Posts

Showing posts with the label windows

Dominasi Linux

Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal. Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android.  Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dar...

Maverick untuk Win7 : Tema Ubuntu Untuk Windows 7

Image
Saya tidak pasti, tidak tahu, dan tidak mampu mengagak samada entry kali ini adalah untuk anda ataupun tidak. Namun sememangnya ianya bukan untuk saya kerana saya tidak menggunakan windows. Sekiranya anda pengguna windows 7 dan ingin ianya kelihatan seperti ubuntu maverick, tema yang dihasilkan oleh dpcdpc11 ini mungkin sesuatu yang berbaloi untuk dicuba. Klik imej untuk tumbesaran Sila lihat screenshot di atas. Percaya atau tidak, ianya adalah sistem operasi Windows 7 yang memakai tema Maverick untuk Win7. Sekiranya anda berminat untuk mencubanya, sila klik : http://dpcdpc11.deviantart.com/art/Maverick-for-Win7-194347855 [via : webupd8]

Sembang Hujung Minggu : Max OSX Lion dan Windows 8!

Image
Bagi penggemar dunia pengkomputeran, pengumuman Steve Jobs baru-baru ini berkenaan sistem operasi Mac OSX terbaru mereka iaitu versi 10.7 dan memakai kod nama "Lion" adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Apple telah memperkenalkan beberapa fungsi dan ciri terbaru dalam sistem operasi Lion yang bakal dilepaskan sekitar hujung tahun ini dengan diinspirasikan oleh frasa "Back to the Mac". Mengapa? Ini kerana Apple telah membuat keputusan untuk membawakan ciri-ciri seperti Screen App, Full Screen App, dan sebagainya yang dahulunya mereka bangunkan untuk iOS ke sistem operasi Mac OSX. Bagaimana pula dengan Microsoft? Ya, mereka masih ada terlalu banyak peluru untuk dilepaskan sekurang-kurangnya untuk bersaing (sepatutnya) secara adil dengan pembangunan sistem operasi lain. Salah satu peluru mereka ialah Windows 8 yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan antaramuka serba baru. Baru-baru ini, Microsoft juga telah memperagakan apa yang mungkin kita boleh anggap...

Android Notifier di Ubuntu

Image
Secara jujurnya, apabila saya menggunakan laptop saya untuk online, sangat jarang untuk saya menggunakan handphone. Sebab itu bila ada rakan SMS, Call, saya jarang untuk respond. Kadang – kadang tak perasan. Lepas tu, kena marah tak tentu pasal sebab tak respond.. ;-) Ada satu aplikasi yang akan membantu anda, iaitu Android Notifier. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada kita yang sedang asyik di PC, bahawa ada SMS, panggilan, atau bateri yang dah nak habis. Tapi malangnya ia hanya membantu kita untuk terima notis sahaja, tapi tak boleh nak balas sms atau jawab panggilan di PC. Ada dua, satu untuk Android dan satu lagi untuk Ubuntu. (Juga terdapat untuk Window) Download di sini

Dapatkan Yang Terbaik Dari Kedua Dunia

Image
Saya merupakan peminat dan pengguna Ubuntu. Dalam masa yang sama saya juga menggunakan Window 7 bagi menjalankan kerja - kerja harian saya. Kadang - kadang saya tertanya - tanya, kenapa saya perlukan yang terbaik dari satu OS? Kenapa tidak dapatkan yang terbaik dari kedua - duanya? Saya yakin kebanyakkan dari kita membesar dengan menggunakan Window. Kita mula mengenali dunia komputer dengan Window. Kemudian kita semakin dewasa dan mula menjelajahi dunia baru, Ubuntu. Kita jatuh cinta dengan Ubuntu. Kita membenci Window. Kita maki window yang pernah kita gunakan satu masa dahulu, yang pernah kita jadikan asas untuk mengenali dunia komputer. Tiada satu OS yang selamat dari serangan virus atau hacker. Mungkin kerana peratusan pengguna Ubuntu / Linux masih rendah, kita kurang mendengar pengguna ini menjadi mangsa. Berbanding dengan Window, setiap hari pasti akan ada kes. Saya membayangkan satu hari nanti selepas kempen Window 7 Sin berjaya, dan ramai yang menggunakan Linux/Ubuntu, hacke...

