Sunday, May 25, 2008

Me'MELAYU'kan Ubuntu anda

Ada beberapa komen yang saya baca bertanyakan mengenai me'melayu'kan sistem Ubuntu yang digunakan. Me'melayu'kan ubuntu disini bermula dengan mengaktifkan bahasa ibunda kita dalam Language Support.
Untuk mengaktifkan bahasa Melayu anda perlulah membuka Language Support dahulu.

System>Administrator>Language Support

A
pabila sudah dibuka tetingkap Language support, kebanyakan anda mesti muat turun dahulu senarai terbaru. Tetingkap baru akan dibuka bertanyakan untuk memuat turun dan memasang senarai tersebut. Tunggu sehingga proses memuat turun serta memasang selesai.

Apabila telah selesai, dicadangkan anda perlulah ulanghidup terlebih dahulu sebelum menukar bahasa untuk memberi kesan yang dikehendaki. Jarang sistem terbuka meminta untuk ulanghidup tetapi dalam beberapa kes seperti ini, anda mestilah ulanghidup untuk melihat kesannya.

Selepas proses ulanghidup selesai barulah anda boleh memilih bahasa yang dikehendaki dalam kekotak Support Language. Anda cari Malay dan tandakan. Kemudian apply. tunggu sehingga proses muat turun dan pasang selesai. Kemudian barulah anda pilih bahasa yang diinginkan dalam Default Language.



Lakukan sekali lagi proses ulanghidup. Kemudian anda akan merasakan perbezaannya.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...