Saya pasti ramai bertanyakan mengenai cara untuk dual boot Linux Ubuntu dan Windows Vista. Bukan saya ingin mempertikaikan tutorial yang dibuat oleh saudara Zul kerana ilmu saya masih dibawah tahap bijak untuk memberi tutorial yang hebat serta idea-idea yang bernas disamping kebolehan untuk menulis didalam blog ini dengan jayanya seperti yang menjadi coretan harian saudara Zul.
Apa yang ingin disampaikan kali ini ialah bagaimana untuk membuat pastition dahulu kerana saya mendapat banyak persoalan oleh rakan-rakan yang baru bermigrasi dari Windows Vista mahupun Windows XP tetapi masih sayangkan sistem operasi itu. Jadi, dual boot sebagai penyelesaian selain utiliti VMware dan lain-lain.
Dalam tutorial saudara Zul tidak menyentuh kepada utiliti GParted iaitu satu utiliti untuk membuat partition didalam Ubuntu. Utiliti ini terdapat dalam LiveCD Ubuntu dan tiada dalam Ubuntu. Tetapi anda boleh mendapatkan utiliti ini. Untuk GParted saya akan terangkan dalam tulisan akan datang.
Bagi saya sebagai pendatang baru dalam dunia linux ini ataupun dengan bahasa manjanya newbee adalah lebih mudah untuk melakukan proses pemasangan Ubuntu menggunakan dual boot melalui video ini.Video ini menerangkan satu-persatu apa yang perlu dilakukan sehingga Ubuntu siap dipasang disamping Windows Vista dan Windows XP. Ada sedikit kelainan berbanding kebanyakan tutorial yang dibuat oleh pakar-pakar dari dunia sistem terbuka ini,tetapi bukan semua. Niat saya hanya ingin berkongsi sahaja, bukan menjatuhkan mana-mana pihak mahupun membangga diri.
Apa yang ingin disampaikan kali ini ialah bagaimana untuk membuat pastition dahulu kerana saya mendapat banyak persoalan oleh rakan-rakan yang baru bermigrasi dari Windows Vista mahupun Windows XP tetapi masih sayangkan sistem operasi itu. Jadi, dual boot sebagai penyelesaian selain utiliti VMware dan lain-lain.
Dalam tutorial saudara Zul tidak menyentuh kepada utiliti GParted iaitu satu utiliti untuk membuat partition didalam Ubuntu. Utiliti ini terdapat dalam LiveCD Ubuntu dan tiada dalam Ubuntu. Tetapi anda boleh mendapatkan utiliti ini. Untuk GParted saya akan terangkan dalam tulisan akan datang.
pakcik pon pakai duat boot gak.. tapi kalau dah biasa editing guna linux nie.. pakcik nak guna 100% ubuntu dalam pc pakcik
ReplyDelete@uncle:bagus la.saya pn masih pakai dual boot.tapi jarang sangat bukak windows. saya masih baru lagi dalam dunia linux ni.baru beberapa bulan usia.tapi yang penting kalau nak,semua boleh jadi,jangan jadikan alasan sebagai pengahalang,tetapi sebagai pemangkin semangat.uncle,saya bgtau skali lagi,saya nak amek tutorial nak connect ke broadband guna hp nokia dari blog uncle.
ReplyDelete