Saturday, August 21, 2010

5 Sebab Ubuntu penting kepada Malaysia: Part 2

Salam,


Rencana adalah respon kepada komen-komen daripada artikel sebelumnya. Memandangkan komen yang diberikan pembaca amat menggalakan, saya membuat keputusan untuk membalas komen-komen tersebut dalam bentuk post.


Pertama-tama saya ucapkan terima kasih atas komen-komen dalam artikel tersebut yang amat saya hargai sepenuhnya. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi saya anggap ia lumrah dalam kehidupan. Kerana sejak lahir lagi kita diberi peluang untuk memilih.


Jadi, saya akan membalas 5 komen daripada artikel yang telah saya postkan.


Gurusilat

kat mane je negara yang mostly pakai ubuntu.. mcm xde kan

UI x menarik langsung.....ubuntu buruk....

di bawah ni saya serta berapa gambar bagi membalas komen Gurusilat...


Yang merah pekat itu adalah member-member ubuntu di luar negara. Hmm...nmpaknya xde ngara mostly pakai ubuntu.

sumber : http://web.archive.org/web/20060510055500/http://ubuntuforums.org/worldmap.php








Sumber: http://www.junauza.com/


Tolong saya rate screenshot ubuntu ni.

1 Buruk
2 Tidak pasti
3 Cantik
maaf saya memang tak pandai nak menilai.


































Wira DuniaMoto
fanatik sampai langsung tidak hiraukan perasaan pengguna OS lain



Mengulas tentang itu, erm dari tahun Bill gates dah tak hirau perasaan pengguna OS masa tu macam BSD, Mac dan len2....







sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Bill_Gates_Letter_to_Hobbyists.jpg













Diraja22



selalunya susah nak tukar minda

Memang manusia ini makhluk kebiasaan. Kita adalah apa yang kita selalu lakukan. Oleh itu, apa yang boleh saya lakukan hanya menunjukan jalannya sahaja. Sekarang di tangan saya ada lampu suluh, saya nak suluh jalan, saya nampak jalan berlubang, saya elak. Sekarang ada orang nak ikut jalan itu, xkan nak tengok kawan jatuh lubang, saya pun beritahu ada lubang kat depan sebab dia xde lampu suluh. -sampaikanlah walau satu ayat kebaikan-




Skynett

gomen ada guna OSS




sumber : http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/




Ada 494 agensi kerajaan yang menggunakan OSS sebagai desktop di jabatan-jabatan awam termasuklah distro Ubuntu. Jadi, sapa kata tiada orang pakai Ubuntu yang buruk hampeh ni.




sumber : http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/oss-implementation-by-federal-and-state-government/oss-adoption




sekian, terima kasih....kalau ada-apa nak komen. Silalah, saya alu-alukan...stay peace...out

36 comments:

  1. ubuntu smart ahh.. sape ckp buruk?

    ReplyDelete
  2. All the best la... no matter what of Distro...

    ReplyDelete
  3. first aku guna ubuntu..
    tengok tak buruk pun..
    menarik lagi adala...

    ReplyDelete
  4. Once dah try ubuntu, malas dah nak masuk OS windows, kebanyakan masa aku dengan ubuntu,cuma sekali sekala masuk windows sebab ada software yang tak boleh support lagi dalam ubuntu. Yang penting sekali once install, siap dapat cop halal lagi sebab tak da software yang pirate hehehe... cuma kalau kita dah guna Ubuntu, jangan kita dok condem windows, sebab windows pon banyak berjasa jugak kepada kita sebelum kita kenal ubuntu... kesimpulannya Ubuntu memang distro Linux yang paling best...

    ReplyDelete
  5. Aku sokong :D Sekarang ni pun aku lg suka login Ubuntu sbb masa startup/shut down max 60 saat je. Laptop x hang. Langsung x risau(x fikir pun) pasal virus. Performance grafik lebih baik tanpa abaikan overall performance laptop aku. Aku pun cuma kadang2 je dah login Vista.. Hehe.. :D Akhir sekali.. Back to mentality.. I love freedom!... :D

    ReplyDelete
  6. Bro, semak balik coding post ni. Sebab frontpage kene impak hanya preview 3 post shj. Maybe ada coding yg xngam..huhu

    ReplyDelete
  7. Kepada GuruSilat,

    "ubuntu buruk. tu pasal org tak minat.
    UI tak menarik langsung. pasal tu free dan open."

    er, sama ada sedara rabun atau x biasa guna gugel?