Memperkenal Ubuntu kepada Malaysia dan mengapa pengguna Windows tidak perlu rasa terancam!

Image
Sudah hampir 3 tahun saya menjadi penulis blog ini, fokus kepada idea dan praktikal memperkenalkan sistem operasi ubuntu kepada pengguna komputer di Malaysia. Sebelum saya mengorak panjang saya ingin kongsikan kata-kata hebat seorang pejuang kemerdekaan dari ketamadunan India - Mahatma Gandhi; “First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Samada anda sama merasainya atau tidak, sebenarnya itulah yang saya rasa sepanjang-panjang lebih kurang 93,312,000 saat yang telah ditempuhi. Pada mulanya, blog ini diabaikan oleh pembaca. Mereka tidak begitu kisah apa yang saya tulis dan juga fakta yang saya berikan. Kemudian mereka datang ke blog ini semata-mata untuk mentertawakan, merendahkan, dan memberikan komen yang sinis. Fasa seterusnya ialah mereka melawan dengan nada yang keras dan lebih mengancam. Samada fakta dilawan dengan fakta atau fakta yang dilawan dengan penafian, bukanlah sesuatu yang ingin saya ulas disini - kerana entry ini bukan untuk men...

99.4% daripada 2 juta malware mengancam keselamatan sistem operasi windows januari depan

Image
Masih dalam mood raya? Saya harap begitulah. Namun sekiranya anda pengguna sistem operasi microsoft windows, berita ini mungkin mencacatkan sedikit mood tersebut. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh G DATA, sebuah syarikat keselamatan komputer berpangkalan di Jerman mendapati pada 6 bulan pertama tahun ini (2010) sahaja lebih 1 juta (1,017,208 secara tepat) malware telah dihasilkan oleh penjenayah siber . Data ini merupakan peningkatan 50% daripada tahun lepas dan 99.4% daripada malware tersebut mensasarkan ancaman khusus kepada sistem operasi windows. Manakala sehingga ke penghujung tahun, G DATA menjangkakan lebih 2 juta malware akan dihasilkan pada tahun ini sahaja. Saya quote: "The current numbers are alarming. The malware industry has published nearly four new viruses per minute in the first half of the year. We expect the two million barrier to be broken in the second half of the year,” says Eddy Willems, G Data’s Security Evangelist. “Attackers are targeting social ...

4 Sebab mengapa pengguna microsoft windows perlukan ubuntu (linux) live cd

Image
Anda mungkin tidak menggunakan ubuntu dan telah membuat keputusan untuk tidak menggunakannya sehingga ke akhir hayat. Anda bencikan ubuntu. Anda tidak pernah membaca habis pun apa yang saya tulis terutama tajuk-tajuk yang berkaitan dengan "kelebihan ubuntu berbanding microsoft windows". Anda mungkin membuat komen sebagai Anonymous dan memperlekehkan apa jua usaha memujuk dan mempengaruhi anda dari mencuba ubuntu. Tidak mengapa. Tetapi untuk entry dan tajuk ini sahaja, sila baca sehingga habis dan sekiranya anda masih bersikap seperti diatas, anda adalah seseorang yang diluar dari jangkaan saya. Disini saya ingin berhujjah bahawa ada sekurang-kurangnya 4 sebab mengapa pengguna microsoft windows (sesiapa sahaja tidak terkecuali) memerlukan sekeping ubuntu (linux) live cd untuk tujuan yang akan dinyatakan dibawah. Sebab 1 : Data Recovery Kebarangkalian untuk sistem operasi microsoft windows menjadi unbootable (tak boleh masuk windows) sangat besar. Pengguna komputer (aver...

