Sunday, August 22, 2010

LinuxVarsiti : Panggilan untuk Penceramah bermula


Saya dimaklumkan oleh bro #Syazwan bahawa LinuxVarsiti sedang merancang satu program memperkenalkan Open Source di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai seperti detail berikut;

LinuxVarsiti 2010 Edisi Selatan II
Tempat : UTM Skudai
Tarikh : Cadangan 2 @ 9 Oktober 2010
Tempat : -akan ditentukan-

Lalu untuk menjayakan program ini, LinuxVarsiti mengalu-alukan penggiat perisian sumber terbuka untuk menyumbang sebagai penceramah dan boleh dirujuk melalui halaman berikut : http://linuxvarsiti.org.my/?p=94. Program yang dirancang adalah mengikut spesifikasi berikut;

  • majoriti yang akan hadir terdiri dari golongan pelajar Fakulti Sains Komputer dan berkemungkinan pelajar sekolah yang boleh majoritinya zero tentang Sumber Terbuka.
  • mampu membuatkan mereka seronok dan terpegun dengan apa yang anda sampaikan.
  • adalah digalakkan mengguna Bahasa Melayu.
  • diharapkan KURANG PERKATAAN TEKNIKAL / JARGON.

Harap maklum.

9 comments:

  1. dTg lar utm....aku kompem gi nyer...
    btw,aku bkn dak science comp pon..aku dak kimia

    ReplyDelete
  2. teringat masa aku kat UTM 10 thn dulu, fakulti sc.komp dah buat dah seminar tentang Linux ni.dulu aku tertanya2 gak apekejadahnye linux ni! dan teruja gak nk tau tapi semua org mcm tak berminat je.so kesimpulannya linux ni dh lama dah bertapak kt UTM kalau korang nak jadi penceramah make sure korang betul2 pro kalau tak buat malu je!

    ReplyDelete
  3. we've done it back in 2009 actually. this is our 2nd time.

    ReplyDelete
  4. salam, harap usaha dapat diteruskan kat uni lain sekali. terutama kt uni aku kt uia.

    ReplyDelete
  5. er...kalau student pun bleh bg ceramah ker???

    ReplyDelete
  6. disebabkan aku tak layak dan tak mampu untuk berceramah maka aku pun tak isi la borang tu :p

    ReplyDelete
  7. boleh, tak ada masalah..janji menepati krateria penganjuran, sebab majoriti yang datang student juga..bukan nak kata buruk, tapi kebanyakan student sains komputer disana tak tahu menahu dan tak berani guna aplikasi sumber terbuka :)

    ReplyDelete
  8. layak atau tidak bukan anda yang tentukan..
    buar kami yang menentukannya :)

    ReplyDelete
  9. kalo aku bole bagi ceramah bes nya

    tapi sayang

    aku jugak newbie dalam bidang ni

    guna terminal pun cacat lagi

    huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...