalam Linux dan dalam Windows, jika kita tahu nak perbaiki kita boleh buat sendiri, atau laporkan pada bugzilla atau apa2 lah yang distro guna dan pasti akan diperbaiki dengan kadar segera.
Kalau jumpa bug di dalam Windows atau apa2 software propriety yang lain, boleh ke kita perbaiki tanpa source code? Atau boleh kita pastikan pembangunan perisian itu akan perbaiki dengan kadar segara.
to apz said:
ReplyDeleteKat kedai ah beng mmg ada jual cd update.. utk windows dia masukkan dalam installer package. Kalau linux agak susah.. kalau ada pun yg dtg dengan update package baru. Ada ramai ke org pakai RFID??? terima lah hakikat yg ada internet kena bantu yg tiada. cadangan tu baik mungkin kalau kita disini boleh adakan fail update section dan supported package yg lain. Satu lagi citer2 jugak Ubuntu ME dah guna???
Fuh ramai yg komen...aku try reply..
ReplyDelete@ba'ang : yup..ia perlukan masa. dan sikit2 ramai yg mula terima ubuntu seadanya..
@hasbullah pit : sape tu yer? ko ke? ekeke..
@syafia : aah..kadang2 derang try ubuntu sbb minat kat compiz jer..yg len2 xtau apa..huhu
@adi : tu dia...ada unsur metafora disitu... mmg perisian bebas ni xpaksa mane2 org utk guna dia..hehe
@ayem36 : pasal internet ni, xyah la update. pastu klu nak install 2 ada sesetengah software perlukan dependencies. yg ni kne ada internet. klu xde internet dan nak pasang software gak ssh sket la.. windows lain. ramai mmber ada CD yang lengkap software dalam 2. tp klu windows pun xde tenet ssh jgk kot.hehe
@bob : service center ek..huhu.. aku ada cadangan nak tubuhkan pasukan service center ubuntu. sape nak join?ehehe..
@rbrosli : hmm aah...kadang2 minor prob 2 ada. sbb hardware yg brbeza akan bg result yg brbeza. kernel yg baru akan improve interaksi antara hardware ngn software (OS)
@apz : hehe.. 2 la pasal. klu nak update, smua OS pun perlukan internet. alahai~
@flip9 : waa..bagus2..hehe
@hacker 125 : ic2...nak wat camne bro..redha jela..hehe
@apz : send an error report or dont send it.. ada perbezaan ke? hehehe...
Ubuntu, Kubuntu, Xubuntu, ME, CE, Satan atau apa pun derivative.. semuanya Ubuntu,
ReplyDeleteKenapa aku suka Ubuntu / Debian
sudo apt-get install ....
Windows?
1. Bro ada cd xxx nak pinjam install?
2. x pun, bittorrent,
3. atau beli kat ah beng...
seksanya nak dapat installer..
Aduh, nak kena crack pulak.. aduh.. installer ni sekali datang dengan trojan pula..
@hackers_125 : samelah, kat kolej aku kene ngadap mac os ngan window gak sebagai interface, tp balik umah Ubuntu menguasai..ngee~~
ReplyDelete@melayubuntu : adess boss, game cuma menghibur duka lara, tp game kat Ubuntu ok ape, mcam Gbrainy ;P
@ayem36 : mungkin perkara internet tu ade kesannye, sebab internet dkat M'sia ni pun payah nak download repo CD..
@Hasbullah Pit : ni pn salah seorang pengguna Fedora yang lari ke Ubuntu..haha
@apz : why I like Debian? apt-get dist-upgrade (zul paham ler tu..hehe)
@bob : mungkin boleh join komuniti Ubuntu dulu, lepas tu kembali ke Ubuntu secara ekstrim..masa tu mungkin dah bileh main terminal dengan selambanya ;P
ape-ape pun semua yang dibuat manusia ada pro dan kontranya..same jugak kalau pengguna XP lari ke Vista, dan pulang ke pangkuan XP semula (sebab ade beberapa hal tak masuk akal dekat Vista), sedangkan ia sama-sama produk Windows..kenapa?
yang pasti aku pengguna Ubuntu yang tegar, sebab asal dekat XP aje, aku mesti nak buat multiple desktop, tukar workspace yang tak boleh dilakukan dalam XP..hehe
p/s: baguih rekod ti ba'ang..aku pn baru dok install sorang lagi guna Ubuntu ni..hehe..keep it up geng! Spread the Ubuntu!
aku tak tau nape korang sume merungut. psl pejabat aku sume dah kena virus Ubuntu..jadi?
ReplyDeleteSaya pengguna Ubuntu ME (bakal tukar nama kepada Sabili kerana "Ubuntu" merupakan trademark Canonical Ltd.) yg takkan berpatah balik ke Windows walaupun keluar windows 7,8,9 kecuali windows menjadi OS sumber terbuka :-)
ReplyDeleteMasalah ubuntu mengikut pendapat saya.
