Tapi bagaimana kalau kita boleh boot kedalam windows tampa memerlukan restart dan kita masih boleh menggunakan ubuntu dalam masa yang sama?Bagaimana kalau windows hanyalah "windows" di didalam ubuntu?Saya merasakan semua orang pasti inginkannya, dapat menggunakan ubuntu, dan dapat juga menggunakan windows dalam masa yang sama!
Jika anda di kedudukan itu, VirtualBox adalah penyelesaiannya.Apa yang diperlukan untuk menggunakan windows didalam ubuntu ialah, install VirtualBox, dan kemudian install windows didalam VirtualBox itu tadi(perlu ada cd xp untuk install).Harus diingat, kita perlu memperuntukkan sebahagian daripada memori RAM kita untuk windows yang akan "run" dalam VirtualBox itu nanti.Bukan itu sahaja, space di dalam harddisk juga perlu berkongsi antara ubuntu dan windows.Masalahnya bukan pada space,tetapi pada RAM kerana syarat minima untuk menggunakan windows dalam VirtualBox ini ialah mempunyai sekurang-kurangnya 1Gig RAM.Saya tidak begitu mengalakkan komputer yang mempunyai RAM yang kecil untuk menggunakan VirtualBox ini.
Secara peribadinya juga saya tidak pernah mencuba untuk install windows menggunakan VirtualBox diatas sebab kesempitan ruang didalam hardisk.(hardisk untuk ubuntu saya=13Gig)Namun ianya tidak salah untuk dicuba oleh komputer yang berkuasa tinggi.Ianya mungkin tidak menganggu sistem ubuntu kerana windows yang kita install hanya di dalam "box".Disaat tidak memerlukan,hanya perlu uninstall virtualbox jer kot..
Oleh kerana saya tidak pernah mencuba cara ini secara peribadi,saya tidak dapat memberi apa-apa pandangan mengenainya.Jika ada pembaca yang berminat, sila ikuti tutorial ini.
Tutorial Install Windows menggunakan Virtual Box.
Tutorial ini adalah untuk ubuntu versi edgy(6.10).Rasanya ia tidaklah terlalu berbeza jikapun kita menggunakan ubuntu versi gusty.
Bagi mereka yang ingin mencuba, Selamat Mencuba!
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..