Sunday, December 02, 2007

Easiest way to install fonts on Ubuntu 7.10 Gutsy Gibbon

Just open up nautilus(file browser), type "fonts:/// " (without quote) into the address bar and drop your .ttf fonts there.Reboot and enjoy!




Ya!itulah cara untuk install fonts ke dalam ubuntu gusty yang saya amalkan selama ini.Mungkin ini cara yang salah("mungkin") tetapi ia tidak memberi apa-apa masalah kepada saya selama saya mengamalkannya.

Apabila kita memasang/install ubuntu ke dalam komputer, beberapa fonts yang selalu digunakan oleh microsoft seperti arial dan beberapa lagi tidak terdapat dalam ubuntu.Ini menyebabkan file daripada windows dalam bentuk word documents yang ditulis menggunakan fonts tersebut gagal dibaca dengan baik oleh OpenOffice dan sebagainya.Mungkin kerana itulah juga, antara 10 perkara yang perlu dibuat segera selepas install ubuntu ialah install fonts bagi microsoft dan ini caranya.

Seperti biasa buka terminal dan copypaste command ini;
sudo apt-get install msttcorefonts
Untuk melihat kesan/menggunakan fonts yang baru diinstall ini, sila restart gnome (Ctrl+Alt+BackSpace 2x) ataupun copypaste command ini ke dalam terminal (untuk Refresh fonts cache)
sudo fc-cache -fv
Package ini dinamakan Truetype Microsoft Fonts dan mengandungi;
  • Andale Mono
  • Arial Black
  • Arial (Bold, Italic, Bold Italic)
  • Comic Sans MS (Bold)
  • Courier New (Bold, Italic, Bold Italic)
  • Georgia (Bold, Italic, Bold Italic)
  • Impact
  • Times New Roman (Bold, Italic, Bold Italic)
  • Trebuchet (Bold, Italic, Bold Italic)
  • Verdana (Bold, Italic, Bold Italic)
  • Webdings

Bagi peminat fonts untuk Mac OS X, boleh dapatkan fonts tersebut dengan klik pada url ini;
http://www.osx-e.com/downloads/misc/macfonts.html

Install menggunakan cara diatas.

Menukar fonts dalam ubuntu

Pergi ke System > Preferences > Appearance
dan select tab "fonts" dan anda boleh bereksperimen dengannya.Jika mahukan fonts seperti saya, setkan kepada seperti ini;



Klik "Details.. " dan setkan seperti ini;




Langkah ini akan membuatkan fonts anda smooth dan sedap mata memandang.

:Opss: Sebelum saya terlupa, dalam image diatas, saya menggunakan font "HandelGotD" untuk desktop font.Font ini bukan percuma dan saya tidak boleh berkongsi secara terbuka.Jika sesiapa inginkannya boleh minta kepada saya secara peribadi dengan menghubungi email saya dan saya akan hantar font tersebut direct kedalam inbox mail anda.

mailto:zul.malc@gmail.com

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


1 comment:

  1. kalu dalam windows kita bleh install terus font extra(cam jawi fonts) dalam folder fonts.(c:windows/fonts)

    Bleh dak kalu kita install font jawi direct? Saya try tak leh la..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...