Proxy yg mudah : Di windows ada Ultrasurf dan Freegate. Ubuntu? Tor je kot.
Games: masalah besar kepada peminat game PC. Kalau peminat game emulator dos,snes,gba,psx memang dah ada versi linux walaupun ada sesetengah yang rumit utk dipasang.
Kalau nak buat kerja saya rasa takde masalah besar.
Office 2007 atau Adobe Photoshop boleh guna crossover.
Netbeans/Eclipse ada versi linux utk mengaturcara.
Mathematica,Matlab dan Maple utk Teknik Pengkomputeran matematik pun ada versi linux.
Nak burn cd/dvd boleh guna Nero Linux, software open source pun banyak mcm brasero,k3b.
Nak rip dvd, OGMRip mmg masyuk. Lagi best dari Nero Encode saya rasa :-)
Ubuntu ME dah ada codec,compiz yg biasa menjadi tarikan newbie ubuntu. Zekr,Software Quran open source, kalau tak lebih baik, setaraf dgn Harf Holy Quran kualitinya.
Majulah sumber terbuka utk semua.
Wassalam
aku guna dua dua ( debian etch dan windows ) .. tak dok sape nok maroh.
ReplyDeletepada pandangan aku lah.. aku banyak post pasal Opensource software yang menggunakan OS windows dengan harapan agar pengguna Windows membuka mata dan telinga, bahawasanya Opensource bukan Linux dan Linux Bukan Redhat..
dan apabila mereka dah biasa guna OOo, scribus atau inkscape atau GIMP.. maka pendapat aku lagi, mereka akan mudah menerima apa yang ada dalam Linux Desktop. tinggal lagi garap skit skill yang ada.
soal dependency tu.. memang payah kalau tak ada internet.. tapi itu bukan satu halangan pun. yang penting minat..
saya rasa sb utama orang malaysia x boleh terima ubuntu ada disebabkan nama ubuntu sendiri... mmglah sebutan dia oo-boontu.. tp ramai orang kita sebut you buntu.. kalu kubuntu lagi lah Ku-buntu.. edu-buntu.. bla..bla.. sebab tulah org malaysia lebih suke gune suse atau fedora.. malah agensi kerajaan dan swasta lebih suke pilih fedora dan suse..mgkin org malaysia segan dengan nama ubuntu, takut jd buntu pulak..tp x kesah lah, asalkan ianya open source..walhal sy tahu ubuntu mmg senang untuk digunakan, update mudah, support community yang sangat baik, banyak rujukan dan blogger2 kat malaysia dan negara2 lain lebih suka memperkenalkan ubuntu, berbanding distro2 lain..ubuntu jugak ada majalah sendiri seperti full circle yang percuma untuk download.. malah negara kita ada e-maj yg diterbit oleh melayu-buntu sendiri.. sy memang memang sangat suke baca majalah full circle, sebab banyak info mengenai dunia open source dan ubuntu..dan sy berharap majalah e-maj dapat diterbitkan dengan lebih kerap..sy mmg tertunggu-tunggu majalah e-maj..saya tahu majalah emaj perlu sokongan yg kuat dari rakyat malaysia sendiri kerana ianya berbahasa melayu.. full-circle mendapat sokongan dari pelbagai negara kerana ianya berbahasa inggeris dan semua orang boleh menyumbangkan artikel untuk majalah tersebut...tentang kalau guna windows kene cari software pirate, sebenarnya.. x perlu.. gune windows pun boleh gune perisian open source..kadang2 sebab tu org lebih suke windows sebab boleh install mcm2 software..sama ada software berbayar, free atau pun open source..jadi pilihan nye lebih banyak.. kalu nak gune antivirus.. ada jugak opensource antivirus spt clamav dan moon secure av..nak pakai gimp, openoffice juga bole pakai di windows.. sy rasa itulah satu faktor knp rmai yg suke gune windows..dan 1 lagi, pemasangan perisian windows adalah sangat simple dan mudah..next2.. siap, dan boleh pakai..faktor lain..kerana masih ramai orang tidak tahu ape itu ubuntu, linux, dan perisian open source..orang IT atau org yang berminat dengan dunia IT memanglah tahu ape itu linux..org yang gune komputer untuk buat keje atau main games..x ambil tahu sangat pasal perkara2 begini..yg pentig keje mereka siap sudahlah..
ReplyDelete#y@ang :
ReplyDelete1. pasai nama ubuntu, aku rasa tidak. kalau pasai nama 'ubuntu menjadi masalah, kenapa os 'embun' yang mempunyai nama melayu sejati orang tak ambil peduli.
2. Tentang majalah atau artikel ubuntu atau linux. Saya suka mengambil pendapat author melayubuntu. orang melayu suka perkara yang senang-senang. baca sahaja tapi malas nak berkongsi ilmu maksud disini traslate dan tulis balik dalam bahasa melayu.
