Wednesday, January 09, 2008

Ada sesiapa berjaya install gOS?


Semalam saya telah mencuba untuk install gOS, selepas mendownloadnya daripada laman web rasmi distro berkenaan.Namun hajat untuk melihat ia berjaya diinstall kedalam desktop saya tidak kesampaian.Berikut adalah rentetan peristiwa kegagalan tersebut.

>Download gOS daripada laman web rasminya menggunakan torrent.Nampaknya gOS mempunyai ramai peminat kerana kerja mendownload distro tersebut siap dalam masa 1/2jam!(ramai orang seed)

>Burn kedalam CD seperti biasa dalam bentuk CD Image menggunakan Toast.Mengambil masa 10minit (speed=2x)

>Masukkan CD Image berkenaan kedalam CD tray dan biarkan komputer boot kedalam CD.Oleh kerana untuk komputer boot kedalam live CD mengambil masa yang lama(terutama bagi gOS) saya mengisi masa dengan keluar makan..

>Balik rumah dan komputer telahpun berjaya boot kedalam live CD tanpa masalah.Saya pun mencuba bermain-main dengan gOS sekejap.Tekan itu tekan ini dan macam-macam.Saya tercari-cari software screenshot dalam gOS namun tak jumpa.(sebab tu la gambar smuanya diambil pakai hp jer).Antara perkara yang sempat saya perasan tentang features gOS ialah
  • left click pada desktop akan menunjukkan menu shortcut manakala right click akan menunjukkan menu utama
  • tanpa internet siapalah gOS.Jika anda lihat dalam mana-mana screenshot gOS, hampir semua perisian(saya panggil perisian la senang) memerlukan internet connection untuk berfungsi.Facebook,wikipedia,blogspot,google spreadsheet,calendar,gmail(berbentuk seakan perisian dan terletak pada dock),skype dan bermacam lagi semuanya memerlukan internet.Bagaimana kalau internet streamix yang lembab digunakan untuk connect kesemuanya perisian gOS tersebut?Ianya seakan sebuah komputer yang lembab giler!!
  • jika anda sudah terbiasa menggunakan sistem operasi yang cukup lengkap, gOS bukanlah sesuatu yang berbaloi dicuba.
  • gOS hanyalah satu distro yang meletakkan terlalu pergantungan pada google
  • namun ada satu yang saya suka iaitu command line(terminal).Rupanya tidak seakan terminal kerana hanya ada satu line,kolum atas untuk item software manakala kolum bawah untuk item command.Hanya satu line yang berada ditengah-tengah.
  • Dock dalam gOS juga agak menarik.Apabila anda gerakkan cursor kepada item yang berada pada dock, satu animasi gelombang akan muncul.Menarik sekali!
>Kemudian saya dengan yakinnya terus double click pada ikon install pada desktop.

Saya perasan, cara-cara install gOS tidak berbeza dengan cara install ubuntu.Yang berbeza cumalah penampilannya sahaja.


>Kemudian sampai bahagian partition, saya mendapat error semasa proses pembahagian partition.Terpaksa keluar dari installer dan double click balik pada ikon install.Entah berapa kali klik ntah,installer tak kluar-kluar plak dah.Bikis panas btul.Saya pun restart komputer dan apabila cuba boot kedalam gOS balik,tak dapat.Setelah beberapa lama mencuba berulang-ulang benda yang sama(walaupun still dapat error yang sama) akhirnya secara ajaibnya berjaya jugak boot kedalam live CD.(mungkin komputer pun tension gak)

>Dalam live cd,double click ikon install dan dapat lah install.Sampai-sampai pada tahap 50% untuk selesai keluar error nih;



Oleh kerana saya dah malas nak layan gOS nih saya pun try la check apa kejadahnya semua ni.(saya agak md5 data yang saya download silap).


Sekarang ni dah keluar gOS Rocket beta.Tengok la dulu nak try ke tak.Jangan jadi ghOSt lagi dah la..


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

10 comments:

  1. ahaks memnag sama theme ko ngan aku..

    ReplyDelete
  2. Saru masalah saya bila nak Install OS ni... Curious samada ok ataupun tak.... Hummm... kalau komputer belasahan tak apa. Ini dalam tu lah segala ilmu.... Nantilah saya tunggu lagi...

    ReplyDelete
  3. Nampak gaya Ubuntu dah jadi byk flavor...

    ReplyDelete
  4. Dinzz : Haha..sama2..bacground je aku ubah sket..ekeke

    Azhar Ahmad : gOS mungkin blom boleh digunakan utk user biasa kot...mcm byk masalah lg jer..ubuntu dah kire stabil dr gOS...try ubuntu best!

    Inertz : Haha...dari ubuntu terbit macam2 distro..tu la yg bestnye open sources :)

    ReplyDelete
  5. aku tak gune pun lagi gos ni. nak belajar2 gune ubuntu dulu. hu3.

    ReplyDelete
  6. Ubuntu Pun Saya Tak Install Lagi. Hahaha...

    ReplyDelete
  7. Fauzi : Haha..smlm 2 try cuba bralih angin jap..kalau best bleh kongsi ngn pembaca blog ni hajatnya..

    Qaiyum : Haha,try la install..xnyesalnya.

    ReplyDelete
  8. saya berjaya install dan guna sekejap sahaja..gos ni sesuai untuk surf internet sahaja..memang ada peningkatan kelajuan internet kalau guna gis...

    ReplyDelete
  9. owh..internet jadi laju ek?aku xsmpat test sbb ada prob je memanjang..huhu

    ReplyDelete
  10. aku berjaya install gOS space 2.9 yg latest mmg cun GUI macam leoperd sebab dah default AWN navigator ngn compiz fusion mmg syok terus aku install kat partition satu lagi kat laptop aku cun ma

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...