Posts

Showing posts with the label mac

Muatturun Panduan Hackintosh MyMac4All Percuma Di Sini

Image
Muatturun dengan 1 tweet @ satu facebook post (experimental). Muatturun Terus. http://www.box.net/shared/mav0yhd9db097eqcunot Peringatan 1 : Panduan ini dihasilkan sekitar 2009, padat dengan maklumat teknikal berkenaan teknik hackintosh. Peringatan 2 : Mencuba apa-apa hasil dari panduan ini adalah atas risiko persendirian dan saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Peringatan 3 : Sebarkan ilmu ini, Tweet, RT, Facebook Post, Reblog dan sebagainya. Anda dibenarkan untuk hostkan kembali panduan ini dalam hosting masing-masing untuk tujuan perkongsian tanpa menukar apa-apa isi kandungan panduan. Semoga bermanfaat!

Apple vs Psystar : Antara undang-undang dan kebarangkalian

Saya sandarkan penulisan ini kepada sebuah artikel bertajuk " Mac Clone Maker Psystar Vows to Challenge Apple EULA (Pembuat Klon bagi Mac iaitu Psystar berikrar akan mencabar Apple EULA) dengan EULA adalah singkatan kepada End-User Licence Agreement. Saya sangat tertarik kepada perkembangan kes yang melibatkan syarikat Apple dan Psystar yang mana seperti yang telah saya tulis sebelum ini ( klik sini ), dan persoalan yang saya bangkitkan dalam artikel tersebut kini semakin terungkai dari segi tafsiran perundangan. Cumanya analogi yang saya gunakan dalam artikel lalu agak berbeza dari analogi tafsiran undang-undang yang mana fokusnya bukan pada hardware tetapi software. Dalam artikel lalu, analogi yang saya gunakan ialah, adakah salah seseorang menggunakan enjin mitsubishi evo untuk proton wira? Dengan saya menganalogikan enjin sebagai software dan model kereta sebagai hardware. Namun hakikat yang berlaku tidak ada apa-apa kaitan dengan hardware! Dalam Apple EULA menyebut; OS X hany...

Sejauhmana anda bebas menguasai PC anda?

Image
(Perkataan PC diatas dibaca dengan Personal Computer) Dalam blog ini, saya bercerita tentang Ubuntu dan saya juga bercerita tentang Mac OSX. Saya menulis cara-cara install ubuntu kedalam komputer dan saya juga menulis cara-cara install Mac OSX kedalam komputer . Leo4All V3 Released Sudah agak lama ia dikeluarkan dan sepatutnya anda boleh "terserempak" dengannya dimana-mana. Dalam gambar diatas ialah eksperimen keatas Leo4All v2, yang pada saya banyak menyelesaikan masalah grafik (bagi GMA950) dan ianya adalah universal, untuk intel dan AMD. Ramai yang meminta saya berkerjasama untuk mendapatkan DVD yang dimaksudkan. Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak boleh bekerjasama. Namun, saya mempunyai teman yang saya rasa beliau boleh bekerjasama dengan anda. Gie , sahabat saya misalnya menyimpan banyak versi DVD dan saya rasa (mungkinla) dia ingin bekerjasama. Contact dia dan sembang la elok-elok.

Open Computer daripada Psystar.

Jika ini berlaku di Malaysia, mungkin apakah jenis undang-undang yang akan digunakan untuk menghentikannya? Akta Hakcipta mungkin! Saya mendapat maklumat tentang syarikat psystar ini melalui blog TUAW . Dan produk yang diniagakan sangat menarik minat saya, Hackintosh! Anda membaca tutorial saya, anda melihat video yang saya lampirkan dan anda mengetahuinya. Hingga kehari ini, saya tidak putus-putus menerima permintaan dari pembaca meminta supaya saya menghantar DVD Kalyway.iso (yang saya maksudkan) kerana ramai yang sangat-sangat berminat mencuba sistem operasi Apple, Mac OSX didalam PC. Jika halangan utama kita selama ini ialah hardware, kini Mac OSX boleh diinstall kedalam PC biasa tanpa "major" problem. Itu fakta kesnya. Psystar , sebuah syarikat yang menawarkan sebuah hackintosh (Core2Duo processor, 4GB RAM, 250GB HD 7200rpm sata..) dengan hanya berharga $399 US Dollar dan menamakannya OPENMAC! Sedangkan sebuah iMac yang diedarkan Apple berharga $1199 US Dollar sebuah. K...

