Sudah hampir 6 bulan (genap pada 20hb5) blog melayubuntu ini terbang dialam maya. Sepanjang 6 bulan itu, banyak benda yang saya pelajari dan banyak benda yang bertukar menjadi pengalaman dan memori yang akan saya bawa ke masa depan. Sebanyak benda itu jugalah saya warnakan dengan percubaan dan eksperimen yang kemudiannya menjadi buku teks yang antara paling penting dalam hidup saya. Mereka berkata "life is not about finding yourself, life is about creating yourself". Sekurang-kurangnya sepanjang 6 bulan ini saya semakin memahami apa yang tersirat dalam kata-kata mereka tersebut.
Sepanjang pengalaman saya, antara sebab mengapa pengguna enggan beralih kepada ubuntu (secara total atau dual-boot) ialah;
Namun, akankah anda beralih kepada ubuntu 2 tahun lagi apabila versinya 10.04 LTS dilancarkan dan katakan versi itu dapat menyelesaikan semua (atau sekurang-kurang 50%) isu yang timbul diatas?
Saya suka berpijak dibumi nyata yang tidak cuba memperbesarkan benda yang kecil. Pengalaman saya menggunakan 3 sistem operasi iaitu windows, mac osx, dan ubuntu telah saya jadikan sebagai sandaran untuk merumuskan perkara berikut;
Di Malaysia, suasana agak berbeza dengan di negara maju. Jika anda pengguna windows, dan mac osx yang kebanyakkan perisiannya adalah dalam bentuk berbayar, bagaimana rakyat malaysia yang kebanyakkannya tidak mempunyai kad kredit mahupun akaun paypal itu boleh mendapatkan perisian tadi secara legal? Kerana itulah aktviti cetak rompak berleluasa yang saya kira bukan disebabkan sikap ingin menggunakan cetak rompak tetapi kemudahan mendapatkan yang original itu tiada.
Sebab itulah saya melihat peluang ubuntu sebagai sistem operasi ideal untuk pengguna komputer biasa di Malaysia umpama matahari yang bercahaya. Mengalakkan orang malaysia menggunakan ubuntu secara tidak lansung akan mengurangkan pengantungan kepada perisian cetak rompak dan seterusnya akan meningkatkan kadar celik IT bagi rakyat malaysia. Saya memilih untuk berfikir begitu...setidak-tidaknya saya percaya ia sepatutnya begitu. Pembaca pula bagaimana?
Sepanjang pengalaman saya, antara sebab mengapa pengguna enggan beralih kepada ubuntu (secara total atau dual-boot) ialah;
- isu compatibility - banyak perisian dalam windows tidak mempunyai altenatif yang kompetitif dalam ubuntu
- isu pengetahuan - di malaysia kekurangan rujukan dan tempat untuk bertanya jika timbul masalah dalam ubuntu
- isu kemudahgunaan - untuk connect wireless dan beberapa task tertentu masih lagi memerlukan pengguna melalui proses textual interface yang menyusahkan dan menyulitkan
- isu persekitaran - semua orang disekeliling menggunakan windows dan pengguna tidak mahu menjadi orang yang pelik
- isu sosial - dia dengan awek dia ni selalu sangat berwebcam so kalau guna ubuntu takde ym dan susah nak berwebcam
- isu game - "gua sejak lahir lagi memang xleh hidup klu xmain game beb. klu gua guna ubuntu susah arr nak main game. lu bleh arr cakap lu xmain game"
- isu gampang - "weiii gua orang kaya la. apa barang guna sistem operasi percuma nih. buang karang jer"
Namun, akankah anda beralih kepada ubuntu 2 tahun lagi apabila versinya 10.04 LTS dilancarkan dan katakan versi itu dapat menyelesaikan semua (atau sekurang-kurang 50%) isu yang timbul diatas?
Saya suka berpijak dibumi nyata yang tidak cuba memperbesarkan benda yang kecil. Pengalaman saya menggunakan 3 sistem operasi iaitu windows, mac osx, dan ubuntu telah saya jadikan sebagai sandaran untuk merumuskan perkara berikut;
- Jika anda ingin membuka perniagaan yang serius, setakat ini sistem operasi yang terbaik ialah windows.(kecuali bisnes yang melibatkan networking dan server)
- Jika anda berkerja dalam bidang designer atau photographer atau yang berkaitan dengan sistem visual maka yang terbaik untuk anda mungkin mac osx.
- Jika anda menggunakan komputer untuk kegunaan peribadi seperti melayari internet, mendengar muzik, menonton movie, mendownload dan seumpamanya, yang terbaik ialah ubuntu.
