Dalam sistem operasi Mac OSX, dock berfungsi sebagai pelancar (launcher) kepada perisian dan mempamerkan perisian yang aktif dan tidak aktif. Dalam dock versi leopard, fungsi stack ditambah kepada dock dan menjadikan capaian kepada file dalam folder tertentu semakin mudah. Apa yang menyebabkan dock lebih digemari berbanding fungsi panel atau bar yang statik ialah, keanjalan dan animasi pada dock itu sendiri.
Dalam ubuntu dan kebanyakkan sistem operasi linux lain, terdapat 2 jenis dock yang popular. Ianya Avant-Window-Navigator (AWN) dan Cairo Dock. Kedua-duanya telahpun merealisasikan ciri-ciri dock yang terdapat dalam mac osx leopard kedalam ubuntu (linux). Dan masa untuk memilih tiba.
Dalam blog ini, saya banyak bercerita tentang AWN dan agak jarang bercerita tentang cairo dock. Namun, satu video telah menyebabkan saya terpegun dan saksikan;
Jika anda pengguna AWN dock, anda faham perbezaan antara kedua-duanya sekarang. Ternyata Cairo Dock telah memintas AWN dari segi keanjalan dan efek animasi pada dock. Selain itu, proses installasi cairo dock yang lebih mudah dan tidak mengelirukan menyebabkan saya mengubah fikiran untuk mengatakan, cairo dock adalah yang terbaik untuk ubuntu.
nak tanyala.. mcamana nak uninstall slpas kita install cairo dock.. sbb xde kat add/remove..
ReplyDelete@Are RicH K : Guna Synaptic Package Manager dalam system > administration.
ReplyDeletepastu search cairo-dock then mark for uninstallation. Clear?
berita faham... done.. da uninstall da.. thnks bro... :D
ReplyDeleteUntuk yang tiada grafik kad untuk menyokong dock di atas, boleh ikut guide sy di http://linux-guider.blogspot.com/2008/08/how-to-install-dock-on-linux-without.html
ReplyDeleteTopiknya dan tajuknya bahasa inggeris tapi kira simple la, mudah faham.
Sipa kata tanpa grafik kad kita tak boleh guna AWN?? saya dah berjaya