    "kat Malaysia ni Windows dah macam nasi bg kebanyakan orang.
    hanya segelintir org je yang boleh makan maggie takyah makan nasi.
    kat mane je negara yg mostly pakai ubuntu.. mcm xde kan."

    kat mane je negara yg ade ajar silat? macam xde kan? beli pistol sudah! defense mechanism jugak (brgantung pada nawaitu) ;p

    "kalau nak berjaya, berjaya la dengan usaha sendiri.
    jangan memburuk2kan produk org lain untuk mencapai kejayaan kita.
    pasti takkan menjadi kalau begitu perangai kita."

    1. Ni bukan iklan sabun pencuci, bleh guna 'jenama x' dengan 'jenama y'. Borak pasal OS, xdenye nak transparent2.

    2. Kalau masih ada orang yang OS pun xtau, bukankah ini semua boleh dianggap ilmu?

    Atau sedara ni jenis yang x sukakan ilmu? Hm, kalo camtu x pelikla. Kita muhasabah diri sendiri dulu ye..

    Saya yakin screenshot ubuntu kat atas tu berganda2 lagi cantik dr desktop sedara...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Pergh!!! besar nama saya kat posting melayubuntu.
    Thanks admin sentiasa mengambil berat komen2 dr sahabat2
    yang meluangkan masa untuk beri komen.
    Inilah yang kita mahu bersikap terbuka seperti juga sumber
    terbuka.

    P/S: Selamat menyambut Kemerdekaan Ke-53 :)

    ReplyDelete
  9. ader cuma kita je tak tahu.. cuba install wine.. program windows boleh install kedalam wine.. mcm aku.. aku guna notepad++ , winamp, aimp.. dsb..semua tuh windos je bole pakai. tapi dengan wine kita boleh guna jugak ke dalam ubuntu.. prestasi sama je takde beza..

    ReplyDelete
  10. guru silat tu hanya guru silat PULUT...tau makan jerr...he5x

    ReplyDelete
  11. admin x mudah melatah caya lah

    ReplyDelete
  12. dh guna wine... basic program or software boleh la... mostly xleh... so hopefully later provider software leh kuarkn utk sume os...

    ReplyDelete
  13. jipang_menjerit@UbuntuSeekersAugust 22, 2010 at 2:09 AM

    kenapa perlu install wine sedangkan opensource software pun dah cukup baik?
    lain la kalau pakai autocad :)

    ReplyDelete
  14. setiap perkara ada cara penyelesaian
    tapi jangan main hina je
    cuba laaa cari penyelesaian
    crictical thinking sikit
    malas

    ReplyDelete
  15. Saya tetap kata UI default Ubuntu buruk.

    Ubuntu cuma cantik kalau dapat tema yang sesuai. Tema yang sesuai kena cari. Seseorang tu rajin kena pandai explore.

    Seorang geek sudah tentu tak ada masalah untuk meneroka tema sebab ada internet. Tapi bagi orang kebanyakan, mereka pakai default tema. Default tema tu la buruk. Warna coklat (yang latest ungu). Eee...buruk betul tema dia. Ikon default Gnome/Ubuntu pun buruk. Resolusi rendah. Terpaksa aku cari Mac4Lin untuk ganti icon tu. Dah la visualizer tak lawa. Eee..

    nasib baik aku pakai Kubuntu.

    ReplyDelete
  16. Halal haram software.

    setahu saya tak salah pakai software tiruan kalau atas 'Individual Education Purpose'. Yang salah adalah kau gunakan perisian tiruan itu untuk jualan balik. Istilah dia tujuan komersil. Macam sibercafe yang jalankan khidmat mengformat laptop. Dia gunakan perisian cetak rompak, menjual kepada pengguna. Itu la yang dikira salah dan layak ditangkap.

    p/s : Saya bercakap dari segi undang undang. Dari segi agama saya jahil.

    ReplyDelete
  17. hah... itula sy cube smpaikn... software yg seantero dgnnya... itu je mslh aku... open source mmg xde la jwbnye.. huhuhu

    ReplyDelete
  18. OSS software yg depa guna dalam Windows betul tak? bukannya pakai full linux.

