Sunday, August 01, 2010

4 Sebab mengapa pengguna microsoft windows perlukan ubuntu (linux) live cd

Anda mungkin tidak menggunakan ubuntu dan telah membuat keputusan untuk tidak menggunakannya sehingga ke akhir hayat. Anda bencikan ubuntu. Anda tidak pernah membaca habis pun apa yang saya tulis terutama tajuk-tajuk yang berkaitan dengan "kelebihan ubuntu berbanding microsoft windows". Anda mungkin membuat komen sebagai Anonymous dan memperlekehkan apa jua usaha memujuk dan mempengaruhi anda dari mencuba ubuntu. Tidak mengapa. Tetapi untuk entry dan tajuk ini sahaja, sila baca sehingga habis dan sekiranya anda masih bersikap seperti diatas, anda adalah seseorang yang diluar dari jangkaan saya.

Disini saya ingin berhujjah bahawa ada sekurang-kurangnya 4 sebab mengapa pengguna microsoft windows (sesiapa sahaja tidak terkecuali) memerlukan sekeping ubuntu (linux) live cd untuk tujuan yang akan dinyatakan dibawah.

Sebab 1 : Data Recovery


Kebarangkalian untuk sistem operasi microsoft windows menjadi unbootable (tak boleh masuk windows) sangat besar. Pengguna komputer (average user) yang menghadapi masalah ini biasanya mengatakan "owh! komputer saya dah rosak" padahal hakikatnya windows itu yang rosak dan hardware komputer (mungkin) tidak terkesan dengan kerosakkan windows tersebut. Akhirnya yang untung ialah taukey kedai repair pc. "Lu punya pc ini manyak problem woo..mau kena banyak tukar spare part. Kasi gua RM300 gua baiku lu punya pc." Terbang RM300 yang tidak berdosa itu!

Fenomena "tidak boleh masuk windows" biasanya berakhir dengan tindakan "format". Itupun bagi pengguna komputer yang tahu apa itu format. Adakah dengan "format" akan dapat menyelamatkan data dalam C:\ ? Jawapannya TIDAK. Disinilah gunanya Ubuntu (linux) live cd. Masukkan Ubuntu live cd, boot dan masuk ke dalam C:\ untuk menyelamatkan data yang anda sayangi termasuk gambar, video, dokumen, dan data-data dalam desktop yang sekian banyak itu.

Sebab 2 : Run Memtest


Sekiranya windows anda crash (terhempas?) acap kali, anda mungkin syak ianya angkara virus dan angkatan bala tenteranya. Sebab lain mungkin kegagalan software tertentu. Sangkaan tersebut mungkin tepat mungkin tidak. Ini kerana faktor lain bagi masalah crash ialah masalah dengan RAM chip. Sekiranya anda mempunyai sekeping ubuntu live cd, anda boleh mengesahkan masalah RAM chip anda menggunakan fungsi Memtest. Sekiranya ia sah masalah RAM chip, maka ia menjadi semakin nyata yang anda akan memerlukan penggantinya.

Sebab 3 : Maklumat Hard Disk


Kegagalan sistem windows dan kelembanpan mungkin juga disebabkan oleh kondisi Hard Disk sesebuah komputer. Ubuntu live cd dilengkapi dengan Disk Utility yang mempunyai fungsi untuk memeriksa sekiranya mana-mana disk yang bersambung kepada sistem mempunyai kerosakkan fizikal. Disk Utility juga mempunyai fungsi SMART DATA yang memaparkan statistik-statistik tertentu yang disokong oleh komputer anda.

Sebab 4 : Edit Partition


Windows Vista dan 7 mungkin ada fungsi ini tapi mampukah ia mengedit primary disk yang sedang digunakan? Sedangkan Ubuntu live cd dijalankan diatas sekeping cd tanpa memerlukan hard disk dan tidak terjejas tanpa apa-apa kehadiran disk. Ini menjadikan kerja-kerja mengedit partition harddisk lebih senang dan tanpa sekatan. Aplikasi mengedit partition dalam ubuntu live cd ialah gparted dan ianya merupakan fungsi yang sering saya gunakan sejak dulu hingga sekarang.

