Posts

Showing posts with the label islamic

Gunalah Firefox Atau Chrome Di PPZ

Image
Sebaik sahaja selesai sahur hari ini dan sementara menunggu Solat Subuh, saya mengambil sedikit masa untuk membaca cara-cara membayar zakat secara talian internet (online) di Pusat Pungutan Zakat yang dikendalikan oleh MAIWP. Sebaik sahaja klik kepada URL http://www.zakat.com.my/ , munculah halaman tersebut di skrin komputer saya. Lalu sebaik sahaja saya cuba alihkan kursor tetikus ke butang TAKSIR ZAKAT, BAYAR ZAKAT dan SEMAK PENYATA ZAKAT; alangkah terharunya saya muncul Flash untuk "PAPARAN TERBAIK SILA GUNAKAN FIREFOX atau CHROME". Lihat tangkapan skrin saya gambar 1 di bawah: Gambar 1 Manakala tangkapan skrin Gambar 2 di bawah pula jelas mengingkat sekali lagi supaya pengguna menggunakan pelayar web FIREFOX atau Chrome! di Zakat2U . Gambar 2 Jadi kesimpulannya ada 2 tujuan mengapa saya mengetengahkan entri ini: Secara tidak langsung entri saya ini mengingatkan kepada saya dan pembaca budiman semua supaya melunaskan Zakat (untuk muslim), terutamanya zakat Fitrah...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari Blog Melayubuntu

Image
Kelantan… Make ikke cicoh budu Jange lupo tamboh satar? Kelik rayo taksir laju Nanti rayo dale sepita Terengganu… Makang ubi jamang jepong Makang kepok cicoh cuke Bulang pose mung bengong Bulang raye mung suke Pahang… Sepadan Pahang ada kasino Nasi dagang ikan patin Jange mu masam muko Raya makan rendang sadin Johor… Cegitu cegini awak suke Awak suke kite tak suke Esok luse hari raye Sama-sama bersuke rie Melaka… Hawau kau berak merate Kaki bengkak ulau patok Kalu balik naik kerete Jangan pandu kalau ngantok N. Sembilan… Masak lomak cili api Campo dongan ! daun turi Hari rayo kolumpo sopi Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!) Selangor/K.Lumpur… Wa cakap lu wa tak tau Tapi wa tipu sama lu Raya jangan buat tak tau Angpau ada bagi gua dulu Perak… Gulai tempoyak ikan mayong Deroyan busok tebok tupai Pandu hemat ingat kampong Asal teman selamat sampai SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Bersama ubuntu dalam menghayati Ramadhan Kareem

Image
[Artikel tahun lepas yang dikemaskini] Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer. Zekr . Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya. Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr . Pakej ttf-me-quran : Kl...

Perisian hebat untuk menghayati ramadhan

Image
Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer. Zekr . Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya. Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr . Minbar . Perisian memperingati waktu sembahyang untuk linux ini sangat s...

Masa untuk pertajamkan ilmu Tajwid

Image
Menyedari dunia ini sementara, lalu apa yang diperjuangkan didunia ini termasuk sumber terbuka itu juga adalah sementara. Apa yang abadi tetap milik tuhan yang menjadikan alam ini untuk manusia, supaya kita kenal tuhan dan kenal sesama manusia dan menjadi orang-orang tidak sombong dan angkuh. Saya menemui sebuah perisian yang dihasilkan dalam bentuk flash khas untuk mempertajamkan ilmu tajwid al-quran. Bilakah kali terakhir anda mengaji tajwid? Soalan itu sepatutnya ditujukan kepada saya dan serasanya sudah hampir berpuluh tahun saya tidak membuka kitab tersebut. Namun saya faham maksud yang terbenam dalam minda pencipta perisian ini supaya hidup berkomputer bukan hanya keseronokan dan kepuasan yang sementara. Sila download perisian belajar tajwid ini di >>> Perisian belajar tajwid. Failnya berbentuk .zip. Unzip file berkenaan dan didalamnya terdapat satu file berbentuk .exe. Bagi pengguna ubuntu, anda sepatutnya mampu membuka file berkenaan menggunakan wine . Membaca kalam Al...