Friday, August 20, 2010

5 Sebab Ubuntu penting kepada Malaysia

Kebebasan


Cuba kita renung sejenak cerita ini, Zaid beli sebuah kereta daripada syarikat ZZZ. Tetapi dengan bersyarat, Zaid tidak dibenarkan untuk mengubahsuai dan membaiki kereta berkenaan jika dia berbuat demikian ia akan menyebabkan jaminan kereta tersebut terbatal kerana polisi syarikat berkenaan yang tertutup. Hanya syarikat berkenaan yang boleh membaiki atau mengubahsuai kereta berkenaan. Apa akan jadi jika syarikat tersebut bankrap atau dibeli oleh orang lain. Siapa yang akan bertanggungjawab jika perisian itu rosak, ada bug atau sebagainya. Memang tidak masuk dek akal, kereta tu sepatutnya menjadi hakmilik Ahmad bukan hakmilik syarikat tersebut lagi. Terpulang kepada Ahmad, dia nak buat apa dengan kereta dia. Nak buat kereta dia jadi kapal terbang ke? nak buat jadi pokok ke? kambing ke? suka hati dia lah, dia dah beli bukan dia curi pun...Cuba kita analogikan kereta tu sebagai perisian, syarikat tu sebagai pengeluar perisian dan Ahmad sebagai pengguna. Pengguna lebih bebas menggunakan perisian jika ia bersifat sumber terbuka. Ia juga boleh mengelakkan manipulasi harga daripada pihak pengeluar perisian kerana pengguna terlalu bergantung kepada satu-satu perisian sumber tertutup sahaja. Bayangkan jika syarikat gergasi OS Winblows bankrap, tiada siapa boleh maintain winblows NT sebab kod dia telah di 'close'kan. Tetapi jika salah satu distro Linux di tinggalkan oleh developer, ia masih boleh dimaintain oleh user kerana keterbukaannya.


Menurunkan kadar cetak rompak di Malaysia



Saya tahu anda semua termasuk saya menggunakan perisian yang asli 'uhuk!' tiada yang memakai 'ehm' perisian-perisian haram, cetak rompak dan seangkatan dengannya. Kebanyakan orang yang menggunakan perisian cetak rompak adalah kerana kebiasaan menggunakannya. Walhal, kita mempunyai alternatif lain bagi menggantikan perisian komersil seperti Micrsft Wrd dengan OpenOffice(OO) writer, Mcrsft Excl dengan OO spreadsheet, Mcrsft Pwrpnt dengan OO impress dan banyak lagi. Walaupun perisian ini percuma, keupayaannya setanding dengan perisian-perisian komersil yang terdapat di pasaran.


Bantuan teknikal percuma



Bantuan atau Help Support boleh didapati dalam internet dan kebanyakannya percuma. Bantuan teknikal adalah daripada komuniti untuk komuniti. Masalah mudah diselesaikan dengan hanya men'google' sahaja atau anda boleh menyertai mailing list, forum atau blog-blog seperti Melayubuntu untuk tutorial dan sebagainya. Pokoknya, kalau perlukan bantuan, anda hanya perlu bertanya soalan yang betul tentang masalah tersebut. Baca dahulu FAQ atau soalan-soalan yang sering diajukan, siapa tahu sebelum ini sudah ada masalah yang sama menimpa pengguna-pengguna yang lain.




Selamatkan negara Malaysia



Pengguna winblows menggunakan perisian asli, membeli OS tersebut dengan harga yang tinggi. 1/2 harga daripada pembelian tersebut mengalir ke HQ mereka yang berpusat di Amerika Syarikat. Sebaliknya, negara kita tidak mendapat hasil apa-apa kecuali kepada penjual perisian terbabit dan wang mengalir keluar daripada negara. Jika kita menggunakan Ubuntu, ia memberi faedah yang lebih baik kepada Malaysia seperti duit kekal di dalam negara dan penggunaan Ubuntu akan melahirkan ramai pakar dalam bidang perisian komputer dan tidak terhad kepada bidang itu sahaja. Seterusnya, disebabkan Ubuntu ini lebih senang didapati ia akan menggalakan penggunaan ICT dalam Small Medium Entreprise(SME). Hasilnya, SME berkembang dan berkemungkinan Foreign Direct Investment(FDI) akan meningkat kerana pelabur daripada luar berminat untuk melabur di Malaysia kerana kepakaran yang ada di Malaysia. Pengguna Ubuntu boleh mengenakan bayaran dari segi service fee, maintainence fee, consulting fee dan lain-lain. Tidak semestinya kita tidak boleh buat duit dengan perisian percuma atau terbuka.


