Monday, May 26, 2008

TOP 5 Alatan untuk blog dalam ubuntu!

Artikel ini khas untuk penulis undangan blog melayubuntu!


Dahulunya saya agak tertanya-tanya jika memblog dalam ubuntu akan mengurangkan produktiviti dan kualiti entry yang saya hasilkan nanti. Tidak ada photoshop, tidak ada marsedit (blogger tool paling best dalam mac osx), tidak ada dreamveawer dan serba tidak ada. Alatan seperti Blog Entry Poster, BloGTK, dan Drivel Journal Editor pula terlalu buggy dan tidak memenuhi kehendak manakala Gimp pula terasing disuatu sudut yang tidak dipandang.

Namun kini segala persepsi tersebut lenyap bersama munculnya suatu mentaliti dan teori yang baharu mendukung frasa "jika anda komited, sudah tentu ada jalannya". Berikut, saya kongsikan alatan yang saya gunakan untuk sebahagian besar entry blog ini.

Senarai alatan mengikut ranking!

1.ScribeFire


ScribeFire merupakan extension bagi firefox yang membenarkan anda berblog, mengedit entry tanpa meninggalkan tetingkap firefox dan mempunyai ruangan text editor yang bagi saya cukup untuk memenuhi segala kehendak seorang blogger. ScribeFire juga menyokong host percuma seperti blogspot, wordpress, livejournal dan sebagainya selain blog persendirian yang menggunakan format wordpress mahupun drupal.



Ulasan khas bagi blogspot, scribefire masih mempunyai sedikit bugs pada fungsi upload image ke server blogger.com seperti yang dinyatakan dalam laman blog rasmi bagi blogger.com. Untuk itu, sila upload image ke mana-mana laman web image hosting popular seperti photobucket.com, imageshack.us dan sebagainya.

Sila ke laman web scribefire untuk proses installasi dan membaca tutorial cara menggunakan fungsi scribefire.

2.The GIMP
Tetingkapnya yang terpisah bukanlah sebab konkrit mengapa anda harus membencinya kerana perisian memanipulasikan image percuma ini sangat ringan, mudah digunakan (jika anda cuba guna sebelum komplen), dan altenatif terbaik kepada adobe photoshop. Kebanyakkan image dan screenshot dalam blog ini diedit menggunakan gimp dan ia sangat membantu dalam setiap urusan memblog dalam ubuntu.
NOTE : Image "BLOG" diatas juga dihasilkan menggunakan GIMP.

3.Ksnapshot
Ksnapshot merupakan perisian membuat screenshot yang paling saya gemari, paling membantu dan paling cun menggunakan interface KDE disertakan dengan fungsi yang cukup lengkap dengan keperluan saya. Saya letakkan kepentingan alatan ini ditempat ketiga senarai dan ianya sesuatu yang tepat!



4.RSSOwl
Perisian feed reader ini saya gunakan untuk mencari idea penulisan dengan melanggan artikel dari pelbagai blog dari seluruh dunia berkaitan ubuntu, linux dan perkembangan teknologi semasa. Bayangkan setiap hari tidak kurang 100 artikel yang masuk untuk dibaca walaupun kebanyakkan artikel daripanya saya abaikan (hehe). Apa yang bagusnya mempunyai perisian seperti ini ialah, setiap artikel menarik, atau fakta penting, atau maklumat khusus tentang sesuatu perkara boleh di tanda untuk dirujuk kemudian disaat ia diperlukan. Menjadi penulis blog berkaitan teknologi seperti melayubuntu bukan sekadar menulis berdasarkan apa yang anda tahu, tetapi menulis disandarkan kepada apa yang dirujuk@dibaca, apa yang dieksperimenkan, dan kemudiannya barulah diterjemahkan kedalam ayat-ayat yang kemudiannya menjadi entry. Disinilah RSSOwl berfungsi!

5.Tomboy Notes
Ada idea menulis tetapi tak ada mood untuk update blog? Catatkan apa jua idea, url rujukan, text dan sebagainya kedalam Tomboy Notes. Kalau boleh, letakkan applet tomboy notes ini pada panel atas supaya setiap nota dan catatan sentiasa boleh dicapai dengan 1klik.

5 alatan ini serasanya sudah cukup untuk membantu hobi berblog anda dalam ubuntu. Saya tidak berniat mengatakan berblog dalam ubuntu adalah terbaik tetapi cukuplah sekadar penegasan bahawa menggunakan ubuntu tidak menghalang produktiviti blogger apalagi mengurangkan kualiti entry yang terhasil.

p/s : Kepada yang berminat menjadi penulis di blog ini, sila rujuk artikel ini terlebih dahulu kemudian hubungi email saya untuk proses lanjut. Tidak ada sebarang requirement diperlukan. Namun saya suka untuk melihat kualiti dalam setiap entry yang dihasilkan.
Semoga artikel ini bermanfaat!

5 comments:

  1. nampaknye pakcik pon akan berubah arah ke ubuntu nie. sejak ubuntu pakcik dah boleh online (pakcik gunakan henset nokia sebagai modem untuk line celcom 3g), pakcik hanya 2 kali logon windows. itu pon sebab pakcik nak editing gambar. pakcik dalam proses membiasakan diri dengan gimp...

    ReplyDelete
  2. @uncle:bagusla mcm 2.gimp pn memberikan hasil yang sama kualiti dengan adobe photoshop. walaubagaimanapun uncle boleh memasang adobe photoshop dlm ubuntu.untuk keterangan lanjut uncle boleh lihat post2 lepas la..uncle tak nak kongsi ke mcm mana nak connect pakai broadband kat ubuntu??
    saya pun menggunakan umobile(ZTE).kalau uncle ad kelapangan leh hantar tutorial ke emel saya dan saya akan tulis kedalam blog ini. terazzatale@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  3. @zul:scribefire mmg superb la..best.knsnapshot pn best.coma rssowl je aku xreti guna lagi..

    ReplyDelete
  4. @terazzatale : rssowl tu feedreader jer. hm.. bleh jer guna liferea yg lbih simple.. aku dh tulis dlm blog nih...hehe

    ReplyDelete
  5. salam, theme gtk-nya bagus. ambil di mana? sharing donk...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...