Saya cukup tidak sabar untuk mencuba fungsi stacks pada docky. Untuk makluman, fungsi stacks akan dicantumkan ke dalam docky dalam versi 2.1 tetapi kita tidak tahu bilakah ianya akan dikeluarkan, dan versi pembangunan docky sekalipun masih belum memasukkan fungsi ini.
Apa itu stacks? Sekiranya anda biasa mengikuti perkembangan dunia sistem operasi terutamanya Mac OSX, stacks merupakan satu fungsi dinamik pada dock yang mula diperkenalkan untuk versi Mac OSX Leopard memudahkan penggunakan komputer mencapai fail-fail di dalam folder tanpa perlu membuka file browser seperti finder (dalam mac osx) atau nautilus (dalam ubuntu) sekaligus ia menjimatkan banyak masa berserta cara penggunaannya yang interaktif memberikan pengalaman penggunaan yang cukup mengujakan.
Memasang docky + stacks dalam ubuntu lucid lynx.
Cara pemasangan yang akan saya tunjukkan ini adalah agak berbeza dengan apa yang selalu saya tunjukkan sebelum ini. Sekiranya anda blurr, sila tanyakan dalam ruangan komen;
1.Pasang apa yang diperlukan terlebih dahulu. Copypaste command berikut ke dalam terminal;
sudo add-apt-repository ppa:docky-core/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install automake bzr mono-gmcs libmono-cairo2.0-cil gtk-sharp2 libndesk-dbus-glib1.0-cil libndesk-dbus1.0-cil libgnome-vfs2.0-cil libgtk2.0-dev libtool intltool gnome-sharp2 ca-certificates gnome-desktop-sharp2 libgconf2-dev monodevelop-nunit libnotify0.4-cil gtk-sharp2-gapi libmono-getoptions2.0-cil
sudo apt-get install bzr libgio2.0-cil-dev
sudo apt-get build-dep docky2.Kemudian masukkan command berikut pula;
bzr branch lp:~psybers/docky/stacks
cd stacks
./autogen.sh
./configure --prefix=/usr
make && sudo make install3.Siap! (Sekiranya ketika compile tidak ada error yang keluar)
4.Lancarkan docky dan buka Docky Settings. Pergi ke tab Docklets dan aktifkan docklets Bookmarks. Cun. Folder utama akan muncul pada docky dan klik pada mana-mana folder tersebut. Anda mendapati sesuatu seperti dalam screenshot diatas. Anda juga boleh drag mana-mana folder ke docky dan ianya akan menjadi stack!
Uninstall
Untuk membuang docky + stacks, buka terminal dan taipkan;
cd stacks
sudo make uninstallSaya nasihatkan anda tidak delete folder stacks selepas pemasangan untuk tujuan uninstall.
Selamat mencuba.
Thnx bro. Detailed step by step. Gua baru kenal Lucid Lynx 3 minggu. Tapi khatam smua post blog ni rasa macam dah 3 dekad guna Ubuntu. hehe. Lu mmg Bapak KeUbuntuan malaysia.
ReplyDeletewc bro..trima kasih atas gelaran tersebut..ekeke
ReplyDeleteambo guna brband hampehhh.betoi...lama sngat..nk install...
ReplyDeleteSalam.. Saudara Zul, saya amat tertarik dengan screenshot yang saudara sertakan. boleh saudara nyatakan caranya untuk punyai menu dan sbgnya spt Saudara Zul? say
ReplyDeletebro aku tak leh install..
ReplyDeletebroken packages..mcm mn erk nak buat...
Saya lost kat step 2. xjadi uh
ReplyDeleteapa yg xjadi? apa error yg kuar?
ReplyDeleterujuk semua entry berkaitan theme bro.. smua di tulis dlm entry2 lepas..
ReplyDeleteguna synaptic utk fix broken packages..
ReplyDeleteasal ak punya kuar canmni Could not initialize the package information
ReplyDeleteAn unresolvable problem occurred while initializing the package information.
Please report this bug against the 'update-manager' package and include the following error message:
'E:Type 'n' is not known on line 2 in source list /etc/apt/sources.list.d/docky-core-ppa-lucid.list, E:The list of sources could not be read.'