Monday, May 26, 2008

BAGAIMANA KALAU UBUNTU ANDA SANGKUT ?

Oleh : Fahmi ( http://sembangsini.com )

Kadangkala tidak dapat kita elakkan Ubuntu dari sangkut. Mungkin sesetengah aplikasi seperti Wine yang menggunakan perisian Win***s yang berat akan menyebabkan Ubuntu tersekat. Banyak yang tak tahu cara nak atasi perkara ini memandangkan ramai yang beranggapan jika Ubuntu tersangkut haruslah memicit Ctrl + Alt + Del untuk mematikan aplikasi.

Berikut cara yang sepatutnya anda lakukan.

1. Tekan Ctrl + Alt + F1

2. Akan keluar terminal (skrin gelap dan tulisan putih).

3. Di situ akan tertulis " nama.komp.anda login : " . Kemudian, tulis username yang anda guna untuk login ubuntu.

4. Seterusnya, di situ akan tertulis " password : ". Tulis password yang anda gunakan untuk username tadi.

5. Kemudian, taipkan kod ini " sudo killall5 ".

6. Taipkan password anda sekali lagi jika diminta.

7. Anda akan perhatikan, Ubuntu akan menutup semua aplikasi kemudian akan pergi semula ke Tetingkap Login / Login Window.


Tambahan : ada komen memberikan cara lebih cepat iaitu memicit Ctrl+Alt+Backspace (nasib baik diingatkan, lupa lak nakbubuh) tetapi cara ini kadang-kadang akan keluar error. Jadi gunakan cara di atas.

Harap membantu dan memberi komen.

6 comments:

  1. wah sangat membantu. sejak aku install ubuntu 8.04 segalanya berjalan lancar! info bagus, thanks!

    p/s : alhamdulillah melayubuntu sudah memiliki ruang pencarian (search) ;)

    ReplyDelete
  2. aku baru je stuck..hehehe..bila bkak balik tgk2 ad post ni..cepat 1minit la aku stuck.aku da tekan ctrl+alt+backspace pn xjalan.last2 force quit je la..

    ReplyDelete
  3. pakai ctrl+alt+backspace pun leh gak tapi kekadang akan keluar error bonodo (kalu tak silap) pasal dia tak bunuh semua proses.

    ReplyDelete
  4. @megat : aku harap ruangan search tu berfungsi dgn baik... aritu (masa 1st aku letak) ada silap coding...haha

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah setakat nie takder lagi problem dlam hardy heron. nie pun surfing pakai LiveCD jer sebab baru sampai 5 keping FREE CD yg order hari tuh. :) mana nak dapat FREE CD + shipping pun FREE.tinggal order jer kan.

    pengalaman saya dalam versi yg lepas,pernah tak boleh nak masuk X windows lepas pc ter-off.run " fsck -y " selesaikan masalah. :)

    p/s: melayubuntu semakin hebat.tahniah. :)

    ReplyDelete
  6. aku ade order hardy heron..
    masalahnye lepas pilih language, kom hang kat screen built-in source code..type exit pon tak jd ape2.. naper ye. aku guna live cd..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...