Posts

Showing posts with the label blog

Memperkenalkan Awalmart Corporation Sdn. Bhd.

Image
Mungkin ada dikalangan pembaca setia blog ini perasan yang saya tidak kemaskini blog ini sejak 18 April lalu. Sebenarnya, bermula dari 19 April saya merupakan pekerja sepenuh masa di Awalmart Corporation Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab terhadap kerja berkaitan sistem IT (bukan programmer), dokumentasi, pemasaran melalui online dan pengurusan pejabat di HQ Awalmart yang terletak di 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Awalmart Corporation Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang masih baru dan beroperasi menguruskan pengedaran dan pemasaran barangan herba "Traditional Chinese Medicine (TCM)" melalui e-Dagang (e-business). Apa yang menyebabkan saya menyertai syarikat Awalmart ialah kerana saya melihat kepada potensi yang dimiliki oleh Awalmart, pengalaman yang bakal saya perolehi, pembentukan karier peribadi dan pendapatan untuk jangka panjang. Awalmart menggunakan konsep e-business untuk memasarkan produk melalui sistem Affiliate yang seterusnya akan...

Memperkenalkan Bilbo Blogger untuk penulis blog dalam ubuntu

Image
Saya terserempak dengan satu aplikasi "blogging client" untuk KDE yang kelihatannya amat menjanjikan fungsi yang berguna kepada blogger. Ianya ialah Bilbo Blogger . Bilbo Blogger ialah blogging client yang memfokuskan kepada kemudahgunaan dan kegunaan. Antara ciri-ciri dan fungsi yang ditawarkan oleh bilbo blogger ialah; A full featured WYSIWYG editor + An HTML editor Previewing your post with your blog style! like when you are visiting it at your blog. Support for Blogger1.0, MetaWeblog, MovableType (Wordpress supports All of these!) and Google GData (used on Blogspot.com blogs) APIs! Support for Creating/Modifying/Deleting posts. Support for creating drafts and scheduled posts! Support for uploading media files to your blog (Just on supported APIs e.g. MetaWeblog and MovableType) Support for Fetching your recent blog entries. Support for adding Images to post from your system. It will upload them on Submitting post to blog (Just on supported APIs e.g. MetaWeblog and Movable...

25GB Bandwidth masih belum cukup?

Hari ini saya sungguh terkejut kerana mendapati kesemua imej yang dihostkan di Photobucket tidak dapat dipaparkan kerana telah melebihi penggunaan bandwidth. Untuk catatan, photobucket membenarkan pengguna akaun percuma menggunakan tidak lebih dari 25GB bandwidth untuk setiap bulan. Pada anggapan saya, bandwidth yang sebesar itu mampu untuk hanya menempatkan kesemua imej dalam blog ini - - namun meleset. Saya mengakui, sejak akhir-akhir ini blog melayubuntu menerima jumlah penggunjung yang ramai dengan purata page view 3 page bagi satu penggunjung. Namun itupun masih belum menjawab ketidakcukupan bandwidth dengan hitung kasar purata penggunaan sebulan dibawah 10GB. Saya agak keliru dengan hal ini dan sememangnya perkara sebegini amat memeningkan kepala. Insyaallah saya akan menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat. Maaf atas gangguan sementara ini.

Ruangan komen dibawah artikel dalam blogger.com

Image
Berita baik untuk pembaca blog melayubuntu. Saya sudah aplikasikan satu ciri terbaru dalam blogger.com yang masih diperingkat percubaan iaitu ruangan komen dibawah artikel. Dengan teraplikasinya ruangan komen dibawah artikel, pembaca tidak lagi mengalami kesulitan untuk memberi respon terhadap artikel yang terdapat disini. Jika anda juga pengguna perkhidamatan blog percuma di blogger.com ini dan ingin aplikasikan fungsi komen dibawah artikel seperti ini, sila lawati laman web bloggerbuster.com . Ya, diluar sana mungkin banyak tutorial tentang hal ini. Namun jika anda menggunakan custom template/layout yang mengubah kedudukan widget dalam blog, terdapat beberapa code yang berbeza dengan tutorial tertentu. Panduan yang terdapat dalam bloggerbuster.com menyelesaikan masalah berkenaan perbezaan code tersebut. Semoga bermanfaat dan rajin-rajinlah meninggalkan jejak anda dalam blog ini. =)

Menambah fungsi social bookmarking tempatan kedalam blog

Image
image dari noktahhitam Jika anda perasan dalam setiap entri di blog melayubuntu saya telah menambah satu fungsi untuk menyenangkan anda bookmark ke Negaraku.net yang bertindak sebagai social bookmarking ala-ala digg.com. Walaupun disana sudah ada digg.com.my (dikenal sebagai layan) yang cuba menjadi digg.com tempatan, namun ia tidak menyediakan fungsi seperti apa yang disediakan oleh negaraku.net yang diasaskan oleh bro Noktah Hitam . Jika anda mempunyai blog samada di blogspot atau hosting berbayar menggunakan wordpress, anda boleh menambah butang bookmark kedalam setiap entri di blog anda dengan mengikuti langkah-langkah disini . Sebelum itu, sebaiknya daftarkan diri anda dahulu di negaraku.net untuk membolehkan anda bookmark atau mengundi artikel yang dihantar ke negaraku.net. Harus diingat, setiap artikel perlu dihantar sebelum boleh diundi. Contohnya, jika anda klik pada butang yang tertulis "GO", maka ia akan membawa anda ke halaman mendaftar artikel. Jika anda klik ...

