Thursday, January 03, 2008

Perkara yang PERLU dilakukan sebaik sahaja install Ubuntu

Sebaik sahaja proses installasi ubuntu selesai, kemudian anda reboot untuk keluar dari sesi ubuntu live cd dan login ke dalam ubuntu yang baru sahaja selesai diinstall, diantara perkara penting yang PERLU dilakukan segera ialah;

1.Aktifkan Sumber Perisian-Software Sources melalui cara berikut

System > Administration > Software Sources (masukkan password jika diminta)

Sila check mana-mana sumber software yang perlu.

Dapat anda lihat dalam screenshot diatas ialah "Download from:"Pilihan ini adalah untuk membolehkan pengguna memilih lokasi server untuk mendownload sumber perisian ubuntu.Sila klik padanya untuk memilih dan satu drop down menu akan keluar > Other... > Select Best Server
Tunggu sebentar sementara menunggu ia mengesan server manakah yang paling laju untuk anda mendownload sumber perisian ubuntu dan klik Choose Server.

Sesudah selesai sila klik pada butang Close seperti yang dipaparkan dalam screenshot diatas.Tunggu sehingga semua proses berkenaan selesai.

2.Ubah setting Update

Dari tetingkap yang sama, pilih tab Updates

Sila pilih setting yang anda kehendaki.

Kemudian klik Close dan tunggu sehingga proses itu selesai.

3.Update

System > Administration > Update Manager

Jika anda tidak mendapati apa-apa untuk diupdate, sila klik pada butang Check.Kemudian klik pada Install Updates.Update perisian dan konfigurasi system kali pertama mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada sambungan internet dan kepantasan komputer.

Selepas proses update selesai, anda sepatutnya diminta untuk restart komputer anda dan lakukan seperti yang dipinta.

5.Codecs

Untuk memainkan file multimedia samada audio mahupun video(.avi .mp3 .wma etc), anda perlu install codecs terlebih dahulu.Semuanya menjadi lebih mudah dengan ubuntu Gutsy Gibbon.
Sila double click pada mana-mana file multimedia yang ingin anda mainkan dan anda sepatutnya akan mendapat notifikasi seperti ini;

Klik Search..dan tetingkap ini akan keluar

Check mana-mana codecs yang ingin anda install dan klik Install.Amaran ini akan keluar

Klik Confirm.

6.Plugins untuk browser firefox.(Rujuk juga berkenaan swiftfox)
Sila rujuk entry sebelum ini.

Semoga bermanfaat.



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

2 comments:

  1. Aku dah dapat install plugin flash berpandukan tutorial kau.. tahnx bro.. tapi aku try install plugin lain macam java ikut tutorial ko yang dulu xleh plak..
    die kate error
    nie pon aku buat ikut ape yang ko suh pas install ubuntu.. hehe thanx again bro

    ReplyDelete
  2. java ni mmg problem sket
    nnti kalau ko pi mana2 website yg ada java dia akan suruh ko install secara auto..ko follow jela..harap2 dapat secara auto..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...