Friday, August 20, 2010

Paggilan suara dan video Gmail kini dalam linux (Ubuntu)

Terima kasih kepada Google kerana membawakan fungsi panggilan suara dan video pada Gmail kepada linux. Sejak membangunkan ChromeOS, apa yang saya perasan ialah Google sedang mempersiapkan kesemua aplikasi web serasi dengan linux dan apa yang menarik sebelum ini ialah mereka memperkenalkan googleCL juga untuk persiapan digunakan dalam chromeOS yang dibangunkan berasaskan ubuntu dan linux.

Ura-ura mengatakan juga, google dengan kerjasama HTC akan memperkenalkan ChromeOS Tablet sekitar November ini. Mungkin kerana itu juga Google terpaksa bersiap apa yang patut dengan kadar segera termasuk memperkenalkan web apps dalam sedikit masa lagi.

Ok, berbalik kepada panggilan suara dan video dalam Gmail, sekiranya anda seorang pengguna sistem operasi komputer linux seperti ubuntu, anda boleh ke : http://www.google.com/chat/video?hl=en.
Klik pada "Install voice and video chat" untuk memuatturun fail DEB dan pasang ke dalam ubuntu. Buat masa ini saya sendiri belum mencuba membuat panggilan suara dan video pada gmail kerana masih belum ketemu sasaran sesuai. Ingatkan nak buat panggilan hangit ke ok gak.

Apapun, selamat mencuba.
[via : linuxmalaya]

4 comments:

  1. wah...makin canggih sekarang ni

    ReplyDelete
  2. saya dah dwnload fail deb tu,tapi tak boleh install la..dia kata install failed..

    ReplyDelete
  3. bagi error yg kuar..dari c2 bleh fix

    ReplyDelete
  4. Dgn adanya plugin ni, aku xprlu lg reboot masuk vista untk webcam ngn awek aku huhu...mmg da lm tggu fungsi ni. tq google.

    Aku dgr byk masalah nk wat video chat dlm empathy w/pun guna protocol xmmp mdm gtalk.

    p.s - harap2 oracle akn kalah dlm trial menentang google.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...