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Bagi aku yang newbie dalam ubuntu ni.. x kesah dengan GUI, yang penting ubuntu leh support PIII aku dengan graphic yang lancar tanpa masalah. Kalau nak guna windows boleh pakai virtual box. Org umah aku pon xder komplen kalau guna internet. x slow loading.

    ReplyDelete
  20. Cuba tengok Qcad der....rasa2 cam ada potensi sebagai alternatif AutoCAD.....

    ReplyDelete
  21. yep...pendapat anda tak salah....sebab itu pendapat anda, saya amat berbesar hati rakyat malaysia boleh memberi pendapat....x banyak rakyat Malaysia yang berani menyuarakan pendapat cam saudara...tapi...sedara dah tersalah pilih perkataan tu.....'bercakap dari segi undang-undang' patutnya bercakap dari segi perspektif user... :)

    ReplyDelete
  22. melatah tu ape kuih ker??? hehehe :P

    ReplyDelete
  23. Dah semak Bro Zul....tapi saya ni lemah skitla coding html....biasa saya taip dulu kat OOWriter pastu kopi dan pes ke blogger....tu pasal coding berterabur tu....bro Zul ada cara nak post blog dengan senang tak?

    ReplyDelete
  24. Jangan condemn windows weih.....saya tak berniat pun macam tu...apa yang saya nak, semua org tahu bhw ada pilihan selain OS legacy.....mungkin saya akan wat artikel pasal puji windows pulak la....baru org tak kata saya ni windows hater....syg windows,syg ubuntu.... ;P

    ReplyDelete
  25. No no.. memang dari segi undang2.

    Saya dah tanya pegawai kanan kastam, tentang adakah memakai perisian tidak tulen adalah salah. Beliau yang menerangkan tentang istilah Education Purpose. Jadi saya memang tidak salah cakap.

    ReplyDelete
  26. jipang_menjerit@UbuntuSeekersAugust 22, 2010 at 9:41 PM

    memang betul ada kebenaran untuk Education Purpose,
    persoalannya macam mana education purpose kalau software tu bukan digunakan untuk belajar, tapi hiburan.

    kena faham perisian untuk tujuan pendidikan adalah bagi mereka yang tidak berkemampuan, tapi kenapa pensyarah tak ada sebut, "gunakan perisian yang tulen"? last-last, student diorang tanpa rasa tahu menahu yang mereka gunakan perisian cetak rompak..sampai bekerja. bukan mereka tak sedar, tapi memang tak tahu langsung. salah siapa disini?

    rata-rata orang malaysia tak faham apa yang dimaksudkan "Education Purpose:, sebab diorang main beli je cd dekat kedai tanpa rasa bersalah langsung, macam tak ada apa-apa je, sedangkan diorang dah jadi antara "penyokong tak sedar" perisian cetak rompak.

    berkaitan dengan undang-undang, pernah dengar Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332)?
    baca dekat sini:-

    periksa point no 40, ada menyebut:-

    40. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), hakcipta mengenai sesuatu
    karya sastera dalam bentuk sesuatu program komputer tidak dilanggar
    dengan pembuatan suatu pengeluaran semula karya itu atau
    program komputer sebagai suatu penyesuaian karya itu, jika —

    (a) pengeluaran semula itu dibuat oleh, atau bagi pihak, tuan
    punya salinan itu (dalam seksyen ini disebut "salinan asal")
    dari mana pengeluaran semula itu dibuat; dan

    (b) pengeluaran semula itu dibuat bagi maksud digunakan, oleh
    atau bagi pihak tuan punya salinan asal sahaja, sebagai ganti
    salinan asal jika salinan asal itu hilang, musnah atau telah
    tidak digunakan.

    (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pembuatan suatu
    pengeluaran semula program komputer, atau suatu penyesuaian
    program komputer itu —
    (a) dari salinan langgaran program komputer itu; atau

    (b) berlawanan dengan arahan nyata oleh atau bagi pihak tuan
    punya hakcipta mengenai program komputer yang diberi
    kepada tuan punya salinan asal tidak lewat dari masa bila
    tuan punya salinan asal itu memperolehi salinan asal itu.

