Sunday, May 18, 2008

Setup Streamyx pada Ubuntu (MyDungun.net)

Ok, saya ingin berikan 100% kredit untuk artikel ini kepada en_lanun yang menulisnya dalam forum di mydungun.net. Saya rasakan ianya bermakna untuk dipaparkan disini supaya dapat dijadikan panduan untuk pengguna ubuntu yang menggunakan khidmat streamyx untuk access kepada internet. Cara-caranya;

1.Pergi ke Application - Accessories - Terminal (buka terminal) dan masukkan command berikut;
sudo pppoeconf
dan tekan Enter. (Setiap kali masukkan command, tekan enter untuk menjalankannya - basic)

2.Proses pengesanan(scanning) bermula;



3.Terminal akan memaparkan notis berikut dan tekan Enter (untuk memilih yes/no - pilih yes!)



4.Continue with configuration? Pilih yes!



5.Popular Options - Yes!



6.Masukkan username anda (USERNAME@streamyx) - pilih ok (guna butang anak panah pada keyboard) - Enter!



7.Masukkan kata laluan (password) - pilih ok - Enter!



8.Kemudian anda dimaklumkan untuk menyimpan DNS Ip Adress. Pilih yes/no (pilih yes!) kemudian tekan Enter.



9.Seterusnya pilih yes - tekan Enter!



10.Proses konfigurasi telah berjaya - pilih yes kemudian tekan Enter untuk membuat sambungan internet secara automatik setiap kali komputer dipasang/dihidupkan. (Tidak perlu ulang step-step ini setiap kali anda buka komputer).



11.Pilih yes dan tekan Enter untuk membuat sambungan internet dengan segera.



12.Proses terakhir. Pilih OK kemudian tekan Enter.



13.Kemudian terminal akan memaparkan mesej berikut;
plugin rp-pppoe.so loaded.
Untuk melihat dengan lebih detail tentang maklumat penyambungan internet anda, taip kata arahan berikut;
plog


dan terminal akan memaparkan maklumat penyambungan internet anda.

15.Buka firefox dan Enjoy your streamyx (err...)


Artikel Asal - Klik SINI.

p/s : Saya menanti sumbangan artikel untuk setup internet secara wireless, dial-up dan sebagainya untuk dikongsi dengan pembaca blog ini. Saya akan bagi 100% kredit untuk anda!

14 comments:

  1. Terima Kasih atas pujian.

    en.lanun : belajar dan mengajar

    ReplyDelete
  2. *MK menunggu tutorial utk wireless celcom, dgn penuh kesabaran...*

    ReplyDelete
  3. http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=34328

    **warga ittutor.net
    **dokumentasi ini disediakan oleh Abg Bahathir aka root@ittutor.net

    ReplyDelete
  4. macam mana nak setting internet guna wireless yg ada proxy server guna ubuntu???

    baru jer install ubuntu...xtau apa...

    hahaha


    :D

    ReplyDelete
  5. saya telah mencuba tutorial nie tapi tak dapat connect bila membuka firefox browser(error). saya guna Ubuntu 8.04 LTS Desktop Edition.

    ReplyDelete
  6. mohdnurshazwanismail : pergi ke System -> Preferences -> Network Proxy.

    N A Z M I E S K I :

    cuba awak ping ke google.com menggunakan terminal. klu berjaya ikuti langkah kat bawah ni.. klu tak berjaya maknanya anda masih mempunyai masalah untuk connect ke internet la..

    cuba ubah pada network manager, tukarkan wired connection punya properties, uncheck Enable roaming mode dan setkan Configuration menggunakan Automatic configuration (DHCP).

    ReplyDelete
  7. kalau nk dckan connection kita buat mcm mana? masuk system - admin - network dan untick pppoe kah . bila mana sy berbuat demikian, line tersebut dah tak dpt connect terus. terpaksa restart baru dapat.

    minta bantuan pro sekalian

    ReplyDelete
  8. Kt blog tu cuma ajar cmana nk connect to streamyx...tp tk ajar lak cmana nk disconnect tenet tu...

    ada ssape yg tau, bgtau ya...

    ReplyDelete
  9. pakcik rase..klo nk disconnect tenet tu...shutdown je pc tue...care ni pakcik penah buat..mmg menjadi...

    ReplyDelete
  10. salam...sy dah try set up internet dgn care di atas dan berjaya connect...tp selepas update system dah x boleh connect streamyx...kenape ek?

    ReplyDelete
  11. salam..
    saya install dual win7 n ubuntu kt laptop sy
    saya menghadapi masalah bl connect streamyx internet kt umah dgn ubuntu..connection slow..tp dgn win7 takde masalah laju..laie2 torrent
    tp bl try kt office sebaliknya malah laie laju dari window..apa punca nye

    ReplyDelete
  12. salam,
    klau xnk auto connect on start up pn xpe..
    korg leh taip kt terminal

    pon dsl-provider

    nk off taip:
    poff

    harap membantu :)

    ReplyDelete
  13. salam, kenapa selepas dapat connected, then. lepas dc(shut down),
    keesokan saya buka laptop, the wireless icon hilang? tapi streamyx dah connected. saya tertanya-tanya, bagaimana saya nak connect to wireless connection jika wireless icon hilang.
    *untuk makluman, bluetooh icon, sound icon masih ada. cuma wifi/wireless icon yang hilang. pelik.


    sorry. im newbie

    ReplyDelete
  14. klu tiba2 je dia hilang rasanya dia bukan normal.
    ni ikut tutorial kat atas ke? sbb tutorial atas utk versi sblm2 ni.
    versi baru bleh connect trus je..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...