Galakkan kitar semula



Semakin hari, pengguna ICT semakin obses dengan spesifikasi komputer yang terkini. Soalan yang sering diajukan, komputer ini pakai intel core 2 duo ke? memory 1GB ke? ada video card tak? Hard drive besar tak? dan sebagainya. Pernah tidak kita terfikir bahawa winblows yang mencorakkan pemikiran sebegini. Keperluan minimum Vista = 1GB RAM, 1GHz 32-bit, 40GB available HDD) (XP = 128MB RAM, 300MHz 32-bit, 1.5GB available HDD) (ME = 32MB, 150MHz 32-bit, 420MB available HDD). Keperluan minimum Ubuntu 9.04 = 512MB RAM, 1GHz 32-bit, 5GB available HDD. Winblows daripada edisi ME hinggalah VISTA menunjukkan ke'bloat'tannya dan meyebabkan requirement semakin tinggi dan memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi. Walaupun, harga komputer semakin hari semakin murah tetapi kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat dan ada penduduk Malaysia yang masih belum mampu untuk memiliki sebuah komputer pun. Kadang-kadang komputer lama yang tidak diperlukan kita tetapi amat berguna kepada mereka. Komputer-komputer lama ini kalau pakai XP mungkin tak boleh, VISTA lagi lah tak boleh disebabkan spesifikasinya tinggi sangat jadi kita boleh masukkan Ubuntu dalam komputer tu, yang saya cadangkan Lubuntu yang menggunakan lxde sebagai desktop environment. Ia lebih pantas, responsif daripada Gnome, Kde atau Xfce dan sangat sesuai untuk hardware-hardware lama. Sesiapa yang mempunyai lambakan PC-PC lama di rumah saya cadangkan install Ubuntu dalam komputer tersebut dan derma kepada yang memerlukan agar tidak berlaku pembaziran dan juga mengalakan kitar semula.

Sumber:
http://www.whylinuxisbetter.net = ide artikel diatas diambil dan diolah oleh penulis sendiri. Banyak lagi kebaikan menggunakan Ubuntu/linux di laman web ini. Silalah layari.

21 comments:

  1. kenapa tak push government kita pakai software seumpama ni? better PROMO dan exposekan dengan lebih agresif la... blog ni bagus.. vision dan mission bagus tapi setakat kat sini je ke... kan bagus kalau apply satu negara... rakyat tak la suffer sangat.. idea penulis blog ni memang mantap.. good job.. semoga Allah permudahkan..tapi must do more and more......

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk komen di atas. Ya mungkin kita tak seagresif komuniti seberang tapi sudah ada tanda-tanda kita boleh pergi jauh macam pengeluaran distro Oshirix oleh anak tempatan. Government pun da start pakai da open source cuma belum nampak tempias nya lagi. Contoh macam IPTA saya dah lama pakai dual boot untuk linux dari tahun 2006 lagi tapi tu lah macam bro kerol kata xde PROMO ngan penDEDAHan tentang open source ni.....lalu jadilah linux tu second rated OS dalam komputer IPTA saya, tanpa orang mengetahui kelebihan dan kehebatan open source ni.....mungkin komuniti ni banyak sangat berfikir, tak banyak kemajuan yang dilakukan....think less, do more....peace....

    ReplyDelete
  3. rakyat Malaysia pon kebanyakannye xtau adenye OS selain Windows..even dorg xtau pon Windows tu adalah OS. brp kali dah aku ckp psl LINUX kat mmbr, dorg t'cengang dan tanye blk "Linux tu mende?"..aku jwb "OS lah.."..blh lak dorg tnye "OS tu menatang ape lak?"..sadis2...

    ReplyDelete
  4. " ..blh lak dorg tnye "OS tu menatang ape lak?"..sadis2... "

    aku suka part ni..haha.. last² member tanya balik OS tu apa?

    ReplyDelete
  5. Lumbricoides Star87August 20, 2010 at 9:01 AM

    syok sndri...booosaaan...

    ReplyDelete
  6. ubuntu buruk. tu pasal org tak minat.
    UI tak menarik langsung. pasal tu free dan open.

    kat Malaysia ni Windows dah macam nasi bg kebanyakan orang.
    hanya segelintir org je yang boleh makan maggie takyah makan nasi.
    kat mane je negara yg mostly pakai ubuntu.. mcm xde kan.

    kalau nak berjaya, berjaya la dengan usaha sendiri.
    jangan memburuk2kan produk org lain untuk mencapai kejayaan kita.
    pasti takkan menjadi kalau begitu perangai kita.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Ada betulnya juge apa yang diperkatakan oleh Gurusilat ni. Kadang2 kita tak boleh juga terlalu memaksa dgn memperkecilkan apa yang orang lain nak guna os apa pun.

    Saya sendiri pengguna ubuntu dan sangat berminat dengan distro ini tapi taklah sampai terlalu memeperkecilkan os2 lain terutama windows.

    Cuba kita kenang balik sebelum berjumpa dengan linux os apa yg kita guna. Saya pasti hampir 100% dari kita pernah menggunakan windows dan pernah menggunakannya. Setidak2nya windows juga pernah berjasa pada diri kita dan dengan IE jugalah kita jumpa laman web ubuntu sebelum jatuh cinta dengannya.

    Dari itu tak usahlah kita sampai tahap fanatik dengan distro yang sama2 kita gunakan ini. Biarlah pengguna windows tegar dengan dunia mereka, ini bukan bererti kita sebagai pengguna linux mengalah.