    (3) Bagi maksud seksyen ini—

    (a) sebutan mengenai suatu salinan program komputer atau
    suatu penyesuaian program komputer adalah sebutan
    mengenai apa-apa artikel dalam mana program komputer
    atau penyesuaian itu dikeluarkan semula dalam bentuk
    material; dan

    (b) sebutan mengenai arahan nyata, berhubungan dengan suatu
    salinan program komputer atau suatu penyesuaian program
    komputer, termasuklah sebutan mengenai arahan yang
    mudah dibaca yang dicetak atas salinan atau atas bungkusan
    yang di dalamnya salinan itu dibekalkan.

    terang-terang perbuatan cetak rompak tu dah mencabul EULA majoriti perisian..kecuali yang gunakan lesen GNU V3.

    panjang sangat aku respon ni..haha :p

    ReplyDelete
  27. jipang_menjerit@UbuntuSeekersAugust 22, 2010 at 9:52 PM

    sedangkan orang yang make-up kereta tu pun rajin cari duit nak cat, tambah bodykit. siap mencari serata malaysia bodykit yang cantik, inikan lagi pengguna komputer.

    kalau dah malas jangan nak bising-bising..hehe :p

    ReplyDelete
  28. jipang_menjerit@UbuntuSeekersAugust 22, 2010 at 9:53 PM

    tertinggal pulak link akta tu :p

    http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:r9OtOolqLf0J:www.parlimen.gov.my/pdf/a332.pdf+akta+hak+cipta&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEEShApXtgjGn0SnmVes6Xddvg7NY8ZOOaMuyR_R6Jwb3waLG8kTUcjH4XncB3y3RdnkU0Yo_zfVQczs7_tirS73EnX6oleMhxZkGJOoE0p3WNC5ZEk1Itl3S1kdxs9kE-F83GSi8A&sig=AHIEtbR8HIunEMVVeeanvwFuD8R-BhuelA

    ReplyDelete
  29. jipang_menjerit@UbuntuSeekersAugust 22, 2010 at 9:54 PM

    sori la, link tak keluar..tak dibenarkan post link dekat sini :)

    ReplyDelete
  30. Apapun OpenSUSE yang terbaik... hidup OpenSUSE... Made In Germany... huahuahua...

    ReplyDelete
  31. salam..
    ubuntu sebenarnya ok... tak ada masalah bagi yg biasa menggunakanya..tetapi bg yg br nak guna memang la... kadar yg celik it sebenarnya masih kurang di negara 1 msia ni... nak guna window pun masih terkial2.. lg.. aku kadang2 penat gak dok ngaja org guna win tu.. sikit2 maslah tanya.. ini apa..itu apa.. pastu msk virus.. aku lak yg pening.. nak jugak aku install ubuntu kat dia org tp apa yg blaku nanti korang pun leh la bayangkan... aku rs la.. bg yg selalu depan computer ni bolehlah gunakan apa2 oerating system... aku pun nasib baik ja jd juruteknik computer tau la sikit2.. sebenarnya apa2 os yg kita guna.. ok.. nak free open source... nak win..lanun..hehe... sekadar luahan d pg hr...

    ReplyDelete
  32. btol... xyh kutuk windows ke ape...
    tiap benda ada kebaikan n keburukan...
    buat masa skrg bg aku windows lebih byk bantu dlm kerja aku sharian... dlu aku guna ubuntu gak... sgt bagus dari segi performance n dari segi open sourcenya..

    tapi skrg masih xde sebab utk aku guna ubuntu...

    Windows n Ubuntu sgt best...

    ReplyDelete
  33. Orang yg cakap Ubuntu kurang menarik adalah orang yg belum try dah ckp benda yg bukan2..saya dulu adalah seorang pengguna fanatik Windows~ jiran saya yg pki ubuntu balik2 ajak suh sy format pc kejalan yg benar..hehe~ tp yerla..kipas susah mati..taknak tukar..tp bila tgk ubuntu ni mcm senang jer nak pki..format senang..install software senang..lagging takder..hang..apatah lagi ctrl + alt + del.. haram kat ubuntu..so..saya pun try2 la format.. (sbb mmg time tu windows saya ada probs) .. skali pakai~ WOW!~ tu jer ble sy katakan.. hehe

    ReplyDelete
  34. hehehehe....seakan-akan sistem operasi mac...

    ReplyDelete
  35. try pinguy os, tentu x kecewa. default theme dia memang menarik.

    ReplyDelete
  36. he..he...he... Saya guna Sabily... anak beranak Ubuntu yang dah mengucap Syahadah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...