Saturday, December 01, 2007

Tema Desktop untuk bulan Desember


"Bukan sekadar penampilan, tetapi kebebasan"

Mungkin itu yang mampu saya rumuskan setelah sekian lama mencari perasaan "puas" dengan penampilan desktop saya dan akhirnya saya menemui, ianya bukan sekadar penampilan tetapi kebebasan.Teorinya sungguh mudah, saya mengambil contoh-jika anda mempunyai seorang isteri yang terlalu cantik, cun, cute, dan seumpamanya tetapi anda tidak bebas terhadap isteri anda yang cun itu tadi.Adakah ianya kepuasan?Sudah tentu tidak!

Begitulah juga yang saya rasai ketika mencari kepuasan dalam mencorakkan tema desktop untuk ubuntu saya.Akhirnya saya menemui satu hakikat yang pastinya mengubah persepsi saya terhadap kepuasan itu sendiri, bukan sekadar penampilan, tetapi kebebasan!Isteri yang taat, baik budi pekerti, menghormati suami, pasti akan membangkitkan perasaan sedap mata memandang dan pasti tenang hati untuk mencintai dan seterusnya kita akan menemui kepuasan/kebahagiaan.

Namun tidaklah pula saya ingin berbicara soal rumahtangga disini.Saya sendiri pun masih tidak mempunyai rumah walaupun sudah agak mampu untuk memiliki tangga(fahami maksud tersiratnya).

Sila klik disini untuk paparan dalam deviantart.
Juga boleh klik pada image untuk zoom in.

Dalam entry sebelum ini pun saya telah menerangkan bagaimana cara untuk menukar themes di dalam ubuntu.Jika inginkan rujukan sila ke;
Tema iMetal-blue
iMetal + Oxygen refit

Dan jika masih tidak cukup, terdapat seorang brader kita yang telah menulis satu tutorial panjang yang paling complete pernah saya temui tentang Ubuntu Customization Guide.

Dalam screenshot diatas, saya menggunakan;
#Leopardish untuk gtk theme dan emerald theme.Download dan semua ada dalam package yang disediakan.
#Mac4Lin icon theme untuk gnome 2.20
#Wallapaper ini;(saya dah lupa tempat saya ambil)

#Rujuk entry lepas untuk fonts(anda memerlukan fonts untuk mac dan saya dah postkan dalam entry lepas tentang itu)
#Spectrum untuk firefox skin

Mungkin ada orang suka memperkecilkan mengapa menggunakan tema Mac untuk ubuntu.Ingin saya katakan disini, ianya bukan sekadar tema tetapi kebebasan.Mengapa tidak pergi ke kedai dan mendapatkan sebuah mac book jika dah minat sangat?Jawapannya mudah, sebab saya takde duit! Settle..

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...