Kalau boleh kita curi atau tiru semangat orang indonesia. Mereka telah hasilkan beberapa os bercitarasa tempatan. yang terkenal adalah 'blankon' (kalau tak silap). Aku rasa di antara embun dan blankon adlah sama sahaja. cuma bahasa. Sebab apa blankon mereka berjaya? Aku rasa mereka mempunyai satu sikap atau citarasa menghargai hasil titik peluh anak tempatan untuk untuk memajukan bangsa mereka. Aku juga respek kesungguhan bangsa malaysia (khususnya melayu) menghargai titik peluh anak tempatan
berkaitan dengan teknologi. Contoh rakam aksi terlampau menggunakan handpjone pas tu upload kat youtube, download dan upload lagu2 mp3, download film pas tu burn kat cd atau dvd dan jual kat member2 etc. Siapa kata anak malaysia tak berjaya?
Melayu Malas Membaca? Rasanya itu statement yang buleh diguna pakai. Tapi sekarang ni ramai melayu yang dah mula membaca. Tapi ada lagi kekangan walaupun dah rajin membaca. Sebab sesetengah orang, membaca pun tak buleh membantu. Antara salah satu sebab kenapa:
ReplyDelete1. Membaca tapi tak boleh nak faham apa yang dibaca. Maksudnya, dia membaca tapi hanya membaca semata-mata.
2. Membaca dan faham tentang apa yang dibaca tapi tak tau nak aplikasikan.
3. Membaca, faham dan tahu aplikasi tapi tak tau nak kembangkan ilmu tu.
Mungkin tak salah jika saya katakan, manual yang terdapat didalam MAN pages ubuntu adalah lengkap. Cuma cara penyampaian yang terlalu ringkas perlukan kita berfikir untuk mengkayakan lagi ilmu yang diberi.
Ubuntu adalah sesuatu yang percuma yang dibangunkan oleh pembangun-pembangun yang memberikan masa untuk menghasilkan sesuatu yang baru kepada pengguna PC/Laptop. Jadi kita patut menerima seadanya dari benda yang kita dapat percuma.
Just my 2 cents.
Aku masih buat dual-boot, bukan sebab tak suka dengan Ubuntu, tapi masih juga gunakan Microsoft sebab
ReplyDelete1. Server ofis aku gunakan Microsoft. Dan sebab aku bukan orang teknikal dan sibuk, jadi betul tiada masa untuk belajar dan untuk selesaikan isu non-compatibility. Lagipun, data-data dalam server tu, kalau hilang disebabkan aku, mati aku dibuatnya!
2. Printer ofis guna Konica Minolta, dan Fujixerox. Aku masih tak jumpa lagi driver untuk Ubuntu.
3. Tujuk ajar yang ada dalam bahasa Melayu banyak menjurus pada OS Ubuntu dan bukannya aplikasi Ubuntu. Sampai sekarang, aku masih terkial-kial nak guna GIMP. Heh! Jadi aku terpaksa balik ke Windows, semata-mata untuk guna MS Paint (Ya! Sungguh memalukan!!)
Tunjuk ajar dalam bahasa Melayu, patut diperkemaskan untuk isu-isu yang aku sebab di atas. Untuk boleh digunakan dalam persekitaran pejabat. Bukannya lagi mempromo Ubuntu sebagai OS untuk Desktop semata-mata, tapi bagaimana penggunaannya dalam persekitaran rangkaian.
orang indonesia mmg sudah lama menggunakan linux di jabatan kerajaan, pusat pengajian, sekolah dsb...ini kerana goverment indonesia mahu menjimatkan kos.. malah banyak perisian open source telah ditranslate ke bahasa indonesia... sebab tu lah mereka mampu menghasilkan linux sendiri dan menghargainya..programmer2 perisan opensource juga banyak di indonesia..mereka dari kanak2 lagi dah terbiasa dgn linux..berbanding di malaysia.. kerajaan malaysia baru lagi mengalakkan penggunaan perisian open source, tetapi masih tidak menyeluruh.. ini kerana kebanyakan aplikasi dlm jabatan2, sekolah2..dibina berdasarkan windows.. dan ini amat menyulitkan lagi kerana minda org malaysia masih terikat dengan windows kerana mereka dari kecil sudah diajar menggunakan windows..ada juga orang kite mggunakan gnu/linux dan perisian opensource dalam keje harian mereka.. tetapi lama kelamaan mereka kembali ke windows disebabkan persekitaran di malaysia adalah dimonopoli oleh windows..jadi semagat perisan open source masih belum kuat lagi di negara ini.
