Sunday, May 18, 2008

Ubuntustory : Kongsikan pengalaman ubuntu anda dengan dunia!



http://www.ubuntustory.com/ Merupakan sebuah laman web yang dibangunkan untuk pengguna ubuntu serata dunia merangkumi semua jenis pengguna untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan ubuntu. Saya tahu dan saya sedar masih ramai antara pembaca blog ini yang masih menyimpan ragu dan tidak yakin dengan potensi yang ada pada sistem operasi sumber terbuka ini. Mungkin laman web ubuntu story ini dapat memberi gambaran yang adil dan meluas tentang apa itu ubuntu dan pendapat mereka yang benar-benar sebagai pengguna ubuntu.

Kate Hudson - Web Designer/Developer
I love the way Ubuntu is so easy to use, there's no worry about
viruses, no defragmenting, no reformatting to get rid of unknown junk
slowing things down. It just works the way I want it to work.
Amir A - Student/Father
I installed Ubuntu because Open Source software is more powerful,
secure, and interesting. Now instead of having trouble running 8
programs at once on windows with 2 GB of RAM i run more than that on 4
desktops covering a cube. I love how easy it is to find and download
new software right through the menu and my son 2 year old son loves the
games I've found on here for him.
Francisco Raygadas - High School Student
Although I was a Windows user for long, I always supported the open
source movement. When I realized everything in my PC was a pirated
copy, I immediately formated it and installed a Linux distribution
called Ubuntu.

When i finished, i felt free. It was easy to use, stable and very good
looking, it was the best OS ever. Now I spread this OS to all of my
family and friends. And now, Firefox is the most popular web browser in
my school.
Ini adalah antara catatan pengguna ubuntu yang saya pilih secara random untuk mengambarkan apa yang terdapat dalam website ubuntustory.com. Untuk mereka yang ragu-ragu saya nasihatkan anda cuba install ubuntu dahulu dan gunakan sebelum membuat apa-apa kesimpulan awal. Thats all =)


9 comments:

  1. Saya baru saja buang Ubuntu dari laptop saya.

    Ia sgt laju, hebat dgn Compiz, dan sgt stabil.

    Malangnya spt yg saya katakan dulu, ianya masih byk membuang masa saya.

    Laptop yg jadi panas tak tentu arah walaupun semua tips (i8k & cpu scaling dsb) diguna, bluetooth, wireless network, camera, hdmi, sleep & hibernate yg bermasalah dan perlukan konfigurasi spesifik - saya ambil keputusan utk tunggu 3-4 tahun lagi sebelum menggunakannya.

    Installation ambil masa dlm 30 minit. Memastikan semua pheripheral anda berfungsi - 3-4 hari jika nasib baik.

    Vista? Installation 45 minit. Pasang semua driver ? 45 minit dan semua peripheral confirm boleh guna. Cool? Tidak. Hebat? Tidak?

    Konfigurasi Ubuntu yg ambik masa lapang & masa tidur saya masih boleh saya terima.

    Tetapi bila laptop saya panas semacam hingga beberapa button tak berfungsi dan saya tak boleh menaip kerana button dan touchpad yg panas membakar, saya ambil keputusan selamat.

    Sebelum apa2 jadi pada laptop saya yg baru 1 bulan dibeli, saya rela gunakan Windows Vista yg slow, kuat makan memori dan tidak se-cool Ubuntu.

    Saya rasa OS yg paling baik ialah OSX oleh Apple. Seperti Ubuntu Linux, ia juga dibangunkan berdasarkan Unix tetapi kerana Apple terlibat dlm pembuatan hardwarenya, pengguna tiada masalah sama seperti yg menggunakan Linux.

    Ubuntu perlu cari jalan untuk pastikan driver2 yg dikeluarkan utk Windows dpt di-translate dan diguna utk Linux. Selagi itu tak berjaya, selagi itulah pengguna Linux dipaksa menjadi mini-sysadmin atau mini-hacker.

    Dan selagi itulah pengguna yg mencuba Ubuntu jatuh cinta sementara tapi akhirnya pulang ke pangkuan Windows.

    Tanpa Compiz, Ubuntu hanyalah spt Linux distro yg lain.

    Saya akan gunakan Ubuntu kalau masih buat programming. Tapi buat masa kini Vista sudah memadai.

    ReplyDelete
  2. @iskandar : aku sedang berfikir apakah jenis laptop yg ko sdang gunakan. maybe housing laptop ko dibuat dr 100% besi menyebabkan ia menyalurkan 100% haba processor keseluruh bahagian housing hingga ke touchpad. aku jugak sedang berfikir adakah laptop aku xda system penyejukkan atau lnsung xdibekalkan kipas atau apa2 yg boleh sejukkan system..

    yang paling best aku fikir ialah, windows vista dalam laptop ko mungkin lansung x menaikkan haba processor dan menyebabkan laptop ko dingin sentiasa..

    ok babe...lets face the fact.

    aku bukan dibayar oleh canonical utk mengatakan ubuntu ni lg bagus bla bla bla...aku jugak cuba xbesarkan cerita ttg kebagusan ubuntu berbanding sistem operasi lain..atau dgn kata lain, sistem operasi manapun yg paling bagus, ia xde kene mengena dgn kehidupan aku..

    aku ada sbijik macbook(leopard), sbijik laptop vista preinstalled dan sbijik desktop xp preinstalled. aku guna windows dgn begitu lama, dan kemudian beralih kpd ubuntu. aku rasa aku layak untuk kata dan tulis ttg kebagusan leoaprd atau vista atau xp. tp kalau aku tulis mengenai kebagusan sistem operasi berbayar yang aku mampu miliki, aku telah tidak adil terhadap mereka yg xmampu miliki...aku orang melayu yg berasal dr kesusahan dan aku xnak lagi melihat bangsa aku trus berlutut menggunakan sistem operasi ciplak atau berbayar dan mengkayakan bangsa lain dan menghinakan bangsa sndiri..

    mgkin mentaliti aku dan mentaliti ko berbeza sbb aku datang dari ceruk yang mungkin ko xpernah kenali..tapi babe, satu bnda je aku nak ko buat..