Leopard 10.5.2 Released!

Image
Semalam, Isnin - Apple telah mengeluarkan update terkini Sistem Operasi versi 10.5 mereka kepada 10.5.2 dan boleh didapati melalui software update bagi mac osx masing-masing.Namun pengguna hack osx seperti saya, update yang memperbaiki hampir 300 bugs ini tidak boleh diaplikasikan tanpa apa-apa trick tambahan dan saya sedang menanti sesuatu yang stabil untuk dicuba. Mengapa saya menulis entry tentang hal ini didalam blog melayubuntu? Oleh kerana saya menulis tentang tutorial bagaimana untuk install Leopard kedalam PC sebelum ini ,lalu saya mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan perkara-perkara berikut; jika anda mengikuti tutorial tersebut, jangan update ke 10.5.2 sehingga keluarnya crack yang stabil Keluarnya 10.5.2 bererti akan keluarnya Patched DVD yang lebih stabil untuk PC Sila ke forum Insanelymac dan ada sesuatu yang menarik menanti anda disana! Segala update dalam dunia hack osx akan dimaklumkan dalam blog ini dari masa ke semasa.

Tutorial Lengkap Install Leopard ke dalam PC

Image
UPDATE : Sila Rujuk http://mymac4all.com Setelah beberapa lama cuba menyiapkan berbekalkan kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit, akhirnya siap juga tutorial saya berkenaan cara-cara install mac osx leopard kedalam PC. TUJUAN Objektif saya menulis tutorial ini bersandarkan semangat berkongsi, mencuba, dan juga belajar.Tidak ada keuntungan atas angin yang diperolehi dan tidak ada apa-apa niat untuk mengalakkan kegiatan cetak rompak.Setiap kali saya menulis tutorial sebegini sering saya ingatkan bahawa, SILA DAPATKAN DVD YANG ORIGINAL UNTUK MENDAPATKAN LESEN SAH MEMANIPULASI DVD TERSEBUT. BETA Tutorial ini masih saya kategorikan sebagai di peringkat beta.Ia memerlukan beberapa pembaharuan, update, dan maklumat sokongan untuk menghadapi masalah yang bakal muncul dibenak pembaca.Selain itu, skop andaian yang tidak disandarkan kepada fakta yang stabil juga merupakan antara perkara yang perlu diambil perhatian.Didalam tutorial, pembaca akan beberapa kali menemui quote "[To do l...

Cara menggunakan mac osx dan pengalaman saya

Image
Sudah genap sepurnama saya bergelumang dalam dunia mac osx leopard dan baru hari ini terdetik dihati untuk berkongsi ilmu yang diperolehi.Untuk makluman, saya tidak memiliki iMac, Macbook atau apa jua hardware Apple untuk membolehkan saya mencipta pengalaman bersama Leopard.Saya menggunakan DVD Leopard yang telah di patched untuk membolehkan saya install leopard ke dalam laptop saya dan saya rasa tidak perlulah lagi dibincang soal kerja-kerja hack tersebut. Umum telah maklum bahawa sistem operasi mac osx dibangunkan berdasarkan unix.Bererti mac osx dan ubuntu mempunyai pertalian darah walaupun tidak seibu sebapa(mungkin dua pupu). Ketika pertama kali saya mula menggunakan mac osx tiger(sebelum beralih ke leopard),saya teraba-raba dalam kegelapan - serba tak tahu dan serba try&error.Perkara asas dalam mana-mana sistem operasi(baik bagi komputer,PDA,smartphone) ialah menginstall software.Tanpa software, sistem operasi hanyalah umpama baldi yang tidak berisi air! Cara install perisi...