Pola pengunjung melayubuntu mengikut OS dan browser

Image
Rajah diatas menunjukkan beberapa perkara... 1-Pengguna windows adalah dominan 2-Pengguna firefox adalah dominan 3-Blog mengenai ubuntu linux, tetapi dibanjiri oleh pengguna windows. Itu hakikatnya. Meskipun market share bagi windows diseluruh dunia semakin menurun kepada 91% (anggaran), namun ia (windows) masih menguasai sebahagian besar market share dunia amnya dan malaysia khasnya -- sesuatu keadaan yang tidak begitu baik bagi penulis laman blog ubuntu seperti saya. Mengapa? Jika sembangkomputer.com yang telah mencapai entri ke 200 (tahniah) mendapat purata pelawat mencecah 2000 pelawat, blog melayubuntu ini yang mencapai 327 entri hanya mendapat sekitar 300 pelawat tegar (uniqe visitor) sehari. Itu indikator kepada betapa market share telah memainkan peranan dalam menentukan bilangan pelawat blog. Dan itu indikator kepada jumlah pengguna ubuntu di malaysia. Jika anda ingin blog mendapat sambutan, dilawati oleh ramai pengunjung, mendapat PR yang tinggi, ada beberapa cara. 1.Entri y...

Entri penghargaan untuk Pengodam.Com

Image
Saya infakkan entri ini khusus untuk sdr Farid dari Pengodam.com kerana telah menderma USD10 untuk pembangunan blog ini. Pada mulanya beliau ingin sponsor membeli domain name (melayubuntu.com etc) untuk blog ini. Namun oleh kerana saya tidak begitu bersedia untuk itu, lalu beliau secara rela hati memasukkan USD10 kedalam akaun paypal blog ini. Ini bukan entri payperpost atau seumpamanya. Hasil derma itu juga bukan untuk kegunaan peribadi saya. Saya tahu, satu hari nanti blog ini memerlukan material berbentuk wang ringgit untuk membantu kelansungannya. Sepertimana yang dihebahkan sebelum ini tentang penulis jemputan , pintu untuk menjadi penulis jemputan masih terbuka. Saya suka jika ramai penulis menyumbangkan artikel mereka dan berkongsi idea serta kemahiran masing-masing. Saya mendapat banyak maklumbalas serta cadangan lalu saya bertanya, apakata kalau anda menulis?

TOP 5 Alatan untuk blog dalam ubuntu!

Image
Artikel ini khas untuk penulis undangan blog melayubuntu! Dahulunya saya agak tertanya-tanya jika memblog dalam ubuntu akan mengurangkan produktiviti dan kualiti entry yang saya hasilkan nanti. Tidak ada photoshop, tidak ada marsedit (blogger tool paling best dalam mac osx), tidak ada dreamveawer dan serba tidak ada. Alatan seperti Blog Entry Poster, BloGTK, dan Drivel Journal Editor pula terlalu buggy dan tidak memenuhi kehendak manakala Gimp pula terasing disuatu sudut yang tidak dipandang. Namun kini segala persepsi tersebut lenyap bersama munculnya suatu mentaliti dan teori yang baharu mendukung frasa "jika anda komited, sudah tentu ada jalannya". Berikut, saya kongsikan alatan yang saya gunakan untuk sebahagian besar entry blog ini. Senarai alatan mengikut ranking! 1.Scribe Fire ScribeFire merupakan extension bagi firefox yang membenarkan anda berblog, mengedit entry tanpa meninggalkan tetingkap firefox dan mempunyai ruangan text editor yang bagi saya cukup untuk memenuh...

Ingin menjadi penulis jemputan diblog ini?

Saya akan cakap, benda yang paling sukar ialah ketika memulakan sesuatu. Tetapi apabila segalanya bermula, perkara yang paling sukar ialah untuk istiqamah. Menjadi blog yang terbaik pada suatu ketika mungkin sesuatu yang tidak mustahil tetapi untuk istiqamah dengan status "terbaik" itu adalah terlalu sukar. Memandangkan blog ini bukan blog peribadi, atau tempat mencoret kisah hidup saya, atau tempat meluahkan perasaan, atau tempat membungakan ayat-ayat metafora bersedalokakan kecamuk hati disaat mentari terbenam, lalu saya cuba mengelak seboleh-bolehnya. Melayubuntu bukan untuk membuntukan melayu tetapi untuk membawa melayu yang buntu kepada ilmu. Rakan-rakan, maafkan jika akhir-akhir ini blog ini jarang diupdate. Maafkan jika saya dingin dalam setiap pertanyaan dalam YM. Maafkan jika personaliti saya terlalu complicated untuk di hack dan diinstall kedalam harddisk kefahaman masing-masing. Maafkan. Oleh kerana ramai pengguna ubuntu malaysia mahupun indonesia yang merujuk kesi...