7 cara memintas kepantasan ubuntu linux bagi pengguna windows

Image
Bercakap mengenai kepantasan, tidak dapat disangkal lagi sistem operasi ubuntu sememangnya pantas berbanding windows samada dalam aspek menghidupkan (boot) sistem operasi dan juga menjalankan task-task yang lain seperti membuka pelayar web dan sebagainya. Hari ini apa kata kita bercakap tentang bagaimana untuk menjadikan windows lebih pantas dari ubuntu dan saya kira ramai yang berminat untuk mengetahuinya bukan? Untuk menjadikan sistem operasi windows anda lebih pantas dari ubuntu, anda perlu lakukan 7 cara berikut; 1.Defrag harddisk 3 kali sehari Ini adalah satu cara yang selalu disyorkan dan ramai pakar komputer mengatakan kepantasan akan meningkat sekiranya pengguna kerap menjalankan operasi defrag harddisk dalam sistem operasi windows mereka. Untuk itu, secara teorinya defrag harddisk 3 kali sehari mungkin akan melajukan sistem operasi windows anda. 2.Buang perisian antivirus Saya telah menulis dengan fakta bahawa semua antivirus melembabkan komputer anda walaupun ada yan...

Lenovo Cuba Menutup Mulut Pelanggan Yang Memulangkan Windows

Image
Petikan jomlinux.com Mungkin sebelum ini kita tidak pernah membaca End User License Agreement atau EULA ketika memasang atau membeli komputer yang disertakan dengan Windows. Namun, lain halnya yang berlaku kepada seorang pelanggan Lenovo yang membaca EULA ini dan menuntut haknya (saya sendiri pun tak berapa rajin nak baca EULA). Seorang pelanggan Lenovo di Czech, Kamil Páral menongkang arus lain daripada kebiasaan apabila menjalankan haknya dengan memulangkan lesen Windows Vista Business OEM ke Microsoft untuk menuntut pulangan wang. Beliau dikatakan ingin menggunakan Linux sebagai tukar kepada Windows OS. Berita ini sememangnya berita gembira buat pengguna Windows yang tidak ingin lagi menggunakannya. Apa yang selalu kita buat adalah dengan membuat dual-boot (yang ini berbaloi lagi) atau memadam Windows untuk diisi dengan Linux (yang ini ruginya, satu lesen Windows Vista berharga RM3xx). Tetapi apa yang difahamkan lagi. Lenovo bersetuju untuk memulangkan 78 Euro kepada beliau dengan...

Tolong confirmkan saya : Apa itu andLinux?

Image
andLinux is a complete Ubuntu Linux system running seamlessly in Windows 2000 based systems (2000, XP, 2003, Vista; 32-bit versions only). Itu baris pertama yang tertulis dalam laman web rasmi andlinux. Saya tiada hak mengulas lanjut kerana saya tidak ada windows untuk dicuba, tetapi berdasarkan apa yang saya baca andLinux ini adalah satu perisian membenarkan ubuntu menginap dalam windows. Bukan sahaja perisian, emulasi terminal, malah sistem pengurusan perisian APT turut sama boleh dinikmati dari andLinux dalam windows. Oleh itu, pengguna boleh install perisian menggunakan terminal dan memasukkan sudo apt-get install namapackage -- sama seperti anda dalam ubuntu! Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak ada windows untuk mencuba perisian ini. Tetapi jika apa yang saya huraikan diatas itu benar, adakah anda akan install andLinux sebelum mencuba ubuntu? Tolong confirmkan saya, ok?

