Bilakah kali terakhir anda mengaji tajwid? Soalan itu sepatutnya ditujukan kepada saya dan serasanya sudah hampir berpuluh tahun saya tidak membuka kitab tersebut. Namun saya faham maksud yang terbenam dalam minda pencipta perisian ini supaya hidup berkomputer bukan hanya keseronokan dan kepuasan yang sementara. Sila download perisian belajar tajwid ini di >>> Perisian belajar tajwid.

Failnya berbentuk .zip. Unzip file berkenaan dan didalamnya terdapat satu file berbentuk .exe. Bagi pengguna ubuntu, anda sepatutnya mampu membuka file berkenaan menggunakan wine.
Membaca kalam Allah didalam solat adalah wajib. Lalu mengikut ilmu usul fiqh, jika tiada terlaksana sesuatu yang wajib sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka ia menjadi wajib. Mengambil wudhu tidak wajib tetapi menjadi wajib apabila hendak bersolat. Mengetahui ilmu al-quran juga adalah wajib mengikut teori yang sama.
Oh ya, bagi orang islam, terdapat 1 lagi perisian yang wajib dimiliki didalam ubuntu. Ianya ialah Zekr, perisian membaca al-quran yang disertakan dengan terjemahan english, bahasa indonesia dan sebagainya. Ianya multi-platform, terdapat juga dalam windows dan mac osx. Dalam ubuntu zekr boleh diinstall menggunakan Add/Remove Applications dengan mudah.
Masa untuk membuat pahala~ Semoga bermanfaat!=)
via:http://bersama0805.wordpress.com/
wow...makin menarik ubuntu nie.. :D
ReplyDeleteyup tapi belum sampai tahap nak jadi os utama
ReplyDelete