Di Malaysia, suasana agak berbeza dengan di negara maju. Jika anda pengguna windows, dan mac osx yang kebanyakkan perisiannya adalah dalam bentuk berbayar, bagaimana rakyat malaysia yang kebanyakkannya tidak mempunyai kad kredit mahupun akaun paypal itu boleh mendapatkan perisian tadi secara legal? Kerana itulah aktviti cetak rompak berleluasa yang saya kira bukan disebabkan sikap ingin menggunakan cetak rompak tetapi kemudahan mendapatkan yang original itu tiada.
Sebab itulah saya melihat peluang ubuntu sebagai sistem operasi ideal untuk pengguna komputer biasa di Malaysia umpama matahari yang bercahaya. Mengalakkan orang malaysia menggunakan ubuntu secara tidak lansung akan mengurangkan pengantungan kepada perisian cetak rompak dan seterusnya akan meningkatkan kadar celik IT bagi rakyat malaysia. Saya memilih untuk berfikir begitu...setidak-tidaknya saya percaya ia sepatutnya begitu. Pembaca pula bagaimana?
Assalamualaikum WBT,
ReplyDeleteZul,
Terima kasih di atas usaha memperkenalkan OSS kpd masyarakat Malaysia dan penyampaian dalam Bahasa Melayu.
Diharapkan kepada yang berminat untuk beralih kepada Linux,mungkin ia merupakan sesuatu yang asing bagi anda semua di peringkat awal transformasi dan saya menyarankan jangan cepat membuat tanggapan negatif akan tetapi jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melangkah lebih jauh.Bagi saya,ini merupakan salah satu cabang ilmu yang bermanfaat buat kita semua.
teruskan usaha anda!
sekian,terima kasih
Waalaikumussalam WBT
ReplyDeleteWah otai ubuntu komen blog aku..huhu
Trimas2 sbb jenguk kesini.
=)
Walaupun Ubuntu diwarwarkan sebagai Vista killer, saya tidak bersetuju.
ReplyDeleteVista walaupun tidak sehebat yg dihebahkan Microsoft, masih satu OS yg mesra pengguna. Nak connect ke internet wired atau wireless mudah, kebanyakan peripheral boleh diguna out of the box.
Pengguna Linux kena faham yg tak semua orang mahu tahu/godek OS mereka.
Kebanyakan hanya mahu satu OS yg berfungsi dan senang diguna.Lantaklah kalau ia makan memory macam org gila.
Selagi Ubuntu masih perlu digodek menggunakan terminal hanya utk connect ke internet/aktifkan bluetooth mouse, selagi itulah ianya bukan alternatif baik utk Windows.
Walaupun Linux dah berkembang hebat, ia masih bukan alternatif baik utk pengguna biasa (yg hanya mahu edit dokumen, surf internet, transfer gambar dari digital cam tanpa perlu godek kernel, pergi ke forum utk cari penyelesaian masalah, atau pakai terminal)
Ubuntu lebih laju dan stabil. Tapi ia juga membuatkan laptop saya lebih panas (walaupun selepas gunakan i8utils dan CPU Freq Scaling), sleep & hibernate tak berfungsi betul, dan hanya boleh connect ke Streamyx selepas saya gunakan pc lain (yg ada access internet) utk cari command bagaimana nak connect ke broadband.
Mesra pengguna ? Tidak
Ubuntu tak sehebat yg diwar-warkan. Ia gempak tapi masih jauh dari mesra pengguna.
Oh ya, saya gunakan Linux dari 1997-2003. Dari 2003-2008 Windows sudah mencukupi. Sekarang sedang mencuba Linux kembali.
Hi Zul,
ReplyDeleteKalo di sini bukan masalah ketersediaan software legal,yang menjadi masalahnya yaitu ketidakmampuan membeli software legal yang harganya sangat mahal dikarenakan perbedaan kurs mata uang yang sangat jauh antara Dollar US dan Rupiah ....hehehe makanya pakai aja Ubuntu yang gratis... :D
bro,
ReplyDeleteaku agak setuju dgn apa yg iskandar ckp. aku pernah pakai linux. tp sbb aku ni buta IT, maka aku boring ngn linux. lgpn ms tu, aku xde rujukan.
aku lebih prefer windows n mac os
@iskandar : ahha..aku terlupa bab mesra pengguna. aku dah tambah dah. mksud aku bile smua isu yg aku listkan tu settle. skrg ni bluetooth pun dan beralih kepada GUI..ni br 2008. xmustahil 2010 nnti smua 2 akan beralih kpd GUI kan?
ReplyDelete@jolife : yang mahal mmg ada tapi kadang2 kita tak perlukan perisian yg mahal.jika anda pgguna mac osx tanpa perisian open source ssh nak cari perisian tertentu yg percuma.