12 Virus paling merbahaya sepanjang sejarah komputer

Sebenarnya, apabila saya menulis perkataan "komputer", ia agak tidak begitu tepat kerana tidak ada virus yang menyerang secara fizikal. Dan perkataan komputer pula begitu umum. Tajuk yang sesuai untuk entry ini mungkin, "12 virus paling merbahaya sepanjang sejarah windows". Blog TECH SOURCE FROM BOHOL yang merupakan blog kegemaran saya juga telah menyenaraikan 12 virus paling merbahaya sepanjang sejarah windows. Saya menulis artikel ini untuk rekod dan rujukan dimasa akan datang. 12 virus yang tersenarai ialah; 1.Virus ILOVEYOU (a.k.a loveletter) 2.Mydoom (W32.MyDoom@mm) 3.Blaster (Lovesan) 4.Sobig Worm 5.Code Red 6.CIH (chernobyl @ spacefiller) 7.Klez 8.Melissa 9.Sasser 10.Bagle 11.Win32/Simile 12.Nimda Anda boleh membaca lanjut tentang setiap virus berserta penerangan bergambar dalam blog diatas. Agak menarik untuk mengetahui fakta-fakta tertentu sebenarnya.

Cairo : Sebuah Pembaharuan bagi penampilan Windows

Image
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner Bosan merupakah satu perasaan yang membiak berkadar terus dengan masa dan melukiskan kecerunan yang pelbagai bergantung kepada keadaan dan daya tahan seseorang.Bosan dengan penampilan windows menyebabkan manusia membina windowblinds ,bosan dengan penampilan mac osx menatijahkan kelahiran shapeshifter dan bosan dengan penampilan ubuntu menyebabkan lahirnya beratus-ratus tema tambahan yang boleh didapati di gnome-look. Cairo diwujudkan diatas semangat untuk mengatasi kebosanan dan mewujudkan altenatif kepada windowblinds bagi windows.Untuk memahami cairo dengan lebih dalam, amati quote berikut; Cairo is a revolutionary desktop environment for Windows. Our goal is to develop a desktop experience that increases productivity and advances current technology standards. With a focus on stability, performance, and productivity, Cairo is sure to turn a few heads. Setakat ini,Cairo...

Access File Linux melalui windows dengan Linux Reader

Image
Beberapa hari lepas saya ada menerima email daripada seorang pembaca meminta saya mengulas tentang Linux Reader berdasarkan sebuah artikel dalam lifehacker bertajuk " Access Linux Files from Windows with Linux Reader "Sebenarnya saya memang bercadang menulis tentang perkara ini.Namun oleh kerana bro senyuman telah menulisnya terlebih dahulu didalam blog beliau menyebabkan saya tidak menulisnya. Apa-apa pun, sebagai maklumat ringkas(dan selebihnya boleh pergi ke blog bro senyuman ), disana ada sebuah perisian untuk windows bernama linux reader yang membolehkan kita access file didalam partition linux melalui windows. Pengguna dual-boot windows dan linux(ubuntu) memerlukan perisian ini supaya kita tidak perlu lagi masuk ke ubuntu semata-mata untuk membuka file tersebut didalam windows.Faham kan?Bagus2..saya tahu pembaca saya semua bijak-bijak belake..huhu

Perisian P2P sharing pertama yang legal dan pendownload youtube

Image
Pernah dengar songbird ?Ok, bagus.Ia adalah sebuah perisian open source yang bererti anda atau saya atau sesiapa jua boleh mengubahsuai kod-kod daripada sumber songbird untuk membangunkan perisian kita sendiri.Kini kita ada QTrax yang dibangunkan berasaskan Songbird untuk windows(shj) dan masih diperingkat beta. Istimewanya QTrax bukan kerana ia menggunakan kod songbird tetapi kerana ia merupakan perisian P2P sharing pertama yang tidak menyalahi undang-undang .Huh?Selama ni yang kita dok sharing is caring tu rupa-rupanya menyalahi undang-undang(buat-buat macam baru tahu). Kita sudah ada Miro untuk mendownload video daripada website seperti youtube, google video, dailymotion dan lain-lain.Hampehnya miro ialah, ia bertindak sebagai pendownload sahaja dan kita tidak boleh play video tadi menggunakan video player yang lain(yg xsupport flv file type).Kini bagi pengguna windows dan mac osx, anda ada tooble , 2 fungsi iaitu pendownload dan convert kepada file video yang boleh play menggunak...