ReplyDeleteSalah satu sebabnya adalah hampir tiada jurang antara yg original dan pirate software di Msia(ni dah menyentuh soal berkat hehehe).Kebanyakan software2 windows yg hebat2(ribuan ringgit pada versi original)boleh didapati dengan mudah serta mesra pengguna.kesimpulannya software windows adalah mesra pengguna,mudah proses instalasinya,murah dan senang didapati.User lebih mementingkan tujuan/objektif mereka menggunakan pc/applikasi bukan dari segi 'kegeekkannya'.Pada mereka kenapa bersusah payah menginstall os yang geeky sedangkan ia hanyalah untuk melayari internet serta membuat office spreadsheet @ kerja2 photoshop,gaming dll!!!Adakah semua level manusia agak geeky/cukup masa untuk menggunakan ubuntu/linux atau melayari internet,berforum hanya untuk mecari penyelesaian bug os yang rumit.Berbaloikah mereka dengan segala kesusahan mengenai os yang rumit hanya semata-mata untuk menggunakan komputer?Adakah mereka mendedikasikan hidup mereka hanya untuk komputer?kenapa tidak menggunakan os yg sedia ada(windows)yang mesra alam serta mempunyai berbagai applikasi,games yang dah memang jelas kebutuhan yang mereka kehendaki akan tercapai!!!Mungkin ini adalah mindset kebanyakkan windows user yg cuba2 menggunakan linux yg akhirnya berpatah kembali ke windows setelah menyedari betapa mereka sukar memahami kefungsian linux(atau sangat leceh)serta kesuntukan masa dalam untuk kelihatan geeky hingga aplikasi favourite tidak dapat digunakan.Perangai bergantung pada diri sendiri!!!!good luck all computer users!!!no matter who u are!!!
ReplyDelete@all : mekasih byk2 sbb sudi luahkan pndapat masing2..
ReplyDeleteaku tertarik kepada, "blog ttg ubuntu terlalu memfokuskan ttg ubuntu dan tidak perisian dalam ubuntu".
Yang ni aku bersetuju dan insyaallah aku akan take action untuk slesaikan masalah ni dlam blog ni. banyak idea baru yang aku dpt dr komen2 korang dan amat mmbina skali.
trima kasih skali lg..
tapi time aku keje kat intel dulu...aku ader linux workstation sendiri... sbb aku xguna any application utk wat keje kat workstation tapi skrg kena..haha
ReplyDeletesalam seme,
ReplyDeletehahaha...sebenarnye ubuntu ni utk mereka yg mahu belajar ttg sesuatu yg baru dan yg terlibat dgn dunia IT secara terus biasanya...tapi tak dinafikan bagi mereka yang mahu belajar tidak mengira apa saja yang baru dia tetap akan mahu kenal dan mengenali..kenal dan mengenali adalah sesuatu yanng berlainan..ingat ye..KENAL DAN MENGENALI ADALAH SESUATU YG BERLAINAN...baik apa saja..tapi dah malas tu tetap malas..tiada alasan bg yg mahu..tq...
Kenapa mesti ubuntu? Kenapa mesti satu distro sahaja yang zul tekankan? Mesti ada sebabnya yang tersendiri. Saya akui ubuntu memang mudah dan semakin user friendly, tapi distibusi lain juga harus diberikan perhatian. Contohnya senang sahaja, openSUSE dan PClinux OS. Bukan tiada aplikasi yang best, malahan mesra pengguna juga.
ReplyDeleteKadang-kadang, setiap aplikasi itu berbeza nama, namun sama fungsinya. Tetapi dalam ubuntu, banyak aplikasi namun kadang-kadang ia tidak memenuhi spesifikasi yang di kehendaki pengguna. Saya dah mencuba kadangkala software QCAD dan CAD yang lain dalam ubuntu, namun ianya tidak boleh mencapai ke satu tahap yang dainginkan. Terpaksa saya menggunakan laptop saya untuk boot windows dan melakukan tugasan menggunakan AUTOCAD.
Tapi saya kagum dengan seorang yang tabah seperti zul yang terus memartabatkan ubuntu di malaysia. cuba anda taip ubuntu didalam google malaysia. no berapa blog ini dari index? tahniah zul! anda mewujudkan ubuntunisme dikalangan orang IT dan orang yang mahuka yang berlainan.
ubuntunisme? orang yang tegar kepada ubuntu?betul ke?
aku berani vote mengatakan:
1. student universiti akan dual boot kerana aplikasi yang digunakan tidak menyamai kehendak pensyarah seperti CAD, SPSS, SketchUP, Flash
2. ramai yang beralih semula ke windows kerana sukar untuk memperolehi installer seperti fail *.exe dan *.msi padahal ubuntu menekankan fungsi apt-get
3. KERAjaan yang menjadi dolak dalik!
Jika mereka sedar yang mereka perlukan RMnnn untuk menggunakan Windows dan aplikasi aplikasi berbayar lain, sudah pasti mereka tidak akan kisah untuk belajar sesuatu yang baru.