Lagi tutorial berkualiti cara membina Hackintosh Pro

Masih ingat artikel pada saya pada 11/4/2007 yang lalu?Dalam artikel tersebut saya letakkan satu link ke sebuah artikel bertajuk Hack Attack : Install Leopard on your PC in 3 easy steps !Kemudiannya, 5/1/2008 saya meletakkan satu lagi link ke laman LifeHacker artikel bertajuk Build a Hackintosh Mac for Under $800 !Biarpun saya pernah menulis sebuah tutorial esklusif tentang bagaimana untuk menginstall Mac OS X Tiger ke dalam PC yang sehingga kini menjadi artikel yang paling banyak menerima kunjungan di melayubuntu,namun tiada apa-apa respon dan maklumbalas daripada pembaca. Saya tidak tahu samada anda diluar sana yang mendownload artikel berkenaan berjaya mengikutinya atau give up ditengah jalan.Oleh kerana tiada respon mahupun pertanyaan atau juga ucapan terima kasih yang diterima, saya menganggap ianya satu kegagalan! Kegagalan tidak bererti mesti putus asa.Steve Jobs dalam wawancaranya sebaik sahaja selesai event keynote mengakui bahawa projek MacBook Air yang diusahakan Apple i...

There's something in the air : Macworld 2008 Keynote is Here

Image
UPDATE Macworld 2008 keynote adalah Event besar tahunan bagi syarikat Apple.Pada majlis besar seperti ini, CEO bagi Apple iaitu Steve Jobs akan menyampaikan ucapan berkaitan dengan percapaian syarikat Apple pada tahun lepas dan juga plan seterusnya pada tahun berikutnya.Dalam ucapan itu juga nanti, Steve Jobs bakal tampil dengan gaya presentation terbaik(saya rasa semua orang bersetuju dengan ayat ini) bagi seorang CEO akan mengumumkan produk-produk terbaru Apple yang bakal membuatkan peminat fanatik apple pecah kepala. Antara khabar angin yang paling kuat bertiup ialah berkenaan dengan produk macbook nipis yang bakal keluar dan akan diberi nama Macbook Air atau yang berkaitan dengan "Air". Ok, event ini dah hampir nak mula.Anda boleh ikuti secara live melalui website berikut Apple Gazette Apple Matters Appletell Arstechnica.com Daily Tech Talk Engadget Loop Rumors MacRumors Mac Scoop MacSpark MacTeens PomCast SteveNote Live Stuff Uneasy Silence World of Apple Rabu 1a.m Malay...

Jing : bukan sekadar perisian screencapture biasa

Image
{Mac OS X dan Windows Sahaja} Masih ingat tentang Camtasia studio3 yang menjadi percuma?Kini terdapat satu lagi perisian screencapture hebat percuma yang dibangunkan untuk windows dan mac osx, Jing Project . Hingga kesaat ini saya masih lagi tidak percaya mengapa perisian yang sebegini hebat, futuristik, dengan eye-candy yang memikat malah disertakan dengan "perkhidmatan sampingan" yang sangat-sangat berguna adalah sebuah perisian percuma. Projek Jing ditaja oleh TechSmith, yang kalau tidak silap saya ialah orang/syarikat yang bertangungjawab terhadap perisian Camtasia Studio. Jing berfungsi untuk membuat screenshot , desktop video capture dan kemudiannya(selepas pengguna capture),hasilnya boleh di edit iaitu meletakkan anak panah, text , frame , atau juga highlight kan sesuatu kawasan dalam screenshot tersebut.Perkhidmatan sampingan yang saya maksudkan diawal tadi ialah, perhidmatan berkongsi hasil kerja kita tadi.Kita boleh upload ke screencast.com , Flickr , atau u...

