Sunday, February 27, 2011

Sembang Hujung Minggu : Max OSX Lion dan Windows 8!

Bagi penggemar dunia pengkomputeran, pengumuman Steve Jobs baru-baru ini berkenaan sistem operasi Mac OSX terbaru mereka iaitu versi 10.7 dan memakai kod nama "Lion" adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Apple telah memperkenalkan beberapa fungsi dan ciri terbaru dalam sistem operasi Lion yang bakal dilepaskan sekitar hujung tahun ini dengan diinspirasikan oleh frasa "Back to the Mac".

Mengapa? Ini kerana Apple telah membuat keputusan untuk membawakan ciri-ciri seperti Screen App, Full Screen App, dan sebagainya yang dahulunya mereka bangunkan untuk iOS ke sistem operasi Mac OSX.





Bagaimana pula dengan Microsoft? Ya, mereka masih ada terlalu banyak peluru untuk dilepaskan sekurang-kurangnya untuk bersaing (sepatutnya) secara adil dengan pembangunan sistem operasi lain. Salah satu peluru mereka ialah Windows 8 yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan antaramuka serba baru.

Baru-baru ini, Microsoft juga telah memperagakan apa yang mungkin kita boleh anggap sebagai "Sistem Operasi Masa Hadapan" bagi Microsoft dan sebahagian besar penduduk bumi yang bergantung kepada sistem operasi ini. Di bawah adalah video peragaan Microsoft tersebut.



6 comments:

  1. hackintosh lion edition dah keluar ke?

    ReplyDelete
  2. Aku baca dalam Newsweek, Steve Jobs akan mati 6 minggu lagi, betul ke?

    Sekarang, nilai saham Apple inc. yang didagangkan di bursa telah jatuh merundum. Sebabnya, Apple tidak ada bakat lain selain Jobs. Takde lagi Jobs yang genius neh.

    ReplyDelete
  3. xtahu pula pasal jobs tu.. tp .. harap2 hackintosh keluar cepat..

    ReplyDelete
  4. korang memang kuat pakai hackintosh ke??hahaha..

    ReplyDelete
  5. sakit apa plak mamat t uh smpi tarikh mati pun org tahu?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...