Saturday, May 10, 2008

Masalah berkaitan PulseAudio dalam Hardy Heron


Dalam ubuntu hardy heron, saya perasan terdapat beberapa masalah yang timbul (atau bugs) berkaitan dan sound. Pernahkah anda mengalami masalah seperti;
  • Bunyi tidak keluar apabila cuba memainkan sesuatu video atau audio flash dalam browser firefox
  • Video playback yang lembab pada MPlayer semasa play video
  • Ketika memainkan video atau audio flash pada browser, output audio tidak keluar pada MPlayer apabila cuba memainkan audio atau video
Ianya merupakan bugs paling merimaskan setakat ini sejak saya menggunakan ubuntu hardy heron. Kemungkinan besar kesemua masalah ini adalah disebabkan oleh ciri PulseAudio yang mula diperkenalkan didalam hardy heron. Menurut Arstechnica dalam review tentang hardy heron, masalah ini akan selesai dengan sistem update yang akan tiba july ini.

Namun saya tidak ingin menunggu sehingga july untuk mengatasi masalah ini. Lalu saya terbaca dalam blog tombuntu merangkap laman blog kegemaran saya, nampaknya sudah ada sinar penyelesaian bagi masalah ini. Sejauh mana ia menyelesaikan saya tidak pasti tetapi saya memilih untuk mencuba. Hasilnya sejak saya mempraktikkan trick tersebut, masalah diatas tidak lagi muncul (setakat ini). Caranya ialah dengan menginstall apa yang dinamakan libflashsupport dengan cara memasukkan command berikut kedalam terminal
sudo apt-get install libflashsupport
Saya berharap ianya menjadi.

1 comment:

  1. Yerp ni terjadi dekat Heron aku. Aku tak ingat camne aku fix. Yang pasti aku uh, install Lib/flash player version lama. Then tetiba Ubuntu prompt untuk update ke baru. Then bila aku dah update ke baru. Dah leh dengar suara dekat Youtube. Haha!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...