Lagi perisian berbayar menjadi percuma

Image
Newsgator hari ini, seperti yang telah diumumkan oleh kebanyakkan webblog, telah memberikan perisian RSS Reader(yang telah memenangi award) mereka secara percuma dan diantara produk yang termasuk dalam senarai percuma ialah; FeedDemon (Untuk Windows) NetNewsWire (Untuk Mac) NewsGator Go! (Untuk mobile) dan NewsGator Inbox (Untuk pengguna Mic Outlook) Ok, saya ingin berbicara secara serius, Jika anda inginkan sebuah perisian yang akan memaklumkan kepada anda setiap update didalam setiap blog yang anda subscribe tanpa terlepas walau satu update, ini adalah peluang terbaik yang tersedia didepan mata! Ianya lebih mantap daripada Apple Mail v3.0 dan lebih bertenaga daripada Google Reader! Namun agak malang sedikit bagi pengguna linux kerana Newsgator tidak membangunkan apa-apa perisian untuk platform linux.Bagi pengguna linux(ubuntu etc) kita masih mempunyai pilihan lain iaitu Thunderbirds yang pada saya kemampuannya menyamai Apple Mail dengan dilengkapi oleh plugins yang menarik dan...

Bersedia untuk Hackintosh, MacOnPC?

Image
Lifehacker telah menulis secara agak terperinci dan complicated tentang cara-cara membina sebuah Hackintosh yang hanya akan memakan belanja sebanyak $800USD(RM2622). Ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan iMac (RM4799-starting) mahupun MacBook (RM3603-starting) dan jauh lebih terkedepan dari segi performance mengatasi MacMini (RM1967). Mengapa mesti Mac Os X? Sila lihat video ini sebelum meneruskan bacaan. Antara kelebihan Mac Os X berbanding windows. Paparan antara muka - walaupun menggunakan windows atau linux, namun ramai yang tergila-gilakan tema dan paparan mac osx yang kemas, bersih dan eyecandy yang memikat. Virus,Spyware,Malware - Walaupun tidak bebas 100%, tetapi memang diakui mac osx bukan ladang ternak virus yang ideal seumpama windows. Hardware Requirement - Vista merupakan sistem operasi yang "kelaparan" memory RAM, graphic card, processor yg laju etc namun tidak bagi leopard yang boleh diinstall dengan licinnya kedalam model Mac yang lama. Feat...

I Am Possible vs Impossible

Image
Seingat saya, tidak banyak perkara yang mampu menyebabkan saya untuk tidak putus asa dengannya.Sebaliknya, saya lebih banyak mencipta kegagalan daripada kejayaan.Apabila gagal kebiasaannya saya akan berputus asa, berhenti dan pasrah dengan kegagalan. 1 minggu berlalu sejak saya mula mengkaji tentang kebarangkalian untuk OSX Leopard boleh diinstall ke dalam Laptop saya.Ianya sesuatu yang mustahil kerana perbezaan hardware dengan MacBook dan iMac, apatah lagi OSX Leopard mahupun Tiger hanya boleh diinstall secara normal ke dalam hardware yang ditetapkan oleh Apple sahaja. Kajian saya berdasarkan pembacaan, eksperimen dan try-and-error.Hari pertama dan seterusnya berlalu tanpa meninggalkan apa-apa klu yang boleh dijadikan motivasi untuk terus mencuba.Masalah yang sama berulang iaitu tidak boleh boot kedalam DVD installer.Melalui pembacaan, kelihatannya saya perlu setting BIOS terlebih dahulu namun ianya sesuatu yang berisiko tinggi.Pembacaan diteruskan sehari demi sehari... Akhirnya saya ...

