Friday, December 07, 2007

Ubuntu Muslim Edition - 10 minit yang merealisasikan slogan


Kita mesti support barangan ummat islam...

Kita sebagai ummat islam mestilah saling membantu dan memperkukuhkan kedudukan ummat islam dimata dunia...

Sebagai orang islam, kita wajib bangga dengan agama islam yang kita anuti...

Perlukah kita bertanya kembali, berapa kalikah dalam hidup kita ini kita benar-benar merealisasikan slogan-slogan diatas?Dan jika slogan itu hanyalah pemanis dibibir mulut, mengapa perlu kita berbicara mengenainya berulang kali setiap kali tajuk yang sama diutarakan untuk diperdebatkan?

Berikan saya 10 minit, dan saya akan realisasikan slogan diatas dengan menginstall Ubuntu Muslim Edition(UbuntuME) yang kini menyokong ubuntu 7.10 gusty gibbon!

Ya, ianya bukan poyo, ianya bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ianya menuntut satu perasaan ingin berubah, perasaan yang ingin memecahkan/menukar perangai lama yang selama ini tidak pernah terfikirpun untuk diubah.Mentaliti pc=windows, dan hanyalah itulah penyelesaian kepada dunia teknologi pengkomputeran mungkin tidak lagi harus "dibela" untuk masa yang akan datang.Saya tidak meminta meninggalkan windows secara total, tetapi saya hanya ingin melontar satu idea kearah perubahan sikap dan menerima hakikat bahawa, sudah tiba masanya untuk mencari sesuatu yang altenatif kepada permasalahan sistem operasi bagi ummat islam.



10 minit, dan anda akan mendapati UbuntuME siap untuk beroperasi dalam komputer kesayangan anda.Bagi yang sudah mengenali dan mengikuti perkembangan UbuntuME ini, versi yang compatible dengan ubuntu gusty gibbon ini tidak banyak bezanya dengan versi sebelum ini atau lebih tepat lagi tiada beza dengan versi sebelumnya.Mungkin tema, screensaver, ada sedikit perubahan grafik dan sebagainya, namun dari segi features masih tidak mengalami apa-apa pertambahan.

Jika anda seorang muslim, dan anda sekarang ini sedang menggunakan mana-mana versi ubuntu samada Ubuntu Gutsy (7.10), Feisty (7.04), Edgy (6.10) atau Dapper (6.06), saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa anda tidak mahu upgrade ubuntu anda kepada UbuntuME melainkan jika anda lebih suka slogan hanya menjadi pemanis jalanan!

Macam mana untuk upgrade? Sila ke website ubuntume untuk tutorial dalam BI dan browse ke bawah sehingga menemui "Convert a standard Ubuntu installation" dan ikuti tutorial tersebut.Jika inginkan tutorial dalam bahasa ibunda, sila ikuti tutorial ini :)

1.Download file ini : install-ubuntuME.sh
Save dalam desktop.

2.Buka terminal dan copypaste command(arahan2) dibawah.
cd ~/Desktop
chmod u+x install-ubuntuME.sh
sudo ./install-ubuntuME.sh
3.Dalam proses installasi ini, anda akan ditanya perkara-perkara berkaitan terma dan lesen tertentu.Sila pilih "OK" untuk semua soal jawab berkenaan.(Tekan butang kanan, kini, atas, bawah pada keyboard anda untuk memilih "OK" dan apabila "OK" telah terpilih tekan enter!)


4.Proses konfigurasi pula akan bentanyakan samada anda ingin..
Anda hanya perlu menaip y(YES), n(NO) untuk setiap soalan yang ditanya.

5.Tunggu sehingga proses installasi dan konfigurasi siap dan anda akan melihat ini diakhir proses tersebut;
Configuration completed. Alhamdulillah.
You should restart your computer for the new settings to take effect.
6.Sebagaimana yang diarahkah, sila restart komputer anda.Saya sempat mengambil video untuk komputer saya sebagai kenangan dan untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog ini.



Sepertimana yang dapat anda saksikan, walaupun saya sudah memilih "OK" bagi segala terma dan y(YES) bagi segala konfigurasi process, nampaknya proses installasi ini "gagal" untuk mengubah;
  • wallpaper
  • theme
  • icon theme
  • login sound(maybe sebab saya setkan kepada sound lain kot)
Tak mengapalah, setidak-tidaknya tiada sistem yang terganggu.

Apa yang berubah?
  • Ubuntu splash theme berubah kepada ubuntume splash
  • Update system anda(apabila diminta) dan anda akan mendapati minbar terinstall dan berfungsi dengan baik.(Entry sebelum ini saya pernah sentuh soal ini dan sekarang ianya sudah ada penyelesaian)
  • Dalam menu, terdapat kategori baru iaitu Religion dan mempunyai 3 pilihan software iaitu minbar,islamic calendar, dan zekr
  • Pergi ke System > Administration > Web content control (penapis laman web-setiap kali anda ingin memasuki website yang tidak elok, anda akan dihalang).

Install UbuntuME fresh dari CD atau DVD

Jika anda masih baru dengan ubuntu, dan sedang melayari blog ini menggunakan windows/mac, tetapi ingin install ubuntuME ini kedalam komputer anda, sila download ubuntuME di sini dan download tutorial ini sebagai panduan asas install ubuntu.Beberapa paparan mungkin berlainan tetapi saya rasa ianya cukup sebagai panduan dan jika ada apa-apa pertanyaan, sila bertanya direct kepada saya dalam ruangan komentar.

Berhargakah sepuluh minit yang telah kita sumbangkan itu?Saya rasa ia bukan soal berharga atau tidak, tetapi anda telah melakukan sesuatu yang amat-amat berbaloi untuk sebuah perubahan!





Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


1 comment:

  1. Bagaimana caranya untuk instal Canon Laserjet LBP2900 dalam ubuntu dan bagaimana cara supaya external hard disk dapat dibaca dalam ubuntu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...