    "kalau ko xboleh jadi garam yg memasinkan ikan, boleh xjgn jd lalat yg membusukkan ikan"?

    aku tahu ko mampu miliki vista dan ko berhak ckp vista is the best... ia terpulang, tetapi kebenaran sedang tercipta.

    ReplyDelete
  3. $ hak masing-masing.
    $ **hanya pemerhati**

    ReplyDelete
  4. MelayuBuntu,

    Ini bukanlah kali pertama saya menggunakan Linux. Dan saya juga bergelumang dgn Solaris selama 4 tahun dari tahun 97 lagi.

    Saya telah gunakan Red Hat, Debian dan Mandrake dari 97-2001.

    Jika saya beranggapan bahawa Linux itu tidak bagus, kenapa saya menggunakannya begitu lama ?

    Dan jika anda lihat komen2 saya diblog saudara ini, saya mengatakan bahawa ianya pantas dan hebat.

    Walaubagaimanapun, kritikan saya terhadap Ubuntu saya kira menyinggung hati beberapa pihak.

    Kritikan saya ialah pada sistem Ubuntu yg diwar-warkan di segala pelosok internet sebagai alternatif pada Vista/Vista killer/ready utk pengguna biasa.

    Saya bukan saja mengkritik tapi pd masa yg sama saya memberi idea bagaimana ia boleh menjadi lebih baik.

    Jika saya seorang anti-Linux, saya akan menghentam tanpa memberi idea/solution pada masalah.

    Bila anda kata saya berhak utk "ckp vista is the best", saya terkejut.

    Lihat 3-4 komen saya dlm blog ini. Saya tidak pernah mengatakan Vista itu bagus - dan atas sebab itulah saya tidak faham mengapa anda agak marah dgn komen saya pada post ini.

    Anda seolah2 menuduh saya menipu apabila saya mengatakan laptop saya panas apabila menggunakan Ubuntu.

    Jika saya membuat2 cerita, moga Allah balas saya atas penipuan itu.

    Saya faham yg saudara berpengalaman dgn vista, osx dan linux dan layak bercerita mengenainya.

    Saya hanya memberitahu masalah yg saya hadapi dgn Ubuntu dari sudut pandangan seorang pengguna baru Linux.

    Meninggalkan Linux selam 7 tahun dan mencubanya kembali dgn Ubuntu yg dikatakan Vista killer agak mengecewakan saya.

    Itu saja.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Zul,mintak izin untuk mencoretkan sesuatu di dalam ruangan ini.

    Merdekakah diri kita kalau kita cepat membuat tanggapan negatif terhadap sesuatu?

    Adakah kita jenis tidak menghargai sesuatu yang percuma dan mula menghargai apa bila ia berbayar?

    Bila kita nak berubah sekiranya kita tidak dapat menerima sesuatu itu secara terbuka dan perlukah kita berfikiran sempit dalam keadaan sehala?

    Kenapa kita tidak mengambil dan menerima sesuatu itu dari sudut positif?

    ReplyDelete
  6. @iskandar: ubuntu kadang2 memang ad prob sikit ngan suhu ni..tapi jangan takut.aku akan cuba untuk mencari penyelesaian menurunkan suhu.aku pernah terbaca ttg benda ni.aku tau aku xsehebat anda untuk mengagung2kan os mana.tapi aku skang da jd fulltime linux user berbanding wondows pada beberapa bulan lepas

    ReplyDelete
  7. Dengan Ubuntu, saya tak perlu cari driver disk, download driver.
    Semua hardware saya berfungsi 'Out-of-the-Box'. (Kecuali WinModem. Tapi zaman sekarang dah tak pakai modem)
    Dengan XP, saya perlu download/install
    1. Audio Driver
    2. VGA Driver
    3. Wifi Driver
    4. Motherboard
    5. Modem
    6. USB 2.0 update
    7. Touchpad (fungsi scroll)
    8. Network

    Sekarang saya dual boot kerana Illustrator dan InDesign (dan Gunbound).
    Selain daripada tu, Ubuntu All The Way!!!

    ReplyDelete
  8. Saya pengguna baru ubuntu. Tak reti apa2pun pasal programming benda alah ni. Saya cuba bertukar kepada ubuntu 100% (kecuali kat opis sebab opis guna windows) tapi tak reti nak wat camne bila ada masalah. Masalah skang aku guna Celcom Broadband guna modem k3565 tapi ubuntu detect gsm je. Aku nak suruh bos aku je la yang configure utk aku kalau2 dia reti. Kalau tak, wat pekasam je la laptop lama tu.. Aku amat sukakan ubuntu cuma tak reti kalau jadi camni. Aku amat menantikan ubuntu jadi super user-friendly.

    ReplyDelete
  9. salam... sy juga pengguna ubuntu y latest. bagi masalah u install broadband Alhamdulillah xda mslah... smue die dh bg sme de kte nk plih celcom, digi or mxsis... tpi klu kte nk tau smue 2 kte kne usha u mncari jln pnyelesaian.. kita x blh bile dpt 1 mslah kte trus kte OS ni x bgus.. ape y pnting u mmilih OS mne y kte nk sme bgntu pde kite sndri..

    bagi penggunaa Photoshop juge ade y boleh install dkat ubuntu seperti photoshop cs2... tpi skrg ni sy tgh mencari2 klu2 ade y blh install indesign n illus dlm ubuntu ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...