Gunalah Firefox Atau Chrome Di PPZ
Sebaik sahaja selesai sahur hari ini dan sementara menunggu Solat Subuh, saya mengambil sedikit masa untuk membaca cara-cara membayar zakat secara talian internet (online) di Pusat Pungutan Zakat yang dikendalikan oleh MAIWP.
Sebaik sahaja klik kepada URL http://www.zakat.com.my/, munculah halaman tersebut di skrin komputer saya. Lalu sebaik sahaja saya cuba alihkan kursor tetikus ke butang TAKSIR ZAKAT, BAYAR ZAKAT dan SEMAK PENYATA ZAKAT; alangkah terharunya saya muncul Flash untuk "PAPARAN TERBAIK SILA GUNAKAN FIREFOX atau CHROME". Lihat tangkapan skrin saya gambar 1 di bawah:
Manakala tangkapan skrin Gambar 2 di bawah pula jelas mengingkat sekali lagi supaya pengguna menggunakan pelayar web FIREFOX atau Chrome! di Zakat2U.
Jadi kesimpulannya ada 2 tujuan mengapa saya mengetengahkan entri ini:
Jangan lupa bayar zakat! Sekian.

Gambar 1
Manakala tangkapan skrin Gambar 2 di bawah pula jelas mengingkat sekali lagi supaya pengguna menggunakan pelayar web FIREFOX atau Chrome! di Zakat2U.
Gambar 2
Jadi kesimpulannya ada 2 tujuan mengapa saya mengetengahkan entri ini:
- Secara tidak langsung entri saya ini mengingatkan kepada saya dan pembaca budiman semua supaya melunaskan Zakat (untuk muslim), terutamanya zakat Fitrah tahun ini sebelum terbitnya 1 Syawal nanti.
- Membuka minda saya bahawa pelayar Web Sumber Terbuka seperti Firefox dan Chrome juga mampu bersaing dan telah maju ke hadapan. (tidak lagi hanya bergantung kepada Internet Explorer kepunyaan Windows seperti lazimnya).
Jangan lupa bayar zakat! Sekian.

Comments
Post a Comment
Terima kasih atas respon..