ReplyDeleteRenungkan perkara2 di bawah:
1) Undang2 cetak rompak dikuat-kuasakan secara sepenuhnya
2) Mengasingkan kos lesen Windows didalam harga komputer
Jika 2 perkara di atas dijalankan, saya rasa kita pasti akan dapat lihat "chain reaction" nya.
ps: knp produk apple kurang dapat sambutan orang M'sia?
Its about promotion and mind set.
ReplyDeletesaya sudah gunakan ubuntu sejak 5.04 (masih lagi ada salinan cd yg saya dapat free bersama majalah pc authority dari australia).
ReplyDeleteuntuk notebook ini guna dual-boot sebab ada client server application yg perlukan windows. pc anak saya yg berumur 8 tahun juga menggunakan ubuntu. pc emak saya yg berumur 72 tahun juga menggunakan ubuntu. dua2 menggunakan hardware yg berusia lebih 7 tahun. jadi saya kurang bersetuju dgn pendapat ubuntu hanya untuk geeks sahaja.
sebab utama untuk memilih ubuntu (berbanding distro lain dan windows) ialah automatic updates dan upgrades (setiap 6 bulan). tiada masalah crash, virus, worm, dsb.
dan kini saya sudah tidak mahir menggunakan ms windows vista dan ms office 2007 (terbalik berbanding org windows ke ubuntu) kerana banyak menu yg tersembunyi. susunan menu pada ubuntu dan openoffice.org lebih senang.
@Raja Iskandar Shah : yup, sokong tu..
ReplyDeletelagipun semua komputer dekat rumah aku pakai distro Ubuntu, cuma ada sebiji aje pakai XP sebab atas masalah kerja, tapi stakat apt-get update, mak dngan adik aku yg umur 8 tahun tu pun boleh buat..hehe..jadi isu geek memang tak ada wujud pun..
soal pemilihan Ubuntu berbanding distro lain pula sebenarnya ikut cita rasa sendiri..lagipun Ubuntu ni memang sesuai untuk pengguna biasa khususnya pengguna Malaysia yang mahukan interface mudah dan lengkap. Kalau nak dibandingkan OpenSUSE, rasanya tak sebaik Ubuntu sebab ramai otai Linux sendiri mengakui Ubuntu memang distro paling mudah..tak hairanlah kalau pengguna Debian lari ke Ubuntu sebab kestabilan sistem yang ada..
p/s:pendapat saje..hehe
apa apa pun gua still ngn ubuntu...sebab mudah,nk buat keje pun senang...kene lame sikit la...windows ni pening sikit..susah plak tuh...banyak sgt comand...(sebab gua dah lama tak xplore)..lelain disto tuh gua rase susah,sb gua tak pernah guna...keh keh keh
ReplyDeletesemua pengguna windows terutamanya yang pkai windows copy (termasuk aku).. aku x rse hidup aku 'berkat' ble pakai windows... betul x??
ReplyDeleteaku dah kembali ke windows!!
ReplyDeleteaku masih pkai windows!hahaha.
ReplyDeletetp sket2 je pkai ubuntu.tu pon ubuntu server ;)
Salam.. aku selama ni pakai dual boot. Baru ingat nak buang je ubuntu ni pasal sound problem yang tak berkesudahan..
ReplyDeleteNasib baik malam ni semuanya dah ok. Bila aku dah bersedia nanti, akan kubuang windows vista pirate ni. hehe.
Terima kasih kepada melayubuntu.
aku guna tiga2 OS.. mac ubuntu windows.
ReplyDeleteOrg senang tukar ke MAC OS sebab software pun banyak support kat MAC... Kenapa ubuntu ni org payah nak kekal..(pendapat je ye) 1st: bergantung kepada focus people..kalau2 bab2 gamerz xkan la diorg nak susah2 kan diri dorg lak mencari camne nak main game2 dasyat2 lam ubuntu..buat kan budak tu umur 12 ke 13 tahun..remaja dan game bukan la perkara terlarang...itu lumrah..so golongan ini maybe kurang sesuai dgn ubuntu, kalau bab2 IT student yg bahagian designer web yang memerlukan software seperti Adobe FLash CS3 ke CS4, mana le diorg nak gantikan bila guna ubuntu, Adobe hanya buat untuk MAC ngan windows (aku mmg bengang xdpt pakai kat ubuntu).bukan menunding jari kearah Ubuntu itu sendiri, masalahnya xsemua org adalah sepandai dan serajin peminat fanatik ubuntu. Kita manusia ade kekurangan masing2..Ade bidang yg diceburi masing.. mmg cabaran itu bgus.. tp xkan la semua rakyat malaysia perlu bersusah payah utk sesuatu perkara..kita patut bersyukur, ade perkembangan teknologi yg membuatkan graduan2 kita still tahu buat programming ke design ke walaupun menggunakan windows..xkan le bos kita suh wat project,kita jadi stuck sbb nak kekal Ubuntu nyer pasal.. xde le kita ni kolot sgt.. Bukan masalah melayu malas itu sendiri.. Aku melayu, mmg kalau nak kutuk kita malas, betul.. tp org cina ke india yg rajin, kawan aku sendiri pun xde la tau sgt ubuntu ni.