EKSKLUSIF : Download tutorial cara Install Mac OSX ke dalam PC

Image
536KB-PDF file Sepertimana yang telah saya janjikan sebelum ini, saya telah menulis ringkas tentang panduan umum untuk menginstall Mac OSX ke dalam PC biasa.Perlu diingat bahawa, panduan ini agak umum dan kemungkinan untuk ianya tidak menepati kes-kes tertentu adalah agak besar.Oleh kerana itu, sebarang soalan, respon, atau juga kritikan membina adalah dialukan-alukan. Sila klik pada image diatas untuk tutorial penuh berserta gambar. Kaedah memasang OSx86 ke dalam komputer Tiada cara yang begitu mudah untuk memastikan cubaan pertama itu berjaya.Kejayaan sebenarnya adalah satu himpunan kegagalan demi kegagalan.”Tidak putus asa” adalah penghubung antara kegagalan dan kejayaan! Persediaan Awal Mengenalpasti hardware komputer dan perkara berkaitan Sebelum anda berfikir untuk memasang Mac OSX ke dalam komputer anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah “mengenali” komputer anda secara detail. Hardware Specs: Motherboard: intel, amd, etc. Video: nV, ATI, etc. Data storage: SATA, PATA, ...

Mac OSX dalam PC [VIDEO]

Image
Artikel ini berkaitan dengan post ini. Pengenalan Projek giler terbaru dari saya.Jangan tanya berkenaan legaliti, compatibaliti,stabiliti, mentaliti dan sensitiviti kerana ianya tiada apa-apa kaitan dengan projek yang menelan belanja 0,00,00.00 US Dollar ini.Yeps, aku dah start mengarut. Langkah-langkah >Search, Download dan burn Jas 10.4.7 ke dalam DVD >Buat kajian tentang CPU, Chipset,Graphic card,Sound card,Network Devices bla bla.. (SSE/SSE2/SSE3/GMA950/ALC883/RealtekR etc etc) >Masukkan DVD ke dalam pc dan boot kedalam dvd >Tunggu hingga keluar pilih bahasa untuk install >Pilih partition yang telah disiapkan(FAT32) Erase guna Mac OSX Extended Journaled, kembali ke installer dan install. >Reboot, dan masukkan data maklumat komputer dan diri sendiri.Siap-MAC OSx86 TIGER-tampa internet dan sound! To do list: cari penyelesaian untuk internet dan sound check software compatibality dan stability AMARAN :INI BUKAN TUTORIAL Matlamat >Dapat run Mac OSX dalam PC biasa ...

OSx86 Project,Hackintosh, Dan Mac OSX dalam PC

Image
Pengenalan Persoalan yang bermain difikiran saya sejak mengenali kewujudan Mac OSX ialah, bolehkah Mac OSX diinstall ke dalam PC biasa? Jawapan yang saya boleh bagi sekarang ialah, Mac OSX TIDAK boleh diinstall ke dalam PC biasa secara normal.Beerti, jika kita pergi ke Apple Store etc dan membeli Mac OSX Tiger/Leopard CD/DVD dan pulang kerumah, masukkan kedalam CD/DVD drive, ianya tidak boleh diinstall sebagaimana kita menginstall Windows/Ubuntu. Apabila Apple mula menggunakan Intel architecture sebagai hardware bagi Mac OSX mereka, terbitlah berbagai idea untuk merealisasikan satu kerja mustahil iaitu install Mac OSX ke dalam PC biasa yang menggunakan Intel Processor dan AMD Processor.Sehingga artikel ini ditulis, "kerja mustahil" yang saya maksudkan tadi tidak lagi menjadi mustahil malah ianya telahpun dibuktikan berjaya oleh ramai pengguna PC termasuk diri saya sendiri. Website OSx86 Project pula telah dibina untuk memberi panduan, membicangkan, memberi maklumat supaya pen...

Foxdie - Pakej lengkap men"safari"kan firefox [UPDATE]

Image
Saya kira foxdie sudah mencipta satu dimensi baru dalam penjanaan skin bagi firefox.Pakej foxdie yang dicipta oleh tanjihay bukan sahaja dilengkapi dengan 1 skin, malah mempunyai pelbagai pilihan yang akan memberi peluang kepada kita untuk memilih dan customize sendiri skin firefox mengikut citarasa peribadi masing-masing. Identiti Foxdie? Foxdie ialah satu pakej skin untuk men"safari"kan firefox, atau dengan kata lain, skin safari bagi firefox.Foxdie cukup perfect untuk pengguna Mac OS X yang menggunakan firefox sebagai default browser mereka dan juga bagi pengguna ubuntu yang menggunakan tema Mac OS X bagi desktop mereka.Namun, pengguna windows juga tidak harus dipinggirkan kerana skin ini akan menjadikan firefox anda kelihatan seperti browser safari yang saya kira penampilannya cukup memikat dengan paparan yang clean, smooth, elegant dan professional. Jika penerangan dalam bentuk tulisan seperti diatas masih tidak cukup membuatkan hati anda terpikat sila, amati imej-imej ...