Kesimpulan
Sekiranya anda masih mengatakan tidak untuk memiliki sekeping Ubuntu live cd, ia membawa maksud seperti berikut;

  • Saya sanggup berhabisan duit membayar kepada taukey kedai repair pc untuk charge yang saya tidak pasti betul atau tidak.
  • Saya sanggup kehilangan data setiap kali format pc yang disebabkan tak boleh masuk windows
  • Saya sanggup sistem windows crash ketika saya menyiapkan kerja assignment dan belum sempat save hasil kerja saya
  • Saya sanggup guna sistem windows yang lembab tanpa mengetahui sebab apa ia lembab dan melambatkan kerja saya
  • Saya sanggup buta ilmu semata-mata kerana saya benci Ubuntu

Ok, sekian.
[artikel ini olahan dari artikel di : makeuseof.com]

29 comments:

  1. aku yang tak guna ubuntu pun memiliki sekeping livecd UBUNTU.. 10.04 LTS Desktop Edition lagi tu ..polka dot..

    ReplyDelete
  2. walaupon x pakai ubuntu tapi tetap pakai baju ubuntu sebab selesa dan best untuk dipakai...
    p/s: ambe pakai OshiriX jer...

    ReplyDelete
  3. gparted nak cari katner ya? nape kat ubuntu sy xde?

    ReplyDelete
  4. salam ,
    an eye opener article for those who still had stick only to windows. terima kasih kepada saudara admin kerana menyediakan platform mengenai soal jawab ubuntu ini dalam bahasa melayu kerana lebih memudahkan masyarakat kita supaya lebih jelas. keep it up bro.

    ReplyDelete
  5. dalam live cd ada..
    sudo apt-get gparted dalam ubuntu.

    ReplyDelete
  6. Teknology LiveCD/LiveUSB ni, dah banyak membantu pengguna Windows untuk recover data-data kat C... kalau tak nak guna Ubuntu, dalam ertikata lain keluarga GNU/Linux & UNIX tetap membantu.

    [url]http://www.livecdlist.com/[/url]

    ReplyDelete
  7. Oppss, ada satu Windows PE

    http://www.livecdlist.com/windows-pe

    ReplyDelete
  8. cd live memang penting... time2 windows corrupt memang sgt membantu he3....

    ReplyDelete
  9. aku lebih suka guna live cd puppy linux laju beb!!

    ReplyDelete
  10. Relax bro-bro sekelian... kritik ok, tapi jangan la kutuk... kecil hati diaorg tu... aku pun guna gak OS Windows... untuk sesetengah part aku guna...

    ReplyDelete
  11. aku xkutuk pengguna Windows. Aku kutuk company M$ tu je. Sombong giler. Dulu aku apply committee programming utk contribute pada masyarakat. Diorg dgn kereknye cakap "your company are not qualify" bla bla sebab diaorg xdpt profit. Tu yg aku bengang nama service committee tapi still berkira nak profit. Then aku shift to open source releks je.Diorg lg better than M$ sucker tu. Mentang2 company aku kecik diorg pandang sebelah mata je....

    ReplyDelete
  12. bro, ajar cara buat dual boot dgn terangkan risiko kalau buat dual boot lts 10.04 dgn win7 boleh tak? :-)

    ReplyDelete
  13. aku sokong 100% kenyataan ini.. ermm rasa macam tak cukup dgn 4 perkara tu.. ada lagi..kalau nak diperhalusi..

    ReplyDelete
  14. dah banyak tutorial ni encik...

    ReplyDelete
  15. hahaaha...aku suka perengan pertama tu.kalau jual insuran gerenti aku beli punya.sejak guna OS linux-(mints) aku rasa dah jadi cumputer junkie lak dah.

