Friday, May 30, 2008

Jika disana ada Open Source Software, kini kita ada Open Source Hardware!


Jika saya menulis tentang open source software, sudah tentu yang terbayang difikiran kita ialah satu konsep dimana source code software berkenaan yang boleh lihat, diedit dan dikeluarkan semula dibawah lesen yang sama dengan source codenya. Namun jika saya menulis tentang open source hardware, apa agaknya yang terbayang difikiran?

VIA Technologies baru-baru ini telah mengeluarkan design kepada open source notebook yang telah mengimplementasikan konsep "open" sebagai strategi marketing mereka. Ideanya ialah, dengan berkongsi atau membolehrujukkan design hardware(dalam konteks ini notebook) mereka dari pengumpulan partikel tertentu kepada proses pembuatan komputer hingga siap. Jika anda rujuk kepada website VIA openbook, anda akan mendapati konsep "open" yang diaplikasikan pada peringkat permulaan ini ialah pada bahagian fail CAD untuk plastic case sesebuah openbook. Bermakna anda boleh register dan design plastic case berkenaan supaya openbook yang terhasil itu nanti akan lebih angun, menepati selera dan ultra-portable(mudah alih).

Saya tertarik kepada konsep idea yang menggunakan konsep open source. Namun persoalannya, adakah ianya releven? Maksud saya, dalam open source software, apa yang membuatkan ianya releven ialah source code boleh dicopy-paste dan disebar kemerata tempat untuk tujuan pembangunan tanpa sebarang kos untuk prototype dan sebagainya. Bagi hardware, blueprint sesuatu design mungkin boleh dicopypaste tetapi apabila blueprint tersebut dibawa proses penghasilan yang melibatkan modal untuk prototype dan sebagainya, adakah ianya berbaloi?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...