Ubuntu kat malaysia akan maju bila komuniti ubuntu disini kuat. Kire mmg ade support la. memang da nampak usaha2 kearah itu. So kesimpulan nya..ubuntu itu sendiri mempunyai peminat nya sendiri.. MAC OS terkenal untuk designer,windows ntah terkenal sbb pe.(promo kut)..ubuntu terkenal dgn mudah paham dr segi penggunaan kalau untuk wat note ke typing ke,ringan,xlag,tahan lasak bg aku. 2:Diri kita sendiri la.. Bg yang xpandai sgt kena la follow benda2 yg mudah..mcm windows la. Bg yg mmg power2 ni kadang2 sombong.. xpun xde masa.. kalau betul2 ade help support Ubuntu kat malaysia..yg jenis xde internet ni jual le cd update ke..aku xtau r boleh ke x.. kalau xlei jual atau provide tu..mmg malang r ckit kalau pengguna tu org tua.. mana la dia nak tau update2 via internet ni..compare to windows mmg r diorg pun kna update pakai internet. kenapa pengguna windows kena virus,trojan and so on.. sbb diorg pakai cetak rompak and kalu pengguna2 core macam programmer..mcm2 dia wat.. mana x biul windows. point kat sini kalau pengguna biasa cam sorg org tua guna windows n sorg lagi guna ubuntu. pandang dari sudut realiti. ignore kan any IT knowledge, internet, programming and so on..(bukan bermaksud org tua skang ni bodoh) hakikat nya, kalau install windows cetak rompak pun, si tua yg guna windows layan je nak dgr lagu,nak tgok video ke nak menaip... erk bukan ubuntu xde semua tu..ade bg si tua yg guna ubuntu lak dari segi realiti (aku test kat bapak aku) ..ape yg aku nmpk lepas install ubuntu.. letak kat rumah. nak play lagu ade yg xlei.. pastu nak play video ade yg xlei gak, pastu beberapa hari lak pastu.. update lak.. perkataan yg pertama keluar.. asyik2 kuar benda ni.. ape dia.. pastu pass. realiti nyer.. kalau install windows bnyak benda da cover.codec n sound yg biasa2 tu da ade.. yg luar biasa tu x la kut.. (kalau xde cari kedai,suruh anak download ke) kalau ubuntu.. nak cari kedai mana.. nak suruh anak,err anak2 dia tahu ke? fikir2 kan.. kalau installer ubuntu da cover bnyak perkara penting yg mmg lei trus pakai untuk 'seisi keluarga' ...bg yg jenis programmer ke It geek tu toksah cite..diorg kalau ade masalah surf je.. xpun kaji sikit2 da paham.. maybe peralihan OS ni masalah dari sudut user friendly..dan xsemua rakyat malaysia nikmati internet.Aku sendiri pun walaupun tahu macam2,rumah aku xde pun internet.kalau xmasuk uni aku xtau pun camne internet tu..bayangkan la mereka2 yg guna ubuntu tanpa internet..at least kalau pakai windows cari cetak rompak je software pun lei dapat macam2.. Nnt pasni kalau ade org yg baik hati lei bukak kedai cd focus on opensource je..xyah le jual mahal lak.. benda tu pun free haha.. Adios..xlei tunding kat sape2.. tepuk dada tnya diri kita sendiri. hanya 5 org dari 10 kawan aku kekal ubuntu 100% (Semua nya IT geek) lagi 4 org tu.. jenis pandai2 design.. wat programming yg memerlukan IBM,Visual Studio,FLash,video editing and so on stay windows,tapi ade mamat seko ni stay windows sbb YM (tensen aku)..haha
..aku rasa la kira ok la guna linux.. nak paki windows pown da maleh dah.. buat programming pown da leh guna linux dah.. lg pown bnyak benda bole explore dude!! walaupown aku xpaki Ubuntu (paki PCOS)..lagi ringan antaramuka xfce.. kira lebih advance la kalo paki linux takkira la ubuntu ke mandriva ke pcos ke ..
