Monday, May 05, 2008

Ulasan E-Maj Ubuntu for Malaysian

Alhamdulillah. Kelihatannya usaha yang ikhlas tidak pernah memungkiri prinsip bahawa, apabila anda memberi anda akan menerima!

Saya tidak mahu sempitkan definisi "menerima" disini dari aspek kebendaan sahaja. Ianya luas dan memberi maksud yang semesta. Untuk pengetahuan pembaca setakat artikel ini ditulis, E-Maj yang saya tulis telah menerima jumlah download seperti berikut;

Savefile mirror : 423x dengan jumlah pnggunaan bandwidth 8.467GB.
Box.net mirror : 351x
Dan pembaca secara online sebanyak 153x.

**Ini adalah maklumat yang mampu saya trace secara 1st hand. Kiraan yang tersebar secara tak formal, melalui website torrent atau mirror tersendiri tidak termasuk dalam kiraan ini.

Untuk makluman pembaca, E-Maj ini dihasilkan dengan mengeksperimentasikan pelbagai perisian, pelbagai method pendekatan dan pelbagai konsep. Ianya masih bercampur aduk dan saya gabungkan segalanya itu dan terciptalah E-Maj ini. Saya tahu, untuk sesuatu seperti E-Maj ini benar-benar memberi impak perlulah melalui proses kematangan, dan jangka masa yang bukan pendek.

Saya bercerita berkenaan "menerima". Setakat ini ada beberapa orang telah menghubungi saya memberi respon yang pelbagai dan ada yang sudi menyumbang. Saya kagum dengan mereka yang ingin menyumbang. Inilah semangat yanng harus ada kepada bangsa dan warga malaysia. Tidak hanya memikirkan perut, tetapi fokus kepada menyumbang dan cita-cita. Kualiti ini tampak dalam diri rakyat negara maju, tetapi agak asing dalam diri dan mentaliti rakyat negara membangun.

We have to make a change. Either we make history, or we become history!

8 comments:

  1. Wohoo! Dah baca! Terima kasih Zul.

    ReplyDelete
  2. Bila member aku cakap, "ko tahu ape org panggil Melayu yang pakai Linux Ubuntu? MalayuBuntu"

    Aku ingat dia tengah buat lawak, Tak sangka ade blog Melayubuntu hehe.... great ezine, good resource for Ubuntu users.

    ReplyDelete
  3. WoW...Tulisan yang bagus dan menarik. Great job! :) Setidaknya dengan membaca majalah ini dapat memberikan pengetahuan yang lebih jelas tentang apa itu ubuntu bagi user awam.

    ReplyDelete
  4. cantik gila layout bro.. but paling penting isi betul? ok kongat pada kau sebab kau orang malaysia pertama yang but e-majalah percuma ni, aku plan nak post kat blog aku tapi tu la Bat - info Malaya sepantas kilat, aku akan reinform kat blog aku lepas project kita settel. 15 ni kot. kongrat kat aku gak sebab sempat habis baca. sekali lagi terima kasih beb kau banyak bantu orang sebenarnya. just orang malaysia ni tidak tahu melafaskan "terima kasih" walaupun padamasa yang sama "diorang hargai" kerja kau.

    ReplyDelete
  5. @bat : Sama2 bat.Tima kasih gak coz review..huhu

    @Jibone : hehe...melayubuntu mmg ada..hihi..klakar lak dgr cite ko..mmm

    @Jplife74 : Thanks bro!

    @Mr Godam : Haha..xsalah review byk2 bro..hehehe.. Yups, yg pnting isi. Tp aku pntingkan kedua-duanya biar smangat sket org nk baca..hehe

    ReplyDelete
  6. Syukur pd Allah, dapat gak aku jmpe mjlh nih.jenuh aku nk dptkan info utk ubuntu nih.aku dpt tawu aku dnlod dr torenmalaya.mmg aku tercari2 mjlh cmnih.sgt2 berguna.aku pn mmg nk tukar pd ubuntu.cd aku dh order 2mgu lepas.tgk2 dh ader kuar mag nih.klo boleh dpt kuarkan edisi2 yg akan dtg.
    may Allah bless u

    ReplyDelete
  7. wahh..semakin cantik melayubuntu ni....teruskan perjuangan anda...hidup malaysia disamping ubuntu versi malaysia

    ReplyDelete
  8. tabik spring buat bro..aku dah lame ade cd ubuntu nih tp agak kurang yakin utk menginstallnya sbb xjumpe guideline lg..so tunggu 2nd edition e-mag bro pasal dual-boot tu.
    sekali lagi aku tabik

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...