    Gunakan cara lebih berhemah dalam menyuarakan pendapat dan lebih beretika dalam mempromosikan linux/ubuntu. Kita jangan terikut2 cara orang barat dalam mempromosikan sumber terbuka kerana etika mereka tak sama dengan kita yang mempunyai pegangan agama Islam.

    Nak agresif ada caranya tapi bukanlah kita menjadi fanatik sampai langsung tidak hiraukan perasaan hati pengguna os lain.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. saya kira sdr tidak faham situasi dan prinsip oss pun sdr tak faham..
    sdr membaca blog ni dengan keputusan yg telah dibuat sebelum membaca blog ni.
    adakah blog ni bukan satu usaha?
    ada mengkritik sebagai pengguna dikira memburukkan?

    sdr tidak faham hak pengguna dan saya khuatir jika sdr merupakan pekerja di microsoft?

    ReplyDelete
  9. rasenye artikel ni bukan nak mengutuk, cuma memberitau atau membandingkan antara kelebihan ubuntu berbanding windows. so pd pengguna windows yg tegar, xperlu nk berkecil ati...

    ReplyDelete
  10. selalunya susah nak tukar minda ni..

    ReplyDelete
  11. menarik gak nie.. dulu pnh pakai ubuntu best sbb space yg dia pakai kecik jer.. tp tk pkai lama sbb pasang dua2 skali ngn xp. ade error apa ntah... so terpaksa pkai xp balik..

    ReplyDelete
  12. yeah..
    betul tu,.
    tak nampak tempias je lagi..
    lagi satu...
    diorang yg tak nak mencuba tu yang susah..
    nak makan suap je tahu,,...

    ReplyDelete
  13. Setau aku la(yang masih guna Ubuntu 9.10 nih), minimum yg disyorkan adalah 4Gb jer(ataupun 2Gb? x ingat).. Besar sgt ke? XP dolu2 ada hdd 5Gb pun boleh, tapi winbows Vista/7 skrg boleh ke? huhuh.. Dan memang menjadi kebiasaan kalau ada error, GNU/Linuxlah yg akan diselamatkan.. (Aku dual boot Vista & Ubuntu 9.10)

    ReplyDelete
  14. Kat sektor gomen bukan x der guna OSS, cuma tak menyeluruh jer... contohnya penggunaan Open Office. bukannya tak der expose kepada gomen, pihak OSCC yang bertanggung jawap akan hal ni... diaorg yg support MAMPU.
    Mcm aku biasa p beli lappy utk kengkawan... biasa tanya harga termasuk OS Windows 7 yang licence (kira ori) mak aii... mahal yob... itu baru pakej home... last-last minta freedos, murah banyak...

    ReplyDelete
  15. sebenarnya OS Linux ni banyak kelebihan dia..walaupun aku dulu lahir dengan windows. tapi yang paling bes linux bebas virus berbanding windows.windows kita bayar mahal tapi sekali kena virus habis data korang dalam tu.kalo linux stedi jew..lst skali korang beli antivirus yang harga RM45,RM90 contohnya la.tidak terpikir kah korang seolah olah menanggung sara hidup PC korang?

    kalo windows corrupt camna nak repair? format kan? sekarang xpayah lagi..guna ubuntu live CD da boleh siap

    cuma yang belum guna linux ni diaorang takut2 nak cuba.mcm2 alasan kata susah la,untuk developer la,xlawa la.tapi mcm alasan xmasuk akal dia bagi,kerana alasan mcm ni xpakai linux? sadis...kadang2 ubuntu pun xtaw apa itu

    yang penting ialah " Beri peluang pada diri sendiri untuk cuba Linux "

    ada yang belum guna tapi da banyak komen

    maaf kalo ada yang terasa. cuma ini pendapat secara jujur

    ReplyDelete
  16. Ubuntu buruk? Kah kah kah kah.......

    ReplyDelete
  17. ada betolnya ape yg gurusilat n wira dunia moto cakap tu.. pekerja @ manager MICROSOFT yg mcm ni la kita cari...hahaha...membaca n mengomen blog UBUNTU..pastu..kalo megi tu lebih Berkhasiat daripada nasi..makanlah megi..tp..megi byk ajinomoto..hahaha..
    dan satu lagi..walaupon sy menggunakan windows yg tegar (gamers...ps...vdo editing)..sy xpernah memperbesar2kan windows..huahhuah

    ReplyDelete
  18. Adakah saya tidak boleh mengkritik produk syarikat yg saya telah bayar kepadanya dengan duit hasil titik peluh saya? Jangan hipokrit saudara.. Jangan hidup dalam kepura-puraan. Sekiranya saudara membeli kuih yang telah basi, adakah saudara boleh kata "jangan kutuk produk orang lain"?

    ReplyDelete
  19. aku sangat2 bersetuju dengan gurusilat...."kalau nak berjaya, berjaya la dengan usaha sendiri.
    jangan memburuk2kan produk org lain untuk mencapai kejayaan kita.
    pasti takkan menjadi kalau begitu perangai kita."

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...