Sudah genap sepurnama saya bergelumang dalam dunia mac osx leopard dan baru hari ini terdetik dihati untuk berkongsi ilmu yang diperolehi.Untuk makluman, saya tidak memiliki iMac, Macbook atau apa jua hardware Apple untuk membolehkan saya mencipta pengalaman bersama Leopard.Saya menggunakan DVD Leopard yang telah di patched untuk membolehkan saya install leopard ke dalam laptop saya dan saya rasa tidak perlulah lagi dibincang soal kerja-kerja hack tersebut.
Umum telah maklum bahawa sistem operasi mac osx dibangunkan berdasarkan unix.Bererti mac osx dan ubuntu mempunyai pertalian darah walaupun tidak seibu sebapa(mungkin dua pupu).
Ketika pertama kali saya mula menggunakan mac osx tiger(sebelum beralih ke leopard),saya teraba-raba dalam kegelapan - serba tak tahu dan serba try&error.Perkara asas dalam mana-mana sistem operasi(baik bagi komputer,PDA,smartphone) ialah menginstall software.Tanpa software, sistem operasi hanyalah umpama baldi yang tidak berisi air!
Cara install perisian dalam mac osx?
Ada 2 jenis bentuk file yang biasa digunakan untuk proses installasi iaitu
- NAMAFILE.dmg
- NAMAFILE.pkg
Prosesnya sangat mudah iaitu hanya double click file tersebut.Namun jika anda double click NAMAFILE.dmg, satu disk image yang didalamnya mempunyai NAMAFILE.app (dan mungkin terdapat juga file read me etc) akan terhasil.Untuk install, kita hanya perlu drag&drop sahaja NAMAFILE.app ke dalam folder Applications.Menarik, mudah, tapi diluar jangkaan!
Apa yang boleh saya rumuskan (dan mungkin pengguna mac osx lain boleh bersetuju dengan statement ini), mac osx menjuruskan penggunanya supaya lebih produktif, tersusun, dan fokus kepada kerja peribadi mahupun bukan peribadi.
Aplikasi perisian?
Tidak dinafikan apabila otak terendam dalam mentaliti windows sebegitu lama, maka andaian pelik akan memuntahkan kesangsian yang tidak berasas.Sebelum mengenali mac osx, saya takut jika ianya satu sistem operasi yang langsung lain dari windows, tidak mampu lakukan apa yang windows mampu lakukan dan tiada aplikasi yang diperlukan seperti word etc dan sebagainya.Hendak tergelak pun ada, malu pun ada apabila mengenang diri sendiri yang pernah sebodoh itu.
Mac osx mempunyai terlalu banyak perisian dan boleh melakukan satu level dengan windows lakukan.Tidak ada apa yang kurang malah banyak perkara yang lebih melainkan jika anda kaki game yang tidak boleh hidup tanpanya.Oh ya, jika anda kaki game dan tidak mahu ia terus melalaikan anda dari membuat kerja, assignment, presentation dan sbgnya, sila beralih ke mac osx!
Antara perisian yang best dalam mac osx Leopad;
Email Client - Apple Mail,Thunderbird
Browser - Safari,Firefox,Camino
Music Manager - iTunes
Movie Player - QuickTime, VLC
Image viewer - Preview(tiada yang sehebatnya)
PDF - Preview, Adobe Reader
Instant Messenger - iChat,Adium
Photos Manager - iPhoto
Movie Editor - iMovie (super easy), Final Cut (super power,super expensive)
RSS Reader - Netnewswire,Vienna
Burner - Toast
Office - iWork,Mic. Office for mac
Dictionary, Xslimmer, 1password, All Adobe Stuff, AppCleaner, Coda, DVD Player, GarageBand, iDVD, Notebook, OnyX, Pixelmator, Quicksilver, Skitch, Transmission dan bermacam-macam lagi.
Virus, spyware, malware, trojan?
Juga seperti ubuntu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Maksud saya bukan 100% selamat tetapi tidak perlu kelam kabut mencari antivirus dan di warning oleh sistem keselamatan windows apabila anda tidak install antivirus.
Uninstall?
Ini satu lagi perkara yang melucukan kerana tidak ada Synaptic package manager dan tidak ada Uninstall.exe (atau yang sewaktu dengannya) didalam mac osx.Bagi setiap aplikasi yang boleh anda nampak hanyalah NAMAFILE.app. Jadi, bagaimana kalau ingin uninstall?
Caranya mudah iaitu drag&drop NAMAFILE.app ke dalam Trash!Namun oleh kerana ia tidak membuang cache bagi aplikasi tersebut, saya menggunakan AppCleaner dan hanya perlu drag&drop file aplikasi yang ingin diuninstall ke dalam window AppCleaner.Semudah itu!Tidak perlu melalui proses next->next seperti dalam windows.
Rumusan?
Setelah sepurnama, saya sangat-sangat berpuas hati dengan mac osx leopard yang sedang digunakan.Biarpun hanyalah dalam hackbook, namun tahap kestabilan dan kepantasan adalah jauh terkedepan berbanding windows vista(mantan os sebenar hackbook ni).Jika anda berminat untuk install leopard mahupun tiger ke dalam PC, sila rujuk entry saya yang sebelum ini.
Sekadar tulisan santai dalam blog ubuntu...
Hummm, belum bercadang guna OSX lagi...
ReplyDeletehahhaa...
ReplyDeletesaya sangat setuju...
tergapai-gapai... sekarang dah terkesan dengan impak si Leapord :P
Salam bro,
ReplyDeletesaye ade mendownload leopard untuk diinstall dalam windows tapi bile bace guide yang diberi iaitu :
The OSx86 Scene Forums • View topic - [GUIDE] Installing Leopard 9a581 GM on a Hackintosh
Saya langsung tak paham kerana file yang didownload langsung takde yang same name nye..
kalo boleh nak tau jugak bro gune leopard download katne..
#azhar : cadang-cadangkan lah...hehe
ReplyDelete#rasso : hehe...leopard mmg best! dh master leopard ke skrg bro?
#Aizat : download yang kalyway 10.5.1.FIle tu lebih kurang 3.5Gig dlm bntuk zip(rasanya-xingat). Tapi, file mana2 pun biasanya tak jauh beza cara nak install...
ReplyDeletebro...
ReplyDeleteboleh r...
faham sikit-sikit..
ibarat awek manis :D
#rasso : haha..btul 2 bro..cayang awek leopard caye..wakakak(jgn terkam aku dahhh)
ReplyDelete#rasso : haha..btul 2 bro..cayang awek leopard caye..wakakak(jgn terkam aku dahhh)
ReplyDeleteassalam tuan, saya dah try drag aplikasi yang nak dibuang ke dalam trash..tapi hasilnya tak berjaya. tak boleh nak uninstall. saya guna Mac OS X..harap sahabat disini dapat membantu..
ReplyDelete