Secara sedia adanya, ubuntu sudah dilengkapi dengan perisian yang cukup lengkap dari pelbagai segi. Namun begitu, bagi seorang pengguna seperti saya yang inginkan lebih dari itu (dan saya menganggap anda seperti saya), sudah tentu disana terdapat beberapa lagi perisian yang wajib ada untuk melengkapkan lagi keperluan saya terhadap hidup berkomputer. Saya senaraikan;
1.Swiftfox
(Klik untuk membaca ulasan saya sebelum ini). Pelayar laman web yang menjadi klon kepada firefox. Ianya berkongsi konfigurasi fail yang sama dengan firefox dan bermakna, setiap plugins, extentions, bookmarks, dan caches adalah dikongsi bersama dengan firefox. Kelebihan swiftfox ialah, ianya dibina khas untuk processor tertentu dan menyebabkan ia lebih pantas dan ringan berbanding firefox.
Darjah saranan:4/5
Cara Install:Download dari internet
2.Thunderbird. Walaupun ubuntu sudah terinstall evolution(klik untuk membaca ulasan saya) secara sedia ada, namun saya tidak begitu mengemarinya kerana proses setting email padanya agak rumit. Thunderbird sudah sangat terkenal bukan sahaja sebagai perisian pengendali email malah sebagai rss reader yang cekap. Dilengkapi dengan pelbagai add-ons yang dibangunkan oleh komunitinya yang besar menambahkan fungsi perisian hebat ini.
Darjah saranan:4/5
Cara Install:Add&Remove Applications
3.gThumb. Jika anda inginkan image viewer yang lebih dari sekadar mempamerkan image, gThumb adalah pilihannya. Fungsi select area & crop, menukar format image, rotate image, black&white, saturation effect dan banyak lagi fungsi tambahan lain. Ianya sesuatu yang pasti anda sukai!
Darjah saranan:5/5
Cara Install:Add&Remove Applications
4.VLC.Campakkan apa sahaja kedalamnya dan ia akan play.Itulah pemain video VLC.Dimana sahaja, dalam platform apa juapun, perisian ini adalah wajib dimiliki!
Darjah saranan:5/5
Cara Install:Add&Remove Applications
5.Songbird. Satu fungsi yang menyebabkan saya menyenaraikan perisian ini disini ialah ia mampu mencari lagu di internet dan memainkannya secara online atau memuatturun kedalam komputer. Selain itu, perisian ini juga seperti firefox yang mempunyai add-ons dan skin yang customizable (boleh diubah-ubah).
Darjah saranan:3/5
Cara Install:Download dari internet
6.Ksnapshot. Bagi penulis blog seperti saya, membuat screenshot adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Disana ada Take Screenshot, tetapi saya tidak begitu menyukainya kerana keterbatasan fungsi. Menerusi empat pilihan screenshot mode (iaitu fullscreen, window under cursor, region dan section of window), dan hasil screenshot yang boleh dipreview, copy to clipboard dan di pass ke tempat lain sebelum disave menjadikan perisian ini lebih advance berbanding Take Screenshot yang bagi saya terlalu simple.
Darjah saranan:4/5
Cara Install:Add&Remove Applications
7.gtk-recordMyDesktop. Jika anda ingin mengambil video desktop untuk dikongsi bersama rakan-rakan, inilah perisiannya. Tidak ada apa yang lebih dan tidak ada apa yang kurang. Sekadar mengambil video desktop!
Darjah saranan:4/5
Cara Install:Add&Remove Applications
8.RssOwl. Anda suka membaca blog tetapi tidak mahu menghabiskan masa mengunjungi blog yang tidak diupdate. RssOwl merupakan perisian feed reader (seumpama fungsi thunderbird ke2) yang bagi saya agak advance dan menarik. Sila klik link diatas untuk membaca ulasan saya berkenaan perisian ini.
Darjah saranan:3/5
Cara Install:Download dari internet (Anda perlu install sun java 6 terlebih dahulu)
9.Minbar.Perisian memperingatkan waktu sembahyang ini adalah sesuatu yang wajib dimiliki bagi orang islam yang menghabiskan kebanyakkan masa sehariannya didepan komputer. Sila klik link diatas untuk membaca ulasan saya berkenaan perisian ini.
Darjah saranan:5/5
Cara Install:Add&Remove Applications
10.Advance Desktop Effects Settings. Anda ingin customizekan efek compiz fusion tetapi tidak tahu bagaimana? Ini adalah penyelesaiannya. Saya tidak ada idea tentang bagaimana untuk ubah setting compiz fusion tanpa perisian ini.
Darjah saranan:5/5
Cara Install:Add&Remove Applications
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
Hu thank zul. kau sudah singkatkan masa pencarian aplikasi di ruang tapak uBuntu. bapak mengantuk lagi semua program aku dipasang separuh jalan lagi.. satu lagi blogger sekarang boleh menggunakan Google Analytics, untuk membuat semakkan statik kemasukkan pembaca setiap hari, cuma fasa Blogger Analytics tertutup ni di tapak Blogger/blogspot. seperti di platform Wordpress.. just nak kongsi kalau kau dah tahu abaikan. jom tido
ReplyDeleteDaku mengalami pengalaman menggunakan sudo secara banyak dan mendalam pada minggu ini. Oh, begitu rupanya ubuntu. KAt bilik x boleh nak sudo sebab wireless x cukup kuat. :p
ReplyDeletehye... sowie lame tak komen... ader bekunjung sekali dua.. tak sempat nak komen berikutan wireless connection yang lembab banget kat kolej... and musim final exam skang ni... ni baru jer lepas paper Management... pasni ader 2 paper lagi (Calculus & Data structure).. pening-pening... berikutan pertanyaan tentang wireless tu... saye tak pakai external... saya memang pakai internal wireless kat laptop.. jadi tak der nak setting pun...
ReplyDeletetopik menarik!
ReplyDeleteaku rasa aku perlukan lebih dari itu untuk beri komitmen sepenuhnya kepada ubuntu.
p/s: cadangan utk lakukan dual boot agak menarik. selain wubi adakah cara installasi yang biasa!?
@Mr.Godam : Eheh..aku dh baca kt blog ko...mmg aku xcited gler nk guna bdak alah tuh..aku ni jarang sket check aku nyer analytic..huhu
ReplyDelete@Dekan :hehe...jgn takut ngn sudo..hihi
@dark lord : owh..no prob bro..all the best 4 ur exam.=)
@Megat : Installasi biasa ada.. Try usha tgk tutorial aku sblm ni..Dlm 2 ttg cara nk wat dual boot la..huhu
Aku suka nk blajar.
ReplyDeletekat laptop dh instal Gutsy Gibbon. tp masalah internet la. aku ada wifi adapter by INFOSMART. aku usha website dia, xde driver untuk linux. so, cane nk connect wifi-ly.
xleh instal codec... hampir putus asa.