Cairo-dock 1.6.3.1 + Ubuntu = CUN!
Saya tidak begitu berminat dengan cairo-dock beberapa waktu dahulu kerana berbanding dengan cairo dock, saya lebih sukakan AWN (Avant-Window-Navigator) . Hari ini, selepas mengikuti dokumentasi pemasangan cairo-dock oleh komuniti ubuntu disini , saya nekad mencubanya sekali lagi. Oleh kerana saya sudah mempunyai versi sebelumnya sebelum ini, saya perlu remove (sudo apt-get purge cairo-dock) dan install cairo-dock yang baru memakai no versi 1.6.3.1 (jangan takut dengan anka!). Installasi berjalan sempurna dan selesai sahaja proses tersebut saya boleh melancarkan cairo-dock dengan pergi ke pilihan menu System Tools atau Alt+F2 dan masukkan cairo-dock. Tanpa konfigurasi apa-apa, paparan cairo-dock 1.6.3.1 seperti berikut; Paparan dock berbentuk curve dengan lenturan ala-ala mac osx, ditambah dengan beberapa applet lain iaitu workspace switcher yang terletak pada desktop berserta applet trash, sys monitor, cpu dan clock, sungguh menarik dan berguna tanpa perlu memasang banyak aplikasi lain...