Monday, December 03, 2007

Introducing iBuntu?

ibuntu

Some rights reserved. This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 License.

My Note:Di Edit secara amatur menggunakan Gimp, sebuah perisian open source image editor dalam ubuntu 7.10 Gusty Gibbon RC.

Mungkinkah ini akan jadi kenyataan?Seakannya ingin meniru Mac OSX tetapi terdapat rahsia besar disebalik peniruan ini iaitu, ianya PERCUMA!Apabila ianya percuma, nilaian terhadap perbuatan "meniru" tidak akan menjejaskan kredibiliti sistem operasi yang akan dibangunkan nanti.Adakah ianya masuk akal dan adakah ianya akan mendapat sambutan?

Mungkin paparan ini dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas tentang masa depan sesuatu yang "percuma".


Ini adalah image graf yang diperolehi daripada Google Trends dengan x-axis: masa(tahun) melawan y-axis:bilangan pencarian di google.A,B,C,D,E,F pula adalah checkpoint mengikut event(peristiwa) tertentu yang berkaitan dengan ubuntu dan vista.Dalam graf utama terdapat line biru yang ber"opacity" rendah menunjukkan graf bagi ubuntu sahaja(y-axis berskala berbeza daripada line opacity tinggi).Manakala graf yang mempunyai line biru dan merah yang ber"opacity" tinggi adalah graf perbandingan antara ubuntu dan vista.(Segaja saya gabungankan kedua-duanya untuk menjimatkan ruang.)

Ubuntu mula diperkenalkan pada tahun 2004.Sejak itu(mengikut graf) kadar pencarian di google berkaitan keyword "ubuntu" meningkat berkadar terus dengan masa.Pencarian bagi keyword vista juga menampakkan bentuk yang agak sama, tetapi beberapa perubahan yang terlalu mendadak melontar seribu persoalan kepada kita.

Sudah kita maklum bahawa, vista mengambil masa 6 tahun untuk dibangunkan.Namun, perbezaan populariti antara ubuntu dan vista yang tidaklah begitu menjarak menyebabkan kita boleh menganggap bahawa, akan tiba suatu waktu populariti antara keduannya akan bertemu pada satu titik persamaan dan mungkin juga ubuntu akan mengatasi vista(dari segi populariti) suatu hari nanti.

Jika pembaca mempunyai masa untuk meninjau dari satu blog ke satu blog dan dari satu website ke satu website, kelihatannya ubuntu sudah tidak lagi begitu asing untuk diperkatakan dan diperbincangkan secara terbuka.Mungkin masih terlalu awal untuk meramalkan sebuah sistem operasi yang baru berusia 3 tahun seperti ubuntu akan mampu pergi jauh atau tidak, namun yang pasti, sudah tiba masanya untuk memecahkan monopoli microsoft terhadap mentaliti pengguna komputer.Semoga suatu hari nanti, apabila disebut sahaja "komputer" yang terbayang di dalam benak anak cucu kita ialah ubuntu, mac osx, windows, melayubuntu...dan lain-lain lagi. ;D

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...