    ReplyDelete
  16. ubuntu memang membantu kerja2 aku selama ni... semua yang tertulis diatas memang benar2 belaka...

    ReplyDelete
  17. Salah satu sebab mengapa saya tidak menjadikan ubuntu sebagai sistem operasi utama dalam kerja saya ialah ubuntu bergaduh dengan adobe software / (walaupun boleh run via wine tapi agak tidak stabil), kebanyakan software movie / picture editing masih lgi tidak menyokong ubuntu. pekara yang saya suka ttg ubuntu pula interface GUI nya agak menarik dan skrg more-user-friendly (newbie). harap dimasa depan banyak lagi software yg support ubuntu. Majulah ubuntu utk negara malaysia ekeke...

    p/s: cantik theme blog ni dah tahniah to owner sediakan tutor dalam bahasa melayu :)

    Najib Hassan | Quad Boot with Snow Leopard - Windows 7 - Ubuntu 10.4 - Backtrack 4 | i7-920 | DX58S0 | GTX 260 SLI | 300 Gb Black Raptor HDD | 4TB Western Green HDD | www.ariyako.org

    ReplyDelete
  18. aku ni technician..jd cd ubuntu mmg sentiasa ada dlm beg aku senang kalo windows problem...aku gune ubuntu kat laptop sendiri dgn pc kat umah je..tp opis kompem r windows kan...bile la gov nk tukar p linux ni....windows ni paling utama yg aku x suke pasal virus dgn mkn memory la bnyk...

    ReplyDelete
  19. tech mmg tak boleh hidup kalau takdak live cd ni ekeke. pasal govt nak pakai linux tu rasanya lambat lagi kot. cuba kita tengok student lepasan "U" pon tak mahir 100% lagi semua fungsi Windows yang ada skrg apatah lagi nak guna linux. Dgr cerita govt nak tukar MO > Openoffice tu tak tahu jadi ke tidak. kalau jadi tu dpt jimatkan banyak duit lesen MO

    ReplyDelete
  20. saya biasa guna win. bagi saya satu, saya nak cuba try test

    ReplyDelete
  21. hai saya pengguna baru ubuntu saya mahu guna ubuntu netbook masalah saya ialah saya mahu mengguna microsoft off, drivers seperti bluetooth untuk hp 210 macam mana saya install kepada ubuntu netbook. thanx u

    ReplyDelete
  22. guna open office la, open office ganti microsoft office... besenyer ubuntu banyak jerk driver2 tu.. even kekadang pn tak perlukan driver install, tros jerk bleh play.. hohoo (btolkan kalo silap, sy ckap berdasarkan pengalaman jerk..hihi)

    ReplyDelete
  23. SAYA KAKI DOWNLOAD... UBUNTU NI ADA DOWNLOAD MANAGER KAH?

    ReplyDelete
  24. yup..belambak download manager dlm ubuntu..hehe

    ReplyDelete
  25. Ubuntu ???????
    Windows !!!!!!
    Bagi aku kedua-duanya membantu aku selama ni , klu main game aku banyak guna windows. Klu buat keje , tengok movie ke aku suka guna ubuntu

    ReplyDelete
  26. sekarang gov dah banyak gunakan open office

    ReplyDelete
  27. Kepada individu yang tertentu, saya syorkan agar anda mencuba Ubuntu. Saya telah mencubanya, hasilnya ........(Cubalah sendiri)

    ReplyDelete
  28. live cd....live cd....ah!!!! aku da test,,guna,,try,,,ubuntu nie.....asyik2 duduk termenung di tingkap ja kan, x salah klu kita keluar jln2 pikir sampai buntu hehehe....

    ReplyDelete
  29. sy gne ubuntu 11.10.. tp bnyk kali crash,, bg sy ubuntu yg bgus 11.01 or 10.10?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...