Monday, May 19, 2008

Ubuntu Muslim Edition 8.04 : Apabila berkomputer dan berzikir disatukan

Saya ketika menulis artikel ini sedang menggunakan ubuntume atau ubuntu muslim edition. Ia tidak banyak beza dengan ubuntu yang standard kerana proses upgrade daripada ubuntu versi biasa kepada ubuntume hanyalah mengubah tema, memasukkan perisian tertentu, dan grafik tertentu kedalam ubuntu.

Asalnya saya pernah menulis tentang ubuntume ini pada 7Dec2007
. Ketika itu dan tutorial tersebut adalah untuk versi gutsy gibbon. Memandangkan ubuntu telah updated kepada Hardy Heron, maka ubuntume juga telah diupdate kepada hardy heron dan berikut adalah cara untuk upgrade dari ubuntu versi biasa(Hardy Heron) kepada ubuntume 8.04.

Dari website rasmi ubuntume;

1.Buka terminal dan masukkan command berikut;
gksudo gedit /etc/apt/sources.list
2.Masukkan baris berikut kedalam sources.list (dibawah - baris akhir)
deb http://ppa.launchpad.net/ubuntume.team/ubuntu hardy main # Ubuntu Muslim Edition
deb-src http://ppa.launchpad.net/ubuntume.team/ubuntu hardy main # Ubuntu Muslim Edition
3.Klik Save dan tutup editor (gedit)
4.Masukkan command berikut ke terminal;
sudo aptitude update
5.Kemudian install package ubuntume dengan command berikut;
sudo aptitude install ubuntume
6.Semasa proses install, anda akan ditanya beberapa soalan dan sila taipkan "yes" apabila diperlukan.

7.Jika anda ingin install package Webstrict (aplikasi penapisan laman web untuk menghalang pengguna memasuki website lucah sbg), masukkan command berikut ke terminal;
sudo aptitude install webstrict
8.Restart komputer apabila semua proses diatas selesai dan anda sekarang menggunakan ubuntume!

NOTE: Tutorial ini hanya bagi upgrade dari ubuntu hardy heron ke ubuntume 8.04. Fresh install atau upgrade dari versi gutsy adalah berbeza (rujuk website ubuntume).

Ciri-ciri Ubuntume;
  • Webstrict (sepatutnya enable secara default dan akan menghalang pengguna komputer dari melayari website yang difikirkan mempunyai unsur lucah)
  • Zekr 0.7.0 (Perisian membaca al-quran, beserta dengan tafsiran dalam english & bahasa indonesia - bahasa melayu tak ada sebab orang melayu suka dengan bi dari bahasa sendiri)
  • Minbar dan Firefox "Pray Times" addon - untuk mengingatkan waktu solat
  • Monajat (kurang jelas tetapi "display islamic prayers")
  • Thwab (encyclopedia - kurang jelas fungsinya)
  • UbuntuME artworks - tema desktop, ikon, wallpaper, screensaver, usplash, login screen sbg.
Ok, mengapa saya memilih tajuk diatas sebagai maudhu' artikel ini? Jawapannya ialah kerana saya perasan sesuatu yang menarik pada cursor ubuntume. Pada cursor terdapat animasi zikir seperti subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar yang akan menangkap mata kita padanya. Siapa sangka sebenarnya setiap kali kita menggunakan komputer, cursor adalah objek paling kerap kita fokus. Lalu, apa jadi jika dihujung cursor terdapat perkataan zikir? Saya takkan menerangkan lebih dari itu kerana saya yakin ummat islam teringin untuk mencubanya sendiri!

9 comments:

  1. best tol jd devoleper..klo kite ikut pe yg diajarkan..org yg ikt dpt mnfat..phala btimpa2 dapat..phala free la 2..smpai bile2 la..bkn sorg dua lak 2..isk2 bes2..
    my Allah bless u all

    ReplyDelete
  2. kan best kalau boleh hantar CD kat umah free...
    mls nak download..
    Tapi menarik gak mende ni...

    ReplyDelete
  3. kalau kita guna ubuntu biasa kita bolehkan guna tema aplikasi yang dalam ubuntu me nikan.nak cari mana ek aplikasi ubuntu me untuk download.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ada juga yg develope menda baik camni.

    masih dalam eksperimen menggunakan ubuntu. benda2 camni yg membuatkan ubuntu bertambah menarik!

    ReplyDelete
  5. Saya slh seorg newbie dlm Ubuntu...not bad la...bengg dgn Win### X# SP# asyik kena attck virus walaupn dh updte antivirus slalu...last2 i'm Ubntu user...yg best part2 nak main cmd line tu...caiyok2 OPEN SOURCE

    ReplyDelete
  6. @sarah: anda boleh mencuba program2 macam zikr dan lelain dalam add remove.kalau xjmpe,try bkak laman web Ubuntu ME

    @megat: anda kena ingat walaupun terdapat ubuntu muslim edition,terdapat juga edisi2 lain seperti Christian Edition(ce) dan Satanic Edition (se). saya telah mencuba se.walaupun grafik cun tapi kurang sikit.last2 saya beralih kepada ubuntu ME..

    ReplyDelete
  7. @alfarabius: walaupun seronok menggunakan cmd line dalam terminal.tetapi bagi yang beginner(mgkin anda bukan) terminal merupakan sesuatu yang menakutkan.previlage sebagai root jangan digunakan jika anda tidak tahu ape yang anda sedang buat. terdapat juga beberapa cmd yang jangan dilakukan dalam terminal.ia akan menyemabkan kemusnahan dalam sistem anda.untuk cmd2 tersebut sila lihat post2 yang lama.da xigt kat belah mana..

    ReplyDelete
  8. nak download maleh la pulok... pkai torrent plak tue... nak order cd kene byar lak... adoi... best gak tu ubuntume... pkai ubuntu ubuntu biasa je sekrg ni... sape ade cd die? leh burn kan... he3...

    ReplyDelete
  9. Versi terbaru Sabily telah dilancarkan. Lebih banyak perisian Islam. Untuk sokongan teknikal boleh dapat di blog http://linuxsabily.blogspot.com , dari Malaya...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...