Tuesday, January 08, 2008

Gnome-DO : Melancarkan program dalam Ubuntu


GNOME Do, sebuah perisian kecil yang sangat berguna untuk melancarkan sesuatu program, perisian, folder, muzik, video, office documents, presentation files dan segala bentuk file tanpa perlu mengerakkan cursor walau 1mm pun!

Bagi pengguna laptop dan notebook yang sering mengalami kesukaran mengerakkan cursor menggunakan touchpad, GNOME Do adalah kelengkapan yang perfect bagi anda.Mungkin bagi pengguna windows masih terlalu asing dengan sesuatu perisian seperti ini.Namun jika anda pernah menggunakan mac osx,GNOME Do berfungsi hampir sama dengan Quicksilver.Tahu kan?Ok, bagus.


Lihat video ini dahulu dan anda akan faham yang selebihnya.


Cara install GNOME Do:

1.Buka Terminal dan taip
sudo gedit /etc/apt/sources.list


Hint1:Masukkah password dan tekan enter.

dan masukkan dua baris berikut dibawah code-code dalam sources.list berkenaan
deb http://ppa.launchpad.net/rharding/ubuntu gutsy main
deb-src http://ppa.launchpad.net/rharding/ubuntu gutsy main


Kemudian tekan save dan close gedit.


2.Masih lagi dalam terminal dan taip
sudo apt-get update && sudo apt-get install gnome-do

Hint2:Masukkan password anda dan tekan enter.

Repositories ubuntu anda akan diupdate serentak dengan proses installasi gnome-do.Apabila selesai,gnome-do sepatutnya berada dalam menu Accessories > GNOME Do dan cuba lancarkan GNOME Do anda!

Sebaik sahaja anda lancarkan gnome-do, ia akan muncul kemudian hilang apabila anda klik pada benda-benda lain.
Hint3:Tekan butang super+spacebar untuk membuatkan gnome-do muncul kembali dan taip apa-apa perkataan pada gnome-do seperti yang ditunjukkan dalam video diatas dan tekan enter untuk melancarkannya.

Tip:Apa itu butang super??Butang super ialah satu butang pada keyboard anda yang mempunyai logo microsoft :P

Setiap kali anda ingin melancarkan sesuatu program(atau folder atau apa sahaja), tekan butang super+spacebar dan taip sesuatu seperti;
  • Gimp
  • Terminal
  • Videos
  • Pidgin
  • Pictures
  • Gambo awek saya
  • Video Chua Soi Lek
dan macam-macam lagi..

GNOME Do akan mempamerkan items berkaitan mengikut kesesuaian dan anda hanya perlu tekan enter untuk melancarkannya/launch.Cursor anda tidak perlu bergerak jauh-jauh lagi.OK?

Bagaimana kalau item yang hendak dilancarkan berbeza dengan yang muncul pada tentingkap GNOME Do? Sila tekan butang arrow kebawah pada keyboard anda dan anda akan lihat paparan seperti dalam screenshot pertama entry ini.Selamat mencuba dan jangan lupa subscribe dan bookmark(Ctrl+D) blog ini ye!

Website pembangun:http://do.davebsd.com/
Lagi screenshot:GNOME Do Screenshots


OPSS:::Saya tertinggal sesuatu, jika anda pengguna windows dan inginkan sesuatu seperti ini, sila klik url berikut - http://www.osx-e.com/news/mightybox.html

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

7 comments:

  1. untuk Windows: Launchy..
    setahu saya Launchy ni ada gak untuk Windows. kalau tak silap la

    btw nice blog

    ReplyDelete
  2. thanks bro...kat bawah entry ada url utk sesuatu yg mcm ni tp utk windows..
    namanya mightybox..
    masih lg diperingkat alpha.
    aku xtau plak pasal Launchy..thanks for the info :)

    ReplyDelete
  3. Aku baru taip command pertama dah kuar error.. hehe tolong aku..
    dependency not satisfiable..
    nape ek..

    ReplyDelete
  4. Aizat, dah update dependencies blom?
    lg mudah nk tolong kalau bg butiran error secara lengkap..btw, rujuk link kt bawah ni..

    http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=380461

    ReplyDelete
  5. wah-wah wah..... menarik sungguh ubuntu nihhh

    Salam kenal dari Teratak Nurani

    ReplyDelete
  6. Tenkiu sbb sudi singgah teratak ubuntu nih...hehe
    Yups, ubuntu mmg menarik..nama pun dah menarik dah..ahaks!

    ReplyDelete
  7. Best gak software ni, boleh try ni... ubuntu mmg menarik dan cantik, bagi penggemar ubuntu yang suka deco desktop cam aku...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...