Introducing iBuntu?

Image
Some rights reserved. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 License . My Note:Di Edit secara amatur menggunakan Gimp, sebuah perisian open source image editor dalam ubuntu 7.10 Gusty Gibbon RC. Mungkinkah ini akan jadi kenyataan?Seakannya ingin meniru Mac OSX tetapi terdapat rahsia besar disebalik peniruan ini iaitu, ianya PERCUMA!Apabila ianya percuma, nilaian terhadap perbuatan "meniru" tidak akan menjejaskan kredibiliti sistem operasi yang akan dibangunkan nanti.Adakah ianya masuk akal dan adakah ianya akan mendapat sambutan? Mungkin paparan ini dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas tentang masa depan sesuatu yang "percuma". Ini adalah image graf yang diperolehi daripada Google Trends dengan x-axis: masa(tahun) melawan y-axis:bilangan pencarian di google.A,B,C,D,E,F pula adalah checkpoint mengikut event(peristiwa) tertentu yang berkaitan dengan ubuntu dan vista.Dalam graf utama terdapat line b...

Ipod Touch - Put the Perhh things at the perhh place

Image
Hari ni, selepas balik daripada makan malam, singgah sebentar kat kedai elektrik.Erm, bajetnya nak usha barang-barang best yang mampu aku beli, manala tau tiba-tiba tergerak hati aku untuk membeli sesuatu dan dengan tiba-tiba poket aku dipenuhi dengan duit yang tidak semena-mena meningkat kuasa beli aku.Aku tampa berfikir panjang terus ke bahagian menjual komputer.Niatnya nak godek-godek laptop-laptop baru dan mac book.Punya la besar kedai ada sebijik jer mac book dalam tu ditemani oleh sebuah imac yang tak dipasang.Agak hampa, lalu aku meninjau-ninjau suasana tempat menjual pemain MP3. Agak ramai budak-budak hingusan sedang membelek-belek ntah ape kebender ntah.Aku menghampiri mereka lantas mataku terpaku pada sekeping ipod yang tertulis Ipod Touch.Perhh, ni la masa aku nak "touch" bendak alah nih.Tampa segan atau silu, aku terus mencapainya dan menekan butang ON.Erm, mujurla sebelum ni pun aku pernah tengok video preview ipod touch ni,jadi takde la kekok sangat aku dengan b...

Leopard dock untuk windows dan menukar tema vista kepada leopard

Image
Berita baik untuk pengguna windows vista yang meminati style/tema mac os x.Jika anda sentiasa mengikuti perkembangan blog ini,anda pasti pernah perasan gambar ini; Dalam gambar ini saya aplikasikan RK Launcher yang bertindak sebagai dock - yang mana biasa dilihat pada desktop mac osx.Namun rupa asal Rk Launcher ini tidaklah seperti gambar diatas ini. Windowedge telah memgumpulkan icon,tema dan bermacam docklets tambahan(inspired by leopard dock) dan dikumpulkan/dicompile ke dalam satu installer yang akan menjana dock berbentuk diatas - bukan sahaja bentuk malah fungsinya juga hampir menyamai leopard dock! Tidakkah ianya terlalu wow? Ops, pernah ke saya mengatakan ianya hanya untuk windows vista?Maafkan saya jika pernah.Sebenarnya projek ini juga compatible (tested) untuk windows XP.Bagi yang tidak pernah merasai pengalaman menggunakan dock dan inginkan pengalaman menggunakannya, inilah peluang keemasan anda! Harga? Ops, lupa untuk cakap 1 perkara yang penting. Ianya 100% PERCUMA , in...