Jing : bukan sekadar perisian screencapture biasa

Image
{Mac OS X dan Windows Sahaja} Masih ingat tentang Camtasia studio3 yang menjadi percuma?Kini terdapat satu lagi perisian screencapture hebat percuma yang dibangunkan untuk windows dan mac osx, Jing Project . Hingga kesaat ini saya masih lagi tidak percaya mengapa perisian yang sebegini hebat, futuristik, dengan eye-candy yang memikat malah disertakan dengan "perkhidmatan sampingan" yang sangat-sangat berguna adalah sebuah perisian percuma. Projek Jing ditaja oleh TechSmith, yang kalau tidak silap saya ialah orang/syarikat yang bertangungjawab terhadap perisian Camtasia Studio. Jing berfungsi untuk membuat screenshot , desktop video capture dan kemudiannya(selepas pengguna capture),hasilnya boleh di edit iaitu meletakkan anak panah, text , frame , atau juga highlight kan sesuatu kawasan dalam screenshot tersebut.Perkhidmatan sampingan yang saya maksudkan diawal tadi ialah, perhidmatan berkongsi hasil kerja kita tadi.Kita boleh upload ke screencast.com , Flickr , atau u...

Ancaman virus terbaru kepada windows

Image
Fenomena membeli secara online menggunakan kad kredit menjadi mimpi ngeri apabila maklumat peribadi tentang kad kredit tersebut bocor ke tangan orang lain.Bagaimana dengan fenomena login ke akaun bank secara online? Anda ada akaun maybank2u? Anda pengguna windows? Ok, bagus! Tiada apa-apa masalah mengenainya.Cuma ia akan mendatangkan masalah apabila anda menggunakan Internet Explore(IE), didalam komputer yang telah dijangkiti virus pencuri maklumat peribadi. Mungkin kewujudan ancaman virus seperti ini bukan perkara baru namun bulan lepas sahaja hampir 5000 kes telah dilaporkan berkaitan virus ini dan kebanyakkannya adalah dari negara eropah. Baca lanjut... Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Lagi perisian berbayar menjadi percuma

Image
Newsgator hari ini, seperti yang telah diumumkan oleh kebanyakkan webblog, telah memberikan perisian RSS Reader(yang telah memenangi award) mereka secara percuma dan diantara produk yang termasuk dalam senarai percuma ialah; FeedDemon (Untuk Windows) NetNewsWire (Untuk Mac) NewsGator Go! (Untuk mobile) dan NewsGator Inbox (Untuk pengguna Mic Outlook) Ok, saya ingin berbicara secara serius, Jika anda inginkan sebuah perisian yang akan memaklumkan kepada anda setiap update didalam setiap blog yang anda subscribe tanpa terlepas walau satu update, ini adalah peluang terbaik yang tersedia didepan mata! Ianya lebih mantap daripada Apple Mail v3.0 dan lebih bertenaga daripada Google Reader! Namun agak malang sedikit bagi pengguna linux kerana Newsgator tidak membangunkan apa-apa perisian untuk platform linux.Bagi pengguna linux(ubuntu etc) kita masih mempunyai pilihan lain iaitu Thunderbirds yang pada saya kemampuannya menyamai Apple Mail dengan dilengkapi oleh plugins yang menarik dan...

Dari Vista kepada iVista

Image
{Untuk Windows Sahaja} Saya telah menerima email daripada webmaster forum windowsedge.com mengucapkan selamat tahun baru 2008 dan memaklumkan tentang projek terbaru mereka - transform windows vista/xp kepada ivista/iXP . Mulanya saya tidak berminat kerana saya tidak lagi menggunakan windows.Namun oleh kerana waktu tu saya agak lapang, lalu saya membuka laman projek mereka dan membacanya dari muka ke muka dan saya rasa ianya bagus untuk dikongsi bersama pembaca blog ini yang menggunakan windows, tetapi menyukai tema mac osx leopard. Sila klik url diatas untuk membacanya dengan lebih lanjut dan selamat mencuba bagi yang berminat :) Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner