Sunday, May 25, 2008

Mengurangkan Kadar Penggunaan Elektrik dalam Ubuntu

Power top merupakai satu utiliti yang dibangunkan dibawah platfom INTEL, walaubagaimanapun saya menggunakan AMD Turion64x2 masih berjaya mengunakannya. Utiliti ini direka untuk memenuhi tuntutan pengguna yang ingin melihat utiliti yang menggunakan kuasa yang lebih berbanding utiliti lain dalam sistem Ubuntu anda. Kelebihan berpihak lebih kepada komputer riba(laptop) dalam menggunakan kuasa bateri secara optimum,bukan secara membuta tuli. Walaupun begitu, penggunaan komputer peribadi masih boleh menggunakan dalam belanjawan mengurangkan bil-bil elektrik rumah anda yang saban hari membelenggu pemikiran.

Jika ingin menngunakan utiliti ini,anda perlulah memasang utiliti Powertop yang boleh didapati dari Synaptic Package manager.
Tidak tahu memasang utiliti dari Synaptic Package Manager??
Sila ikut langkah-langkah berikut:
1. Buka Synaptic Package Manager(system>administration>synaptic package manager)
2. Gunakan Option Cari(search) untuk mencari utiliti Powertop

3. Tandakan(tick) untuk menaiktaraf(upgrade)

4. Klick Apply
5. Synaptic akan memuat turun fail-fail yang perlu untuk proses memasang. Tunggu sehingga proses selesai

6. Kemudian Synaptic akan memasang utiliti sehingga selesai secara automatik

7. klik Close apabila semua telah selesai.


Untuk menggunakan Utiliti Powertop ini,anda dikehendaki menggunakan terminal. Dinasihati melalui keistimewaan root, walaubagaimanapun, meggunakan user lain juga dibenarkan,tetapi beberapa kelebihan tidak dapat digunakan dalam utiliti ini.

Larikan powertop dalam terminal:

sudo powertop

Powertop akan mengumpul data dari sistem anda. Ia akan menunjukkan utiliti mana yang menggunakan kuasa lebih berbanding utiliti lain, dan pada masa yang sama, anda boleh mengoptimumkan sistem anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...