Wednesday, August 11, 2010

Bersama ubuntu dalam menghayati Ramadhan Kareem


[Artikel tahun lepas yang dikemaskini]
Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer.

Zekr.

Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya.

Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr.


Pakej ttf-me-quran : Klik disini.

Minbar.



Perisian memperingati waktu sembahyang untuk linux ini sangat sesuai untuk pengguna ubuntu yang muslim. Ikhlas saya katakan, jika rumah anda berada dalam lingkungan 0.5~1km dari masjid, anda mungkin tidak begitu memerlukan perisian ini kecualilah jika rumah anda dapat menyerap bunyi dari luar. Namun jika rumah anda jauh dari masjid dan anda pun seorang geek yang agak berjaya, sila pasang perisian ini dan pastikan ia run setiap kali ubuntu dihidupkan. Geek pun geek jugak, solat jangan lupa beb!

Install minbar bagi pengguna ubuntu : Klik minbar.

UPDATE
Saya dapati, minbar gagal menetapkan waktu solat yang tepat jika anda memilih lokasi secara automatik. Untuk itu, sila tetapkan lokasi anda ikut latitude dan longitude secara manual dengan merujuk kepada website islamicfinder. Kemudian anda perlukan fail azan secara berasingan dalam bentuk .ogg. Sila respon jika perlukan bantuan.

Ubuntu Muslim Edition Kini Sabily






Jika anda mahukan full transformation ubuntu kepada sesuatu antaramuka yang 100% islamik, kemudian anda sepatutnya mempertimbangkan untuk memasang ubuntu sabily. Jangan bimbang, ubuntume ini dibangunkan berasaskan ubuntu dengan menambah beberapa perisian dan artwork islamik kedalam desktop. Ianya lansung tidak memberi kesan kepada setting ubuntu asal anda.

UPDATE2

Perisian mempelajari tajwid : Sila rujuk entry lepas untuk mendownload perisian mempelajari tajwid khas untuk anda dibulan ramadhan ini.

Apa lagi perisian islamik yang ada erk?

4 comments:

  1. Thawab - Untuk import kitab2 dari maktabah shamilah. Terbaik untuk pelajar yang ambil jurusan agama.

    Munajat - Popup doa.

    Boleh import sabily-ppa kalau tak nak pasang sabily pada pc.

    Untuk waktu solat tu saya selalu rujuk http://e-solat.gov.my. Untuk handphone yang support java boleh guna http://www.getjar.com/mobile/33165/waktu-solat-malaysia/

    ReplyDelete
  2. currently uninstall zekr cos try to find smthg using offline recitation....

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...