ReplyDeletecuma mahu ada kemahuan dan usaha dong.. hahaha
virus pown kurang ada..tp bg aku la mmg susah la nak suh org paki linux..walaupown open source tapi agak sukar rakyat malaysia menerima..ye la kalo bli Window$ pirate pown bkn mahal pown guna pown senang la..tp bg aku with LINUX no limitation..
gravegoblin
Mmg programming lei pakai linux,Persoalan nye la kan, language programming yg most popular xbnyak support linux, aku xkata visual studio dari micro-lembut je, and video editing yg bagus, pun xbnyak utk linux mostly mac, ade kah setanding mutu dan keunggulan seperti software2 yg berbayar, lari topik ni, mmg la kita xsetanding software2 yg da lama idup,that why kena terima hakikat gak r arus perubahan ni lama2 akan berjaya,walaupun ade yg lompat OS macam2. aku tgh wait n see la,company cam adobe da nak start ke linux sedikit,cam adobe air pun da masuk linux,adobe flex yg mmg da ade opensource project,mcm2 lg le. kalau adobenyer software masuk linux mmg kira aku x install da windows, kalau guna linux but guna wine untuk software pirate is there a diff kalau nak kata isu cetak dan rompak. kalau tnya sape2 pun kat malaysia ni sape la sanggup beli ori, lain la macam canada, nak cari bukan senang, kalau suruh member ke sape2 belikan cd dari malaysia, kalau kantoi pun da kena hukuman. ubuntu mmg bagus, tp depend on focus group. mmg no limitation bg org yg geek. but kalau yg cetek tu kureng skit r rasa no boundry tu.
ReplyDeleteyup aku setuju mmg no limitation bg org yg geek.. tp mcm ner nak bg org yg xgeek ni pakai ? So kena la sesimple micro-lembut.. n more user friendly.. N aku setuju software linux ni ada yg ok n ada yg kurang ok...
ReplyDeletegravegoblin
saya adalah salah seorang yang menggunakan 2 OS, windows n ubuntu:
ReplyDeletesebab mengapa saya guna Windows:
1) Adobe Photoshop CS3
2) Adobe Flash CS3
3) Dreamweaver MX
4) Adobe Premiere
(saya dh try wine, tapi masih byk bug especially dlm Adobe Photoshop, so terpaksa la guna Windows...huhu~~)
sebab mengapa saya guna ubuntu:
1) ubuntu cool
2) ubuntu menarik
3) ubuntu mudah untuk digunakan (walaupun masih byk yg saya xtau....but wat the hell...)
4) maybe anugerah Allah kt saya untuk jadi golongan minority, golongan yg suka membaca. especially bende2 yg melibatkan coding2 dlm ubuntu....sgt menarik!!!
tp mcm yg dikatakan oleh kebanyakan pengkritik2 kita, Melayu mmg mempunyai satu sifat yang sangat sukar untuk ditangani, sifat malas membaca. bagi saya, itu semua bergantung atas minat dan kecenderungan seseorang individu. Kita lihat contoh, Naruto sudahlaa....orang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membli DVD, download itu, ini dan sebagainya. bergantung atas minat, dan saya percaya, jika minat terhadap ubuntu ini berjaya ditanam di dalam hati masyarakat Melayu kita, insyaAllah, satu hari nanti, server Malaysia akan lagg jika kita download update, sebab: RAMAI GILE MALAYSIANS YANG GUNE UBUNTU!!! haha!!
ape2hal pun, saya tetap akan sokong komuniti ini, Malaysian Ubuntu User!!!
Ada 2 perkara kat sini yg perlu di fikirkan:
ReplyDelete1. Proses
2. Usaha
Ini gandingan mantap. Ambik dr pepatah; jgn bagi ikan tapi bg joran/pancing. So ada dua2 elemen tu, iaitu PROSES belajar dan USAHA untuk kemahiran. Sbb belum tentu bagi joran dia nak belajo...
Bab USAHA mungkin org KITA OK lagi, tapi bab PROSES org KITA KO. Setuju dgn sweemeng; "Tiada sbb kenapa bak tukar". Mungkin sbb tak pernah lapar. Gendang gendut tali kecapi..
kalau ubuntu ade offline installer,baru terpikir nak ke ubuntu.codec pon payah nak install,nak apt-get itu ini.update repo la.mcm windows,snang je,klite codec ke.hehe.kalo aku yg umo 40-an ni,mane ade masa ubuntu2 nih.y penting keje siap. ;)
ReplyDeletenak kata tak tinggal window.tak leh gak..bagi aku window xda dosa apa2 pon untuk kita nak perlecehkan dia hingga sanggup suruh orang lain ikut apa kita minat ..1st saya juga pngguna ubuntu..tapi dual boot window la..dalam sehari payah gak nak masuk window.sebab laju sikit guna ubuntu dari segi tenet dan system...ah buang masa nak open window .abis2 kuat bab update kaspersky.2nd ku suka ubuntu bab smart .macam2 dah ditambah ..rasa malas nak in window ..dan aku juga tak kata aku benci window.kerana aku juruteknik pc..100% pelangan adalah user window .malas nak tarbiah kenapa diorang asyik kene virus.apa dari mulut diorang.."lu boleh la sembang itu ini pasal linux..aku nak guna window ke pe..tak kissah pon..asalkan leh taip ms opis.kaHKAh ..
ReplyDeletesejak tu malas aku nak cerita apa yg aku tau dan apa yg aku leh bantu pada orang2 yang inginkan kesenangan dari secebis kesusahan(command terminal,update guna tenet,dah biasa sembah bill gate)...apa2 pon dalam hidup ni tiada apa yg senang..mesti susah dulu.lalalalalala window 1st edition dulu beranak2 dah cam vista ke?apa2 pon support la melayu
ReplyDeleteslm
ReplyDeletesaya pengguna ubuntu dah setahun lebih dan terus melekat hingga hari ini. Jika cerita psl ubuntu takkan habis. Cuma kalau compiz fusion tak boleh activate jadi masalah mungkin org tak nak guna ubuntu ni
baru install ubuntu dekat PC saya (dual boot windows). pada saya ubuntu ni memang baik untuk sesiapa yang suka untuk mengexplore (saya suka lagi menggunakan mac OSX.... hehe). saya tertarik dengan ubuntu bukan sebab compiznya... tapi saya suka nak mengexplore benda-benda baru ni. maklumlah, baru tau pasal os ni kena explore sikit. bila org cite pasal ubuntu tau le kita apa tu ubuntu. pada saya windows baik, ubuntu jugak baik. itu terpulang kepada individu untuk memilihnya.
ReplyDeletesalam..hello dan hai..
ReplyDeleteaku seorang yg tertarik pada ubuntu. dan dah pon menginstall.. setelah 5 hari memakai, pada hari ni aku memutuskan utk beralih kpd win 7 semula..
Sebab aku takda masa utk update, upgrade, install..
byk mende dlm linux nk kene buat, supaya jd satu OS yg sempurna.. (aku dah pon membuat sehingga ubuntu aku mmg bole dikatakan agak sempurna. Cuma perlu tunggu utk update lg je,,) tp apasal aku rase tak puas?!
Sebab byk betul bugs yg nk kene setel setelah menginstall 3rd party softwre!! aduuuu............... benda ni tak boleh abis maaa... malahan si guru yg xpert pon berasa sgt letih.. tp mereka lain, itu tugas mereka, kita sebagai mid / end user aje.. aku bukan malas, tp aku sbgai graphic dsigner byk menda nk buat.. 18 tahun pon xkan habis!! tkkan aku nk tunggu update linux bila aku nk buat sesuatu kerja yg urgent???.. harus berjinggut customer aku tunggu nt.. hahahai..
kesimpulan::
ubuntu/windows.. windows 7 lebih frenly..tp aku juga sedang menunggu versi linux yg paling frenly!! sbb aku juga ada beberapa perkara yg tertarik pd linux ni.. tp belom ia belom cukup sempurna...
kawan2 aku yg memeluk kembali mazhab windows setelah mencuba linux:: = dua hari lepas 3 org, hari ni 2 tmasuk aku.. dengan alasan yg sama, MASA n juga Kesempurnaan+Letih.. ini aku dan rakan2 aku punya alasan laa..
**mmg xde benda yg sempurna, tp yg mudah itu mungkin pilihan ramai..
Salam hormat kepada melayubuntu,
ReplyDeleteSaya adalah seorang pengguna ubuntu tegar yang tidak akan kembali menggunakan sistem operasi Windows. Saya pendukung sumber terbuka dan percuma. Kestabilan sistem operasi Ubuntu amat menarik minat saya dengan disokong oleh komuniti Ubuntu dan juga melayubuntu blog.
Saya sudah menggunakan sistem operasi Ubuntu sejak saya masih menjadi guru pelatih di IPGM IPTI. Atas nasihat dari seorang pensyarah di maktab, saya penuh keyakinan beralih ke sistem operasi sumber terbuka Ubuntu disebabkan saya tidak ingin menggunakan sistem operasi cetak rompak windows. Versi pertama yang saya gunakan pada masa itu ialah 9.04.
Saya sekarang tetap menggunakan sistem operasi ubuntu dalam tugasan sekolah termasuk Pengajaran dan Pembelajaran sekolah di mana sudah setahun lebih saya menggunakan sistem operasi Ubuntu tanpa menghadapi masalah besar setakat ini. Versi yang saya gunakan selepas menjalani beberapa naik tarafkan ubuntu adalah versi 11.10. Memang hebat sistem operasi ubuntu dari segi penggunaan dan spesifikasinya.
Ubuntu adalah sistem operasi yang paling senang digunakan dibandingkan dengan distro lain. Saya meminati ubuntu disebabkan setiap kali saya mempunyai masalah, saya gelintar melalui Google, jawapannya akan dapat dicari dan menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
Manual Ubuntu web dan Praktikal Ubuntu yang dimuatturunkan dari blog ini sangat berguna dan membawa manfaat di mana ia digunakan sepenuhnya oleh saya dalam mendalami dunia ubuntu dan linux. Saya sangat menghargai dokumen yang dimuatnaikkan di blog ini.
Cikgu Ng Siaw Hai
SJK(C) Chung Hua Simanggang
30 Oktober 2011