@syam : haha... ssh nk trangkan. sbb aku lg suka ubuntu dlm situasi aku.
salam semua.
ReplyDeletesaya pun pengguna linux juga dahulu.mmg diakui susah jugak lar nak godek2.kadang hard disk takleh detect sampai nak kena compile kernel.berdarah hidung jugak lar nak compile kernel
nak pakai thumdrive or apa-apa device nak kena mount lar...itular...inilar..byk songeh.
tapi dengan ubuntu saya takder semua masalah tuh.(setakat hari nie lar).dengan graphic yg menarik.kalau diperhatikan,add/remove program yg ada dlm ubuntu sangat menarik sebenarnya.
having said that,betul lah kata iskandar dan syam,tak semua org sesuai pakai ubuntu.biasalah..semua benda ada kelebihan kekurangan kan.
ok.peace. :)
$ IMO, Sistem operasi akan bersaing didalam pasaran yang sihat. Belum tentu Ubuntu akan menguasai pasaran desktop. Mungkin ubuntu(sistem operasi sumber terbuka yang lain pun), windows dan operasi sistem keluaran apple/mac akan bersaing sesama mereka. Mungkin ubuntu akan menguasai pasaran server, windows pasaran desktop user dan mac pasaran multimedia.
ReplyDeleteIni semua bergantung kepadaa keperluan dan kehendak pengguna. Semua ni juga bergantung kepada teknologi masa hadapan. Mungkin masa tu hardware dah maju. Teknologi berubah sangat cepat. Kita tak boleh pertikaikan.
"Makcik dgn pakcik kat kampung aku ni cuma tahu taip kat microsoft office"
"Staff-staff kat office ni cuma tahu guna excel, word dengan ubs accounting"
Fikirkan lah ini dahulu sebelum kita mampu menjadikan ubuntu dan sistem operasi sumber terbuka sebagai satu keperluan asas.
Satu yang saya mahu perkatakan, kita sukar nak ubah mind masyarakat melainkan mereka sendiri yang mengubahnya
Apa-apapun, aku support untuk debian etch..huhu
Regards,
Mustakim Ahmad
satu2nya perkara yang menghalang aku berpindah ke linux ni adalah sebab aku tak dapat lagi cari cara nak guna wireless broadband aku. tapi aku tetap akan cari gak caranya, tak perlu tunggu 2 tahun utk aku berubah kepada OS open source ni.
ReplyDeletelagipun aku, kalau boleh, memang sedaya-upaya nak elak perisian cetak rompak ni. bukan sebab etika je, tapi dari segi keberkatan. susah penat software developer tu buat macam2 software, kita senang2 guna yang pirate. lebih baik guna yang free dan Open Source, berkat pun ada.
teruskan usaha zul, dalam perjuangan ko.
oh ye, nanti aku letakkan e-maj ko dalam website aku. aku baru perasan yg aku tak promote lagi e-maj tu, erk.
@mustakim : ahha...aku rasa klu suh makcik pakcik guna openoffice pun derang reti..xsemestinya apa yg derang biasa je derang reti...aku prcaya yg kita bleh ubah mind set orang malaysia klu kita komited nak buat...klu aku xpercaya pada smua tu siyes aku xkan bazirkan masa aku utk smua ni...
ReplyDelete@mk : haha..ok bro...tggu 2 thn lagu.. masa 2 xyah dah guna command line utk settup 3G broadband..ahah..aku harap cam 2 la... btw thanks 4 ur support!
$zul, mungkin kita boleh ubah dengan perlahan-lahan
ReplyDelete1. kita mulakan open source software dalam windows spt firefox,gimp,openoffice.org, vlc dan sbgnya.
2. mulakan dari sekolah rendah.macam mana nak mulakan idea ni?pasang ubuntu kat sekolah2?negara yang dah mulakan benda ni tak silap aku, china.
Kepada sudara Iskandar "dan hanya boleh connect ke Streamyx selepas saya gunakan pc lain (yg ada access internet) utk cari command bagaimana nak connect ke broadband."
ReplyDeleteItu sy tidak bersetuju...mungkin hanya SAUDARA SAHAJA connect ke Streamyx selepas saya gunakan pc lain (yg ada access internet) Sila rujuk di sini kaedah penyambungan Streamy
http://www.mydungun.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=69
Rasanya lagi mudah kerana Ubuntu akan connect secara automatik apabila internet terputus tanpa mengeluarkan sebarang alert windows ,malah ubuntu akan membuat connection secara juga secara automatik apabila pc@ laptop direboot atau di on kan.
Yang lain-lain tu...ada la benarnya. Linux hanyalah untuk meraka yang suke menggodek komputer.
Contohi langkah kerajaan negeri Terengganu yang sekarang ini sedang merencanakan program ke arah perisian terbuka. Pejabat-pejabat kerajaan negeri Terengganu akan di install dengan OpenSuse. Dan sekarang ini latihan dan penerangan berkaitan Linux OpenSuse kian giat dijalankan... layari http://www.bescomm.net.my
@mustakim : aku dh mulakan dgn blog ni & ngan emajalah.. aku xckp psl "akan" tapi aku sdang usahakan kearah tu..lakukan yg terbaik atas apa yg kita percaya boleh berlaku...tu prinsip yg kita perlu pegang. =)
ReplyDelete@en.lanun : beb..kerajaan trg guna suse ker?? ahaks...bleh la aku masuk daun nnti..wakaka... lanun, ke ko dh masuk daun dah???
Senang Citer Long Live Ubuntu !!
ReplyDeleteI Love IT !!!!!
En. Lanun,
ReplyDeleteSaya setuju yg Ubuntu lebih baik dari segi networking - itulah hall of fame utk Unix based OS.
Tapi merujuk pada masalah streamyx connection, mengapa perlu seorang yg baru install Ubuntu (dan tak tau apa2 mengenai terminal/command) buka terminal dan gunakan command "sudo pppoeconf" ?
Apa guna menu Administration yg ada beberapa Network tools. Mengapa takleh setup dari sana saja?
Ubuntu perlu membuat satu splash page mcm Windows bila ia pertama kali di-install utk memudahkan pengguna memahami sedikit sebanyak/melakukan beberapa perkara penting spt internet connection, setup sound,bluetooth, camera dll. Dan tunjukkan beza cara penggunaannya berbanding Windows, tunjuk juga penggunaan Help Pages (yg agak inferior) ataupun man command.
Ia perlu dilaksanakan jika ia benar2 berhasrat mahu jadi satu alternatif pada Windows dan memikat pengguna Windows berhijrah.
Seperti saya katakan dulu, ianya sangat hebat berbanding Vista. Tapi masa yg diambil utk pastikan semua hardware anda boleh digunakan bergantung kpd nasib. Kadang2 you dah RTFM byk kali masih takde solution.
Ia hebat, tapi belum bersedia utk jadi satu desktop OS bagi pengguna biasa buat masa ini.
Itu pandangan ikhlas saya saja. Jika anda tak bersetuju, hantarkan saja komen saya ini ke /dev/null
$ satu hari nanti ubuntu,windos dan osx setra *nix yg lain saling memerlukan.
ReplyDelete$ baru beli majalah LFY. ada FreeBSD7. Belum cuba lagi. Anybody use *BSD?
@Iskandar : Pokok pangkalnya kembali kepada asas. Kepada mereka yang mahu menggunakan linux sudah tentu telah survey terlebih dahulu tentang Linux..ataupun merujuk kepada rakan-rakan yang arif tentang Linux.
ReplyDeleteBukannya terus install linux dengan membuta tuli ( malahan cara install pun tak tahu). Begitu juga dengan windows...takkan la sambung modem terus automatik dapat surf internet? Mesti create Internet Conncection terlebih dahulu...sudah tentu kena belajar juga kan? Mustahil rasanya walaupun Windows terkenal dengan "user-friendly"nya seseorang yang pertama kali menngunakan komputer terus dapat membuat sambungan internet tanpa merujuk mana-mana sumber.
@Iskandar : Namun demikian...Linux terdapat peminatnya yang tersendiri. Linux berada didalam dunianya tersendiri.
ReplyDeleteApabila saya mengunakan UBUNTU ada diantara rakan-rakan sy memperlekehkan sy dengan mengatakan Ubuntu adalah bukan Linux yang sebenar.(Nampaknya mereka bangga dengan benda-benda yang lagi susah)Mereka masih berbangga dengan Debian dan juga Fedora (Redhat).
Linux sebenarnya mempunyai interface yang mudah seperti window. Anda boleh mencuba distro Mandriva mahupun Mephis.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat Saudara Syahid tentang penggunaan OS Ubuntu di gunakan secara meluas bagi mengelakkan penjualan OS yang cetak rompak berleluasa. dan juga, saya ingin berterima kasih kepada Saudara Syahid sebab memberi idea pada saya tentang kegunaan setiap OS yang nada rumuskan dalam post ini. Saya sangat mengagumi OS Ubuntu sebab graphicnya lebih hebat dari window XP, namun saya agak kecewa sebab Product2 Adobe spt Flash, Dreamweaver, Photoshop, & Illustrater untuk versi terbaru (CS3) masih tidak boleh digunakan dalam